Konco-konco ku

Wednesday, January 29, 2014

SIAPAKAH BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU?? #PKRkacaubilau

BERMULA dengan pertelingkahan yang berlaku antara Khalid-Azmin yang telah berlangsung cukup lama sejak menangnya mereka merampas Selangor pada 2008. Maka spekulasi tertentu telah dimainkan kononnya PKR Selangor tidak berpecah dan akan terus berganding bahu bersama-sama.

Menjelang kemenangan penggal kedua PKR Selangor, tiba-tiba Khalid memecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang sekligus memanaskan lagi suasana Selangor. Akhirnya kerana jambu kesayangan Anwar ini mengadu, Anwar terpaksa masuk campur.

Diarahkannya Adun Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan kerusi tersebut supaya dapat diduduki oleh Anwar yang berhijrah dari Penang ke Selangor demi menyelamatkan karier politik Azmin yang kerap ditekan oleh Khalid.

Mungkinkah Khalid akan letak jawatan sebagai MB dan diberikan kepada Anwar? Ataupun Anwar akan memberikan jawatan MB kepada Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor?

Teka-teki yang masih belum dapat dirungkai. 

Yang pasti jika Khalid melepaskan jawatan sebagai MB, PAS sudah mula mencongak sendiri untuk meletakkan Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru dilantik, Iskandar Samad untuk menduduki tampuk pemerintahan negeri ini.

Memandangkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS lebih banyak dari PKR, jadi tidak mustahil atas perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor akan diberikan kepada PAS.

Elok juga bagi PAS, kerana bagi aku sendiri sebagai seorang rakyat Selangor PAS lebih istiqamah dalam perjuangan dan pembelaan rakyat Selangor berbanding PKR yang tidak pernah habis dengan masalah kepimpinan serta masalah dalaman parti sendiri.

Namun yang pasti, ada satu game besar yang cuba dirancag oleh Anwar. Mungkin juga Anwar akan tarik diri daripada PRK ini selepas SPR mengumumkan kekosongan kerusi Dun Kajang. Mungkin juga ini hanyalah satu strategi bagi menyingkirkan Khalid selama-lamanya.

Nilaikanlah.....

Tuesday, January 28, 2014

MENTERI BESAR BARU UNTUK SELANGOR!!! #prkKajang

SEMALAM, Adun Kajang, Lee Chin Cheh (PKR) telah menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor atas perletakan jawatannya secara sukarela tanpa paksaan atau desakan daripada mana-mana pihak. Itu hanyalah apa yang terkandung dalam surat tulisannya.

Secara tidak langsung Pilihanraya Kecil bagi DUN Kajang bakal berlaku. Episod dan babak seterusnya drama perpecahan PKR semakin ke klimaks.

Ura-ura mengatakan Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Kajang namun mengikut pengamatan aku, Anwar tidak akan menjatuhkan martabatnya sebagai bakal Perdana Menteri dengan hanya mahu menjadi Menteri Besar Selangor yang penuh kacau bilau.

Antara calon yang aku lihat bakal mengisi kekosongan yang diberikan mungkin Rafizi Ramli (MP Pandan) atau Wan Azizah (Presiden PKR). Kedua-dua individu ini adalah orang kesayangan Anwar Ibrahim. Sebagai de facto leader dalam PKR, keutamaan pasti diberikan kepada mereka berdua atas kesetiaan mereka.

Jika benar Wan Azizah bertanding dan menang kerusi Kajang, maka tidak mustahil isteri Anwar ini menjadi Menteri Besar kerana Khalid Gagap telah menyatakan kesanggupan beliau untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar atas arahan Anwar Ibrahim.

Siapakah calonnya????

Dalam masa yang sama, kedengaran juga ada pemimpin dari PAS yang sudah bercita-cita untuk bertanding juga. Dengan berpandukan kepada 48% Melayu di DUN Kajang, PAS yakin wakil mereka pasti menang jika PKR meletakkan calon mereka.

Perancangan ini telah kedengaran sejak malam tadi dengan beberapa orang rakan rapat Dr. Rani telah menghubungi beliau menyatakan hasrat mereka. Namun mereka masih dalam perbincangan sama ada untuk masuk campur atau hanya menjadi pemerhati.


*TERKINI: Anwar Ibrahim SAH akan menjadi calon dalam pilihanraya kecil Dun Kajang. Ia diumumkan sebentar tadi dalam sidang media di Ibupejabat PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

Monday, January 27, 2014

KRISIS MAKANAN DUNIA!! KENAPA NAJIB PERLU MELOMPAT??

Stockpile Sayur Sayuran dan Seafood. FAMA DAN NEKMAT MULA BERGERAK. WELL DONE SIRS, Its about time... Sesuatu yg amat diperlukan.

Saya terfikir mungkin Malaysia memerlukan sesuatu krisis baru kite menggelabah dan mahu bergerak. Pengumuman PM utk membentuk gerakan bersama dgn Kem. Pertaniaan, mengerakkan FAMA dan Nekmat adalah amat baik. Jgn tunggu2 lagi. Masuk je dlm pasaran dan jangan menoleh kebelakang. Nak puaskan hati semua org memang mustahil.

Pada tinjauan saya petani atau nelayan selama ini hidup atas ikhsan cartel atau org tengah adalah kerana kurangnya alat kelengkapan. Kite tidak mempunyai 'storage areas' yg besar. Storage2 terutama 'freezers' ini kosnya besar dan itu kelemahan kita. 

Saya melihat kenyataan utk membuat storage2 dan membina stockfile adalah amat baik. Walaubagaimanapun pegawai2 FAMA perlu berfikir macam org business. Cari kelemahan cartel yg lintah darat ini. Kaji modus operandi mereka. Potong terus "supply chain" terus ke peniaga samada kecil2an di pasar2 atau terus ke hypermarket.

Sedikit teguran utk FAMA selama ini hanya memilih hasil yg kelas A supaya senang dijual, itu menyebabkan petani marah. Persoalan saya utk FAMA, jgn ambil jln mudah. Bukan semua rakyat nak beli yg kelas A. Kaji macam mana cartel2 ini masih dapat menjadi lintah darat dan gemuk walaupun membeli hasil yg biasa2 saja dan bukanya kelas A. Mentaliti pegawai FAMA perlu ubah. Ini masanya utk tolong rakyat, petani dan pembeli. Teguran ikhlas.

Saya membaca banyak komen negatif pasal usaha kerajaan ini, terutama usaha membina stockpiles. Yeap, memang adanya risiko. Tapi kerajaan mesti berani utk terus mencampuri secara langsung perniagaan org2 tengah. Jangan gunakan stockpile itu utk 'stop gap' measures atau pendekatan secara jangka pendek, risiko adalah lebih tinggi.

Tetapi kalu FAMA dan Nekmat secara besar2an mencampuri terus pasaran, tidak ade isu barangan tidak dapat dijual. Selagi kerajaan boleh menjual dgn harga yg baik, saya tak nampak isu disini. Kerajaan tidak memerlukan untung sebagaimana keuntungan org tengah. So apa masalahnya menjual pada harga yg lebih rendah. Yg lebih penting adalah pegawai2 kerajaan perlu berfikir sebagai good businessmen.

Utk storage areas termasuk freezers, ini amat perlu utk perniagaan ini. Tapi seperti yg saya cakap tadi, bukannya utk jangkamasa sementara, tapi secara berterusan dan jangka masa yg panjang, barulah "return on investment" berbaloi.

Utk barangan atau sayuran2 yg kite bukan pengeluar yg besar. Ini juga perlu diberikan perhatian. Kenapa tidak kita yg memonopoli tanaman ini. Kenapa perlu penanam Cina di Cameron Highlands saja yg menentukan harga. We are the Governmentvof the Day... pls be creative....

Terus terang saya katakan, dalam banyak perancangan yg saya dengar selama ini, perancangan ini yg paling saya minati. Saya guna perkataan 'perancangan', sebab saya masih mahu melihatksn hasil. Dan utk hasil yg baik, kita terutama perlaksana termasuk menteri dan pegawai mesti berfikiran lebih terbuka, berfikir seperti seorang peniaga. Jika tidak, 'perancangan' hanya akan tinggal perancangan.

Well done Sirs... good luck. RAKYAT ARE WATCHING... AND DEFINATELY I AM FOLLOWING WITH GREAT INTEREST...

-CuitOrgKayaHajiMenulis....

‎Ex-Regional Finance Advisor, 
Capital Projects (EAST),
Shell Malaysia

Sunday, January 26, 2014

MARI DESAK P. KAMALANATHAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP GURU CINA HINA MAKAN RUMPUT!!!

CINABENG!! Itulah perkataan yang agak sesuai digunakan kepada seorang warga pendidik ini. Hanya kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, perlukah murid Tahun Empat didenda dengan menggantung loceng dan dipaksa makan rumput umpama seekor LEMBU??

Mana keprihatinan seorang guru yang dikatakan patut dihormati namun hakikatnya guru itu sendiri yang tidak menghormati orang lain, even kepada muridnya sendiri. Inikah contoh yang 'baik' yang ditunjukkan kepada anak muridnya yang lain?

Setelah perkara ini menjadi besar dan laporan polis telah dibuat namun sebagai balasan, hanya permohonan maaf yang terpacul keluar dari mulut guru Cina ini. Adakah Kementerian Pendidikan mahu lepas tangan dan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja?

Umpamanya Timbalan Menteri Pendidikan terpaksa menutup mulut atas penghinaan ini. Mungkinkah P. Kamalanathan tidak melihat perkara ini sebagai satu kesalahan memandangkan yang melakukan niat jahat ini adalah seorang guru yang bukan dari bangsa Melayu?

Teringat kes di SK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor yang mana seorang Guru Besar berbangsa Melayu digantung tugas hanya kerana anak murid berbangsa India makan di dalam bilik persalinan memandangkan kantin dalam kerja baikpulih semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Maka, turunlah Timbalan Menteri Pendidikan ini dibawa bersamanya Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mulalah marah-marah P. Kamalanathan sehinggakan Guru Besar sekolah terbabit digantung tugas sehingga kes selesai. Pantas sungguh tindakan Ahli Parlimen Hulu Selangor ini.

Namun yang mengecewakan adalah bagaimana pula hak murid yang makan rumput dan diperlakukan umpama LEMBU ini? P. Kamalanathan juga menghalang ibadah umat Islam qurban dilakukan di dalam sekolah sedangkan sebelum ini tiada bantahan apa-apa. Tetapi apabila ada pelajar Melayu yang dijadikan LEMBU oleh gurunya kenapa P. Kamalanathan membisu?

Bertindaklah dengan adil wahai Timbalan Menteri Pendidikan.

Rasa-rasa nak membisu terus silakanlah. Jangan tanya kalau ada yang kena tumbuk kali kedua.

Saturday, January 25, 2014

KRISIS KERUSI MB KHALID - AZMIN, PAS MULA LETAK CALON SENDIRI!!!

KEMELUT dalaman PKR yang semakin lama umpama tidak dapat dibendung lagi dengan pelbagai genre cerita yang keluar bukan sahaja dari rakyat Selangor bahkan lebih parah adalah daripada pemimpin PKR yang terang-terangan sudah mula menolak Khalid Brahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pemerintahan Pakatan Haram.

Tragedi Azmin yang dibuang dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh Khalid Brahim sendiri telah membuka pekung PKR yang selama ini sudah lama tidak punyai kemuafakatan dalam kepimpinannya.

Majoriti kepimpinan PKR Selangor menyokong Azmin sebagai Menteri Besar, manakala pemimpin dari PAS dan DAP pula mahukan Khalid terus memegang tampuk pemerintahan sebagai ketua pentadbir negeri memandangkan Khalid banyak memberi peluang projek kepada pemimpin PAS dan DAP sehinggakan pusat judi, nombor ekor, serta rumah urut semakin berleluasa di negeri Selangor.

Ekoran dari perbalahan secara terbuka yang berlaku antara Azmin-Khalid, ada pihak yang cuba menyucuk jarum bagi kerusi Menteri Besar. PAS dalam perbualan sulitnya mengatakan biarkan mereka (PKR) bergaduh sesama mereka kerana PAS sudah mula memasang angan-angan untuk meletakkan calon mereka bagi kerusi Menteri Besar Selangor itu pada PRU akan datang.

Antara nama-nama yang disebut oleh sekumpulan 'think-tank' PAS ini adalah Dr. Rani (Meru) dan Sallehin Mukhyi (Sabak). Mereka mengatakan kedua-dua calon ini punya peluang yang cerah bagi menduduki kerusi nombor satu negeri itu memandangkan kedua-dua mereka tiada salah laku dalam urusan mentadbir parti.

Lebih kuat menyokong dakwaan ini adalah apabila ada kepimpinan PAS pusat yang sudah mula campur tangan dalam hal ini dan sudah mula mencongak bahawa Azmin dan Khalid yang bakal diturunkan dan digantikan dengan pemimpin PAS. Ini adalah kira-kira mereka sebagai sebuah parti yang hampir lemas dalam pakatan. 

DAP pula nampaknya mula menyepikan diri memandangkan isu CEC DAP yang masih belum selesai. Gobind Singh pula menikus melarikan diri tanpa membuat sebarang kenyataan balas apabila diminta menyuakan surat tunjuk sebab yang diminta oleh ROS. 

Sedia maklum, DAP hanya menggunakan samada PKR atau PAS sebagai anjing jilatannya sahaja. Biarlah samada pemimpin PAS mahupun PKR yang menduduki kerusi MB Selangor, kerana kuasa majoriti kerusi di Selangor adalah DAP, MB Selangor haruslah mengikut kata mereka.

Sinikal pemikiran DAP yang hanya menangguk di air keruh.

Thursday, January 23, 2014

YDP AGONG TIADA KUASA MENJADI KETUA AGAMA MALAYSIA - AZIZ BASI

KENYATAAN yang amat mengejutkan terpacul keluar dari bekas pensyarah UIA, Aziz Bari semalam. Dia mengatakan yang YDP Agong tidak punyai kuasa supaya rakyat Malaysia mendengar titah Baginda melainkan orang Melayu sahaja. Kaum lain tidak perlu patuhi titah YDP Agong terutama yang berkaitan dengan agama kerana YDP Agong hanya punyai kuasa yang terhad dan terkesan pada negeri yang Baginda perintah sahaja.

Itulah antara kata-kata bekas calon PKR Sabak Bernam. (boleh rujuk sini) Ulasan Aziz Bari umpama senada dengan peguam yang membawa kes kalimah Allah ke mahkamah baru-baru ini yang tetap berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam agama Kristian walaupun Sultan Selangor telah bertitah, walaupun YDP Agong baru-baru ini juga sudah bertitah yang kalimah Allah merupakan hak eksklusif agama Islam. No politics. 

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila Aziz Bari juga mengatakan yang kadang kala YDP Agong dan Sultan tidak sependapat tentang kalimah Allah. Adakah Aziz Bari masih dalam keadaan sedar ketika bercakap? (penjelasan bidang kuasa YDP Agong)

Lagi berkata bekas profesor bengong ini, MALAYSIA TIDAK ADA KETUA AGAMA ISLAM kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya sahaja dan tidak termaktub kepada negeri-negeri tiada Sultan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Putrajaya, Labuah, Sabah dan Sarawak.

Hebat Aziz Basi ni berkata. Agenda penghapusan kuasa Sultan Melayu nampaknya semakin terang dan bersuluh. Ini kira di bawah Akta Hasutan 1948 yang secara jelas mempertikaikan kuasa Raja Melayu untuk menjaga kedaulatan agama Islam di Malaysia dan menyebarkan berita yang YDP Agong tiada kuasa bagi menghalang apa-apa juga aktiviti penyebaran agama lain di negeri tiada berSultan.

Hebat pakar undang-undang cabok ni.....

Wednesday, January 22, 2014

BAKAR BENDERA JEPUN, RAKYAT MALAYSIA DI JEPUN TERIMA AKIBAT!!! #anwarkenahalau

TAK tahu lah mana ntah dapat idea nak bakar bendera negara orang ni. Mungkin dah memang sifat puak haram jadah pakatan ni asal tak puas hati bakar bendera, asal tak puas hati bakar patung. 

Oleh kerana perbuatan bodoh dari himpunan sedozen penjilat Anwar, ratusan rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di Jepun menerima akibatnya. Rakyat Jepun mula memandang serong kepada rakyat Malaysia walaupun yang melakukan perbuatan biadap ini adalah penyokong puak pembangkang.

Mengikut status salah seorang pelajar Jepun yang bernama Murni Hayati yang masih belajar di Jepun, tindakan bodoh segelintir rakyat Malaysia yang mahu memboikot barangan Jepun hanya kerana Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Matahari Terbit itu menyebabkan sebilangan rakyat Malaysia di sana merasa terancam dengan pandangan serong setiap rakyat Jepun.

Bukan sahaja nama Malaysia buruk di mata Jepun malah ia juga melibatkan Islam yang sebelum ini dianggap penganut agama Islam adalah yang terbaik. Namun kerana kedangkalan Sam Ketot dan beberapa orang pengikutnya yang sanggup membakar bendera, hubungan Malaysia-Jepun mungkin akan sedikit tergugat.

Itulah jadinya kalau terlalu nak jilat Anwar sangat sampai lupa hubungan baik Malaysia dan Jepun selama ini.

Tuesday, January 21, 2014

NEGARA TIDAK PERLU PATUH TITAH YDP AGONG & SULTAN DALAM ISU KALIMAH ALLAH!!

KES isu kalimah Allah nampaknya sudah semakin menjadi barah dalam negara Malaysia ini apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mengheret isu ini dalam kancah politik yang semakin memuncak. 

Jika sebelum ini ada pihak dari pertubuhan Kristian yang membantah penggunaan kalimah Allah dan akan terus memakai kalimah Allah dalam penerbitan tabloid The Herald, maka Sultan Selangor menitahkan supaya kalimah Allah merupakan hak eksklusif agama Islam.

Tidak cukup dengan itu, atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini juga ada menyebut sekali lagi bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif agama Islam dan agama lain dilarang keras untuk menggunakannya.

Namun masih ada juga peguam Kristian ini yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka hinggakan sanggup mengheret isu ini ke mahkamah.

Lebih memedihkan hati adalah kenyataan beliau kepada wartawan bahawa negara tidak perlu tunduk dengan titah Sultan dan YDP Agong kerana negara Malaysia ini adalah negara sekular dan Sultan Melayu tiada hak ke atas kebebasan agama lain.

Pergghhhh...sakitnya hati aku sekarang ni. Terbakarnya hati aku sebagai seorang rakyat Malaysia dan beragama Islam. Ketahuilah oleh mu wahai KAFIR LAKNATULLAH, negara Malaysia adalah sebuah negara sistem Raja berperlembagaan. Sehebat-hebat Perdana Menteri sekalipun perlu mendapat perkenan Sultan Melayu. 

Jangan lupa jasa orang Melayu beri kerakyatan percuma kepada nenek moyang kamu kaum Cina dan India. Jangan lupa sejarah kedatangan kamu yang dibawa oleh British untuk bekerja di lombong dan di ladang. 

Puak mereka semakin gila kuasa!!!

12JUTA PENYOKONG ANWAR DESAK KEDUTAAN JEPUN MOHON MAAF!!! @anwaribrahim

HEBAT rupanya penangan media sosial ni. Baru semalam Anwar dihalang masuk ke Jepun sebab bekas banduan sodomi dan korupsi, berbondong-bondong penyokong kaki liwat ni berhimpun di hadapan kedutaan Jepun pagi tadi.

Rupanya Anwar punya misi yang penting untuk ke Jepun, itu pasal meroyan tak tentu pasal sebab tak dapat lepas dari imigresen airport. Tapi yang nampak bodohnya penyokong Anwar Liwat ni. Beriya sampai nak boycott barang Jepun. Padahal yang dok depan mata tu, kereta tu Toyota product dari Jepun.

Kan ke bangang namanya tu..huahuahua

Dan yang lagi bangang adalah penjilat tegar Anwar yang menyalahkan UMNO kerana tidak membenarkan Anwar masuk ke Jepun. Bila masa pulak UMNO ada kuasa nak benarkan atau tak indivdu tu masuk ke negara mereka?

Gila sewel dah otak puak pencacai ni.

Kadang-kadang kelakar jugak tengok perangai sekor-sekor beruk pakatan ni......

Monday, January 20, 2014

'MEREKA' SEMAKIN RASIS!! PENYANYI BERTUDUNG DIHALAU TURUN PENTAS!!

PELBAGAI isu yang melibat orang Islam di Malaysia ini yang mengganggugugat keharmonian antara agama di negara Islam ini. Prinsip wasatiyah terus subur di bumi bertuah ini. Namun selepas pelbagai isu yang dimainkan oleh puak kiasu ini yang menunjukkan memang mereka anti Islam membuatkan orang Islam marah.

Apabila guru di Johor diarah buka tudung jika hendak terus mengajar di sekolah, pengetua Cina kiasu ini terus memohon maaf. Kini timbul pula seorang penyanyi berhijab dihalau turun dari pentas semasa hendak membuat persembahan.

Adakah kita berada di Malaysia atau di China???

KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
 
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
 
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
 
Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
 
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
 
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
 
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
 
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
 
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
 
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut. - MySuara

Friday, January 17, 2014

BEKAS PUSAT GIAT MARA SABAK BERNAM SUDAH JADI GAJAH PUTIH!!

SEKARANG Selangor dikejutkan dengan isu rampasan tanah pusat latihan Giat Mara yang sudah sebati dengan jiwa pendidikan anak Melayu. Apabila mereka sudah tidak mampu membawa pelajaran peringkat SPM, ternyata peluang kedua kepada mereka sudah terhidang. 

Namun semenjak pakatan mentadbir Selangor, sedikit demi sedikit kelebihan yang ada pada orang Melayu ditarik oleh DAP atas dasar tiada kepentingan untuk semua kaum.

Lantas siang tadi, YB Budiman Zohdi, Adun Sungai Panjang menyelongkar kembali kenangan 2 tahun lepas yang mana pengurusan Giat Mara Sabak Bernam telah dihalau keluar dari premis milik Majlis Daerah Sabak Bernam selepas tempat asal mereka di Pekan Sungai Besar diambilalih untuk menjadi stor penguatkuasa MDSB.

Premis yang terletak di Merbau Berdarah, Sungai Panjang itu kini sudah menjadi gajah putih dengan tidak terpelihara kawasan tersebut. Apakah motif sebenar pengusiran Giat Mara dari premis MDSB? Sedikit coretan dan rentetan sejarahnya telah aku tulis di SINI

Apa sebenarnya yang pakatan mahukan? Adakah mahu melihat anak Melayu hidup merempat di bumi sendiri?

MUBALIGH KRISTIAN EDAR RISALAH BIBLE DI KUALA LANGAT!!

Sekumpulan Mubaligh-mubaligh Kristian yang sedang sibuk mengedarkan risalah yang mengandungi ayat-ayat dalam Bible dalam dwi bahasa telah ditahan oleh penduduk sebuah taman di Telok Datok, Banting, Selangor.

Mereka yang mengaku datang daripada Persatuan Bible Malaysia walaubagaimanapun gagal menunjukkan Kad Persatuan apabila diminta dan kemudiannya memberikan kad namanya sebagai ganti.

Mereka yang berjanji tidak akan menyebarkan risalah itu kepada rumah orang Islam namun kata-kata itu tidak dipercayai oleh penduduk taman lalu terus mengikut mereka mengedarkan risalah tersebut.

Akibat tidak selesa dengan tindakan penduduk taman mereka akhirnya meninggalkan taman tersebut dengan 5 buah kereta dan menuju ke Banting.
Pihak polis telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Pelik Banner Menyokong JAIS DiTurunkan 

Setelah mubaligh-mubaligh itu beredar dalam perjalanan pulang penuduk taman yang memberikan maklumat kepada kami terkejut apabila terserempak dengan...baca lagi di SINI.

DRAMA KHALID-AZMIN KEMBALI!! GELAR KHALID 'MR. U-TURN'!!

ATAS pemecatan Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Anwar tiba-tiba bersuara bagi mempertahankan anak buahnya dari terus dipecat. Anwar berkata pemecatan Azmin dari PKNS adalah tidak sah kerana Pengurus Besar tidak boleh memecat ahli lembaga pengarah.

Baru-baru in juga PKNS dalam kenyataannya pula mengatakan yang Pengurus Besar PKNS tidak memecat Azmin dan mereka sedar tentang kekangan itu. PKNS terus menuding jari kepada Khalid sebagai Menteri Besar yang sebenarnya mengeluarkan arahan atas pemecatan Azmin.

Ish...pening pulak tengok sandiwara Khalid-Azmin ni. Mana satu yang betul pun tak tau.

Tetapi yang jelas kelihatan, persengketaan Khalid-Azmin ini berulang kembali.

Oleh kerana pemecatan Azmin dari PKNS, hari ini Teresa Kok, bekas Adun DAP Kinrara tiba-tiba meletakkan jawatan. Kita sedia maklum yang Teresa dan Azmin merupakan satu kapal dan memang sejak dahulu lagi tidak senang dengan segala tindakan MB Selangor itu. Maka tidak hairanlah beliau turut mengikut jejak Azmin meninggalkan PKNS.

Sudahlah tu. Selesaikan kes Giat Mara lagi elok dari bergaduh demi jawatan.

HAK SEBAGAI UMAT ISLAM TURUT DICABULI, KEMENTERIAN MASIH MAHU MEMBISU??

BEBERAPA hari lalu kita dikejutkan dengan kejadian yang telah menimpa seorang guru Cina Muslim yang diarahkan menanggalkan tudung jika ingin terus mengajar di sekolah berkenaan. Bukan sahaja amaran itu dihamburkan malah beliau turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Itulah nasib seorang guru beragama Islam walaupun sebangsa namun akibat rasisnya dengan agama Islam maka segala tohmahan dan penghinaan dilemparkan kepada guru muallaf ini.

Ini salah satu rentetan peristiwa dari ribuan kejadian yang berlaku di Malaysia. Perkara ini berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Salahkah memakai tudung semasa mengajar? Adakah menjadi suatu kesalahan seorang guru beragama Islam menutup aurat di dalam sekolah Cina?

Pelik! Hairan! Apabila Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan lebih mementingkan diri dan menyibukkan diri dengan menghasut semua ahli MIC seluruh negara membuat report atas pemuda yang menumbuk beliau. Ahli Parlimen Hulu Selangor ini lebih prihatin dengan diri sendiri daripada berkhidmat untuk rakyat.

Jika dulu fitnah pakatan mengatakan ada pelajar Cina dan India makan di dalam tandas semasa bulan puasa, laju beliau datang ke sekolah tersebut dan menyatakan kekesalan kepada guru besar terbabit. Jika dulu ada kaum India yang mempertikaikan ibadah qurban di dalam sekolah kerana dikatakan tidak sesuai ditonton oleh pelajar kaum India, terus membuat arahan supaya ibadah qurban DILARANG dilakukan di dalam sekolah.

Tetapi apabila ada seorang guru beragama Islam dipaksa membuka tudung jika hendak mengajar, kenapa tidak ada sebarang tindakan dan arahan yang dikeluarkan? Kenapa tidak dipanggil pula guru besar tersebut?

Ternyata politik kini sudah tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Thursday, January 16, 2014

PENUTUPAN GIAT MARA SATU LAGI PENYINGKIRAN MELAYU DI SELANGOR!!!

RAKYAT Selangor dikejutkan dengan keputusan Menteri Besar Selangor yang mahu menutup pusat latihan vokasional Giat Mara di Selayang baru-baru ini yang mana menempatkan pelajar-pelajar yang majoritinya adalah bangsa Melayu. Tanpa mengira fahaman politik, anak-anak muda ini diberi peluang kali kedua oleh kerajaan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional walau sudah tercicir dalam pelajaran SPM.

Kenyataan Khalid Gagap yang mahukan pusat Giat Mara ini ditutup bagi memberi laluan kepada pihak yang berminat dengan tapak pusat ini untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan komersial. Antara dalang yang sudah pun membuat lawatan bagi pengambilalihan tapak Giat Mara ini adalah seorang Exco Selangor daripada DAP bersama wakil dari KLSCAH (KL Selangor Chinese Assembly Hall.

Selepas hampir seminggu perkara ini menjadi kerisauan, Khalid akhirnya menjawab dengan 'tiada penutupan'. Jawapan seorang Menteri Besar selepas mesyuarat Exco. Demi menjaga undi kaum Melayu, macam-macm boleh putar. Tetapi dengan syarat supaya Giat Mara haruslah meningkatkan prasarana pusat itu dalam tempoh sehingga akhir tahun ini, jika tidak dapat dilaksanakan maka tanah itu akan diambil oleh Persatuan Dewan Cina KL Selangor untuk membangunkan pusat pendidikan orang Cina pula.

Apabila cerita tentang penutupan Giat Mara ini timbul teringat juga pada sebuah lagi Giat Mara di kampung aku dulu, Sabak Bernam. Pusat Giat Mara yang memang sudah sinonim apabila melalui simpang lampu isyarat pekan Sungai Besar, pasti akan terlihat sekumpulan pelajar Giat Mara yang gigih sedang mempelajari sesuatu yang diajar oleh guru mereka.

Namun itu semua hanya tinggal kenangan selepas kerajaan negeri bertukar tampuk pemerintahan, pada tahun 2010 kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Sabak Bernam mahu mengambil semula tanah yang dipinjamkan kepada Giat Mara untuk dijadikan stor simpanan penguatkuasa MDSB.

Maka, mulalah episod berpindah randah pelajar-pelajar Giat Mara. Selepas dihalau dari tempat asal, mereka diberikan satu kedai di Merbau Berdarah, Sungai Panjang yang mana jarak dari pekan Sungai Besar adalah sejauh 60km. Ramailah yang terpaksa menamatkan kursus mereka untuk sekeping sijil kerana kekangan kewangan dan jarak yang jauh.

Pada 2011, sekali lagi pusat Giat Mara itu dihalau dari kawasan yang diberikan itu selepas ada Ahli Majlis MDSB daripada DAP yang menganggap pemberian tapak percuma kepada pusat Giat Mara itu tidak memberi untuk kepada pihak MDSB. Maka hilanglah tempat menimba ilmu pelajar kemahiran Melayu ini.

Setelah meminta bantuan daripada pelbagai pihak, akhirnya pihak pengurusan Giat Mara membuat keputusan untuk menyewa sebuah lot kedai di Sungai Lias demi meneruskan pembelajaran anak-anak muda ini. Oleh kerana tempat yang terhad, premis sewa di Sungai Lias diperuntukkan untuk pelajar jurusan mekanikal dan bagi pelajar wanita yang mengambil jurursan menjahit, Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Datuk Noriah Kasnon bermurah hati memberikan sebuah balairaya di Pasir Panjang sebagai tempat mereka menimba ilmu.

Itulah antara rentetan yang berlaku di Giat Mara Sabak Bernam. Benarlah seperti dakwaan yang Giat Mara Sabak Bernam sudah ditutup namun pembelajaran masih juga diteruskan atas keprihatinan wakil rakyat BN.

Kini Giat Mara Selayang pula menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri.

Masih tidak sedarkah orang Melayu Selangor???

Wednesday, January 15, 2014

ZURAIDA PERTIKAI KEPUTUSAN KHALID PECAT AZMIN SEBAGAI LEMBAGA PENGARAH PKNS

Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim  supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.

"Itu isu yang kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-turn' itu. Itu yang kita nak penjelasan. Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti," katanya.

Ini kerana, melalui Kongres PKR yang berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti, sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan sama ada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.

Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara itu. Dia walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

Isu mengenai pemecatan Azmin ini, telah menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.

Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus. Selain daripada itu, Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu. Malah, wakil daripada pihak Khalid juga tidak hadir.

"Dia (Khalid) tak datang. Dalam (mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis negeri. Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk hadir," katanya lagi.

Sebelum ini, pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR. Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.

Wednesday, January 8, 2014

HARD ROCK CAFE DI PUTRAJAYA, MOHON MENTERI JANGAN KELUAR KENYATAAN BODOH!!

CADANGAN Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat tentang pembukaan sebuah pusat cafe yang landasannya adalah minuman keras ditentang hebat oleh penduduk Putrajaya dan rakyat Malaysia yang mahukan Putrajaya juga sebagai sebuah bandar pentadbiran negara terlindung dari penjualan minuman keras secara terbuka.

Rasanya Presiden Perbadanan Putrajaya ni pun dah keluarkan kenyataannya baru-baru ini dan turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia tentang cadangan itu. Malah menurut beliau pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya hanyalah satu cadangan tanpa pihak yang mencadangkan menghantar apa-apa proposal kepada perbadanan tersebut.

Tamat cerita.

Menghairankan apabila selepas perkara ini mula senyap, tiba-tiba muncul pula Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan yang dikatakan bersetuju Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya namun tidak dibenarkan menjual arak dan minuman yang memabukkan. Restoran itu hanya boleh menjual barang merchandise dan baju t bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

Tidakkah Menteri Wilayah ini terasa bodoh apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini? Bagaikan menghalalkan terus cafe yang asasnya menjual arak namun apabila telah didirikan di Putrajaya tidak boleh menjual arak dan tidak boleh menayangkan hiburan yang melampau. Konon nak Islamic.

Lebih baik mencegah dari mengubati.

KONTROVERSI PERLANTIKAN TIGA PEGAWAI KANAN BUKAN MELAYU DI FELDA GLOBAL VENTURE!!!

SEJAK beberapa hari ini heboh diperkatakan tentang perlantikan tiga orang bukan Melayu dalam pengurusan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang turut membuatkan rakyat Malaysia marah kerana bagaimana sebuah syarikat yang mempunyai pemegang saham terbesarnya adalah Melayu tapi diurus oleh bukan Melayu.

Menyelusuri laman-laman sesawang pagi ini, aku tertarik dengan tulisan dari sebuah blog yang turut memberi penjelasan terperinci berkenaan isu ini.

Jom kita baca............


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik ketua pengurusan yang baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2014, dalam usaha mengukuhkan dan menyepadukan syarikat untuk mengharungi tahun akan datang dan melepasinya.

Namun perlantikan tersebut telah dijadikan isu perkauman apabila FGV dikatakan melantik tiga orang pengurusan kanan bukan Melayu kedalam syarikat tersebut.

Untuk penjelasan, mereka yang dilatik itu adalah orang lama dalam Felda yang berpengalaman dalam pengurusan Felda dan profesional.

Soh Kim Yaw, Naib Presiden FGVPM, 51 telah berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1986 dan kini tempoh perkhidmatan beliau telah mencecah 27 tahun 6 bulan dan jawatan terakhir beliau sebelum dinaikkan pangkat ialah Penasihat FGVPMbertaraf Pengarah Eksekutif / Naib Presiden.

Denys Colin Munang, 45,  Naib Presiden dan CEO Kumpulan Pontian United Plantations Bhd pula telah 3 tahun berkhidmat dengan FGV bermula di Jabatan Strategi dan jawatan terakhir sebelum dinaikkan pangkat ialah Pemangku Naib Presiden FGVHSB di Jabatan Strategi. Beliau adalah Bumiputera Sabah beragama Islam.

Daniel Lee V'nn Ckh'ng, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Maklumat FGV, 43, pula baru 9 bulan berkhidmat dengan FGV dan jawatan terakhir beliau ialah IT Director Latimas Sdn. Bhd.

Jelas perlantikan mereka ini adalah atas dasar kelayakan dan profesional bagi membantu menaiktaraf pengurusan Felda ke arah yang...baca lagi di SINI.

Tuesday, January 7, 2014

KELANTAN ROBOH GEREJA OK, SELANGOR SERBU GEREJA TAK OK!!!

Mungkin ramai yang tidak sedar, atau pun telah terlupa dengan keberanian Kerajaan PAS Kelantan merobohkan gereja orang asli di Gua Musang pada tahun 2007.

Perobohan ini kerana kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa ia dibina secara haram serta tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Dalam mengulas polisi Kerajaan Kelantan terhadap pembinaan gereja, Berita Harian pernah melaporkan,

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri menghalang pembinaan gereja Orang Asli di Hulu Kelantan kerana ia ingin dibina di atas tanah yang tidak dibenarkan.   
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan rumah ibadat itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan perundangan.  
"Gereja Orang Asli ini dibina atas tanah tidak diizinkan oleh kerajaan negeri, kalau buat atas tanah sendiri saya izin, kita ada peraturan dan banyak tokong dibina sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rujuk di SINI.

Setelah menunggu hampir seminggu untuk mengetahui keputusan kerajaan negeri Selangor dalam hal serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Malaysia, akhirnya Sallehin Mukhyi, Exco Hal Ehwal Islam Selangor akur dengan titah Sultan Selangor tentang tindakan JAIS yang merampas bible dalam bahasa Melayu.

Hal ini sejurus selepas perjumpaan tertutup Sallehin Mukhyi bersama Lawrence Andrew yang turut membawa wakil rakyat Kristian, Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Xavier Jayakumar (Adun Seri Andalas) membincangkan beberapa perkara supaya Pengarang The Herald itu SENYAP.

Mungkin ada kira-kira dibelakang kenyataan Sallehin Mukhyi. Mungkin juga jika Lawrence Andrew tidak menggunakan lagi kalimah Allah dalam urusan agamanya, maka PAS Selangor bersepakat memberi keizinan untuk pembinaan sebuah gereja di kawasan orang Melayu di Tanjung Karang, Selangor.

Mungkin ramai orang Melayu di Tanjung Karang sudah bertukar agama kepada Kristian, oleh itu tidak mustahil sebuah gereja didirikan di Pekan Tanjung Karang. Sedangkan mengikut statistik yang diperolehi, komuniti penganut kristian di Tanjung Karang hanya sekitar 2%.

Apa guna sebuah gereja besar di Sekinchan yang boleh memuatkan lebih kurang 1000 orang pada satu-satu masa? Jarak dari Tanjung Karang ke Sekinchan bukanlah hingga beratus kilometer tetapi oleh kerana sengaja hendak mencabar keharmonian agama Islam di sana, PAS bersetuju dengan cadangan pembinaan gereja ini.

Jangan terkejut jika lepas ini negeri Selangor akan bertukar agama rasmi negerinya sendiri hingga menidakkan fungsi Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.

Sunday, January 5, 2014

ARMAND AZHA BAKAR GAMBAR JESUS!! KASI SAMAN LAAAA..... @Armand_PJU

ARMAN AZHA bakar gambar Jesus?? Ekoran dari fitnah yang dirancang oleh pihak pembangkang, tak pasal-pasal Exco Pemuda UMNO Malaysia terkena tempias fitnah walaupun tidak pernah menghadiri mana-mana perhimpunan.

Ikuti cerita sebenar di SINI.

Friday, January 3, 2014

LALUAN KARPET MERAH KEPADA KRONI ADUN SABAK!! AKHIRNYA DAPAT JAWATAN!!

CERITA panas yang baru aku terima dan setelah diselidik rupanya ada kebenarannya. Baru-baru ini Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) ada membuat sesi temuduga bagi mana-mana calon yang telah terpilih bagi beberapa jawatan yang kosong di PBT ini. Salah satunya adalah jawatan Jurutera MDSB (J41).

Adalah lebih kurang 15 orang calon yang layak untuk sesi temuduga selepas pihak MDSB meneliti segala dokumen yang diserahkan bulan lepas. Ada yang baru habis belajar, ada yang mahu balik kampung dan ada juga yang telah kerja sebagai jurutera selama 10 tahun memohon juga untuk menukar angin.

Ini termasuklah Pegawai Khas kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa merangkap ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi iaitu Fidaus Ahmad (28 tahun).

Mengikut sumber dalaman MDSB, sebenarnya nama Firdaus Ahmad telah terkeluar dari senarai pendek nama calon untuk ditemuduga kerana kekurangan dokumen salinan sijil lisan. Secara tidak langsung permohonan beliau terpaksa ditolak.

Walaubagaimanapun, atas kuasa politik yang ada pada beliau selaku Pegawai Khas kepada Exco Selangor, tiba-tiba saudara Firdaus Ahmad muncul dalam sesi temuduga walaupun senarai nama calon bertarikh 19 Disember 2013 tiada nama beliau. Dengan rasa tidak bersalah beliau hadir untuk temuduga walau tiada nama beliau dipanggil oleh urusetia.

Pada hari Isnin 30 Disember 2013, satu mesyuarat khas bagi menentukan jawatan telah diadakan dan Firdaus Ahmad ditawarkan jawatan J41 dengan bersyarat (kemukakan sijil lisan) barulah lantikan akan dilakukan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah calon simpanan bagi jawatan J41 ini adalah individu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang kejuruteraan sedangkan Firdaus Ahmad hanya berpengalaman menyampaikan ceramah politik dan sebagai kerani di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sabak selepas habis belajar 4 tahun yang lalu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bukan hendak mempertikaikan kelayakan beliau kerana memang benar beliau layak kerana lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, tetapi jika hendak dibandingkan dengan yang sudah bekerja lebih 10 tahun menunjukkan yang beliau masih mentah dalam kerja-kerja kejuruteraan ini.

Adakah wujud kronisme dalam pengambilan jawatan MDSB? Atau adakah Ahli Majlis yang 100% berpaksikan kepada pakatan haram terpaksa menerima lantikan Firdaus Ahmad hanya kerana beliau Pegawai Khas kepada Exco Selangor?

EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR KESAL DENGAN TINDAKAN JAIS RAMPAS BIBLE!!!

"SAYA TIDAK TAHU", itulah antara kenyataan Sallehin Mukhyi berkenaan serbuan oleh 20 orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara semalam yang turut merampas lebih 300 naskhah Bible bahasa Melayu dan Iban.

Bila ditanya wartawan tentang penangkapan ini, maka jawapan tidak tahu terus terpacul dari mulut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa ini. Umpamanya beliau tidak menjaga dan tidak mengambil tahu tentang segala tindakan dan apa yang terjadi dalam JAIS itu sendiri.

Adun Sabak ini sepatutnya lebih peka dengan segala tindak tanduk JAIS kerana beliau yang diamanahkan untuk menjaga jabatan itu.

Aku percaya jika Sallehin terus mengeluarkan kenyataan menyokong maka riwayat politiknya tidak akan lama seperti apa yang telah terjadi kepada Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa.

Masih menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab. Masih juga menunggu apa jawapan Sallehin tentang serbuan ini kerana ini melibatkan Islam dan penyebaran haram kristian.

Adakah beliau akan tunduk dengan desakan DAP supaya memulangkan semula Bible bahasa Melayu dan Iban kepada pihak Persatuan Bible Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Thursday, January 2, 2014

CINA 1MALAYSIA CACI MAKI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR KERANA SERBU GEREJA!!!

KETIKA orang Islam dari pelbagai NGO di Malaysia begitu marah dengan seorang paderi yang membantah titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa aktiviti gereja, kaum Cina yang aku percaya penganut Kristian melemparkan kata-kata hina kepada JAIS.

Ini berikutan serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa JAIS siang tadi yang merampas bible dalam bahasa Melayu dan menahan 2 orang paderi gereja di Damansara.

Cina di Malaysia tidak kira dari parti mana pun secara sebulat suara menghina jabatan agama Islam yang bernaung di bawah Sultan Selangor. Dan bagi pengamatan aku ini secara tidak langsung menghina Sultan itu sendiri.

Apa tindakan kerajaan negeri? Bukankah JAIS di bawah pengurusan kerajaan negeri dan dibawah kuasa undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor? Apa keputusan Khalid Gagap dalam hal ini?

Dan yang lebih mustahak apa tindakan kita sebagai umat Islam yang mengaku Islam tetapi takut untuk mempertahankan Islam? Di mana pemimpin dari parti yang kononnya berjuang atas nama Islam tapi apabila berlaku perkara seperti ini, masing-masing menutup mata, memekakkan telinga.

DEMOCRACY IS DEAD: JIKA MASIH ADA LAGI MANUSIA SEPERTI INI MEMANG HINGGA KIAMAT TIADA DEMOKRASI!!

INI salah satu aksi yang sempat dirakam oleh lensa kamera akhbar Utusan semasa malam ambang tahun baru di Dataran Merdeka tempohari. Situasi serta aksi sebegini memang tidak asing bagi mereka kerana sejak kecil memang mereka sudah diajar untuk bersikap kurang ajar dengan pemimpin.

Analisa yang dibuat menunjukkan hampir 80% peserta rusuhan adalah dari golongan muda Melayu. 

Sedang bangsa lain menyambut tahun baru dengan tenang di beberapa tempat seluruh negara, namun anak Melayu ini memilih untuk turun ke Dataran Merdeka bagi menggulingkan kerajaan. Menurut kata-kata semangat yang diberikan oleh Adam Adli dalam ucapannya di hadapan Sogo, malaun ini menyeru supaya anak muda terus berarak dan berarak hingga kerajaan tumbang malam ini.

Tetapi apa yang terjadi???

Menjelang detik 00:00 tanggal 01 Januari 2014, selepas selesainya percikan bunga api, berdoyon-doyonlah perusuh mula meninggalkan perkarangan Dataran Merdeka. Di mana yang kata nak tumbang kerajaan?

Malah ada yang lebih sadis apabila sebilangan anak muda mula merusuh di atas pentas konsert hingga hiburan nyanyi oleh selebriti tempatan terganggu. Ya! Mereka BERJAYA!! Berjaya merampas pentas dari penganjur yang sedang berang. 

Hanya itulah yang termampu dibuat oleh malaun-malaun ini. 

Hari ini harga barang masih sama. Perdana Menteri pun masih sama.

Wednesday, January 1, 2014

PENCEROBOHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, BERUANG HILANG HABITAT ASAL!!!

SELEPAS 2 3 hari seekor anak beruang mundar-mandir di kawasan kampung Belia 2, Sungai Panjang hingga menakutkan penduduk kampung, hari ini anak beruang ini telah ditembak dengan ubat pelali oleh pihak Perhilitan.

Akibat kemusnahan habitat asal haiwan ini, maka mereka mula mencari penempatan baru. Lokasi terdekat adalah kawasan kampung yang sudah pasti punyai makanan untuk mereka terus hidup.

Anak beruang ini didapati tidur dan makan di salah sebuah rumah penduduk kampung hingga memaksa penduduk menghalau kembali ke hutan.

Tetapi oleh kerana hutan yang selama ini menjadi rumah mereka telah musnah diteroka dan diceroboh oleh kerajaan negeri Selangor atas kapasiti penanaman sawit, kumpulan beruang ini mula berhijrah dan mencari penempatan baru.

Pihak PKPS telah dihubungi untuk mengadu tentang masalah ini namun jawapan yang diperolehi adalah hampa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana arahan datang dari kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pertaniannya yang juga Adun Sabak, Salehudin Mukhyi.

Penerokaan dan penebangan pokok-pokok hutan masih juga diteruskan hingga kini walaupun aduan telah dibuat dan minta dihentikan kerana bukan sahaja beruang, penduduk setempat juga terdedah dengan bahaya dan ancaman daripada haiwan lain seperti monyet, babi hutan dan ular yang mula menghuni kawasan rumah mereka.

Jadi apa pula tindakan kerajaan negeri? Inikah yang dinamakan negeri berkebajikan?

KAUM CINA TIDAK BERMINAT DENGAN PERHIMPUNAN, MELAYU JUGA JADI ANJING MENYALAK BUKIT!!!

KENAPA aku panggil Melayu yang hadir berdemo malam tadi umpama 'Anjing Menyalak Bukit'? Betul la... Dok menjerit turun...turun...turun... Tapi hari ini masih juga sama macam semalam. Harga barangan masih lagi begitu, tariff tol masih juga begitu dan yang lagi pening Perdana Menteri masih lagi Najib Razak.

Mana yang dikatakan menjelang tahun baru, kerajaan juga bertukar baru.

Mengikut rentetan malam tadi, kurang kelihatan penglibatan pemuda-pemudi dari kaum Cina. DAP tak hantar rombongan dari kaum Cina ke? Atau memang Melayu pakatan ni je yang jadi kuli dan anjing Cina?

Benarlah kata Ketua Pemuda GERAKAN ini. Tertanya-tanya jugak, berapa ramai pemuda-pemudi Cina atau India yang hadir malam tadi? Dan berapa juta orang muda Melayu pula yang turun????

Masing-masing turun darah ke naik darah? 

Malam tadi sempat juga meronda malam tahun baru di bandaraya Kuala Lumpur. Singgah sebentar di Pavillion, KL untuk melihat suasana dan orang Melayu yang melepak. Tapi sayang, hampir 90% yang berada di sana adalah kaum Cina dan India yang baru lepas makan dan tengok wayang barangkali.

Sedangkan jam sudah menunjukkan jam 9.00 malam. Tertanya-tanya, mereka ini tak ikut berhimpun ke?

Benarlah seperti dakwaan pelbagai pihak.

Melayu pakatan hanya dipergunakan oleh kepentingan individu. Bukan untuk rakyat! Bukan untuk generasi akan datang! Bukan untuk tanah air sekalipun! Malah bukan juga untuk agama dan bangsa!

Melayu pakatan akan terus dipergunakan selagi mereka tidak sedar ditipu.

NAJWA LATIF KESAL MALAM AMBANG TAHUN BARU BERTUKAR PESTA RABA-RABA!!! @NjwaLatif

ITULAH antara luahan hati penyanyi kecil molek yang baru hendak meningkat remaja ini tentang apa yang terjadi pada konsert sambutan ambang tahun 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

Dengan kehadiran para demonstran-demonstran dari pihak pembangkang, Najwa Latif meluahkan isi hatinya di dalam laman twitternya @NjwaLatif tentang konsert yang sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi tiba-tiba bertukar huru-hara dengan kehadiran peserta demo guling kerajaan di atas pentas.

Bukan setakat mengganggu perjalanan majlis, malah ada juga beberapa penonton wanita yang diraba oleh para perusuh hingga menakutkan orang ramai.

Ini adalah antara rentetan apa yang terjadi malam tadi. Inilah perkara sebenar yang para penyokong pembangkang mahu tunjukkan kepada seantero dunia berkenaan niat gulingkan kerajaan.

Jika benar kerajaan terguling dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, nescaya lebih teruk lagi akan terjadi melebihi dari hanya sekadar meraba sesuka hati.

Apa lah sangat dengan para pengikut Anwar yang meraba jika hendak dibandingkan dengan ketuanya yang suka meliwat, berzina. Jika dibandingkan dengan Azmin yang ber'blowjob' di dalam tandas. Jika hendak dibandingkan dengan Mustapa Ali yang turut berzina dengan wanita simpanannya.

*Sudah tergulingkah kerajaan dengan acara berkumpul beramai-ramai malam tadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...