Konco-konco ku

Wednesday, September 10, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: USTAZ HAJI MAT RAZI MAT AIL CALON BARISAN NASIONAL

TEKA-teki siapa kah bakal calon BN bagi kerusi Dun Pengkalan Kubor akhirnya sudah terungkai. Di sini aku letak kan sedikit biodata calon bagi meneruskan kesinambungan perjuangan arwah Datuk Noor Zahidi.

Ustaz Hj. Mat Razi adalah pengasas Pondok Simpangan, Tumpat, Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Nurul Ehsan Kg. Telaga Bata, Tumpat, Setiausaha Masjid Kampong Simpangan, Tumpat dan juga Guru Al-Quran Kampong Simpangan, Tumpat, Kelantan.

Berkelulusan BA(Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu, UKM (1999) dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah (1988).

Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat (Pengurusan Sekolah).

Amat dikenali dan disenangi oleh penduduk setempat kerana peribadinya yang rendah diri dan senang didekati oleh penduduk setempat khususnya penduduk Pengkalan Kubor yang merupakan anak jati kawasan tersebut.

Ustaz Hj. Mat Razi memang anak jati Pengkalan Kubor dengan tempat lahir beliau adalah di Kampong Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Masih muda, baru berusia 49 tahun dan tidak uzur malah juga aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sekitar tumpat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....