Monday, September 29, 2014

BENDAHARI PAS PENANG DIPECAT SEBAB KUAT TIDUR!!!

RBA (Red Bean Army) kendalian DAP sudah mula melancarkan serangan mereka kepada Bendahari PAS Pulau Pinang yang menghina DAP dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

Iszuree Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang digugurkan dari semua jawatan kerana mengeluarkan kenyataan tidak berpuashati dengan kerajaan Penang DAP yang dilihat berat sebelah dan kerap membuli Pas Penang.

Sejak beberapa hari lalu, kumpulan RBA mula menujukan serangan kepada Iszuree dengan mendedahkan sebab apa sebenarnya beliau digugurkan daripada semua jawatan dalam kerajaan negeri.

DAP menuduh Iszuree seorang yang KUAT TIDUR! 

Bendahari Pas ini kerap dilihat tidur sama ada ketika mesyuarat, seminar ataupun taklimat berkaitan kerajaan negeri.

Itulah sebab terbesar Guan Eng pecat Iszuree daripada memegang semua jawatan negeri.

SAH!! MEMANG ADA BARUA & BROKER DALAM PAS!!

MEMANG benarlah apa yang dikatakan oleh Hadi Awang dalam muktamarnya baru-baru ini di Johor. Dalam Pas sudah ada BARUA dan BROKER yang semakin menghancurkan parti.

Kenyataan Hasnul Baharuddin, Adun Pas Morib baru-baru ini dalam majlis makan malam anjuran DAP mengesahkan yang beliau tidak kisah kalau namanya tidak tersenarai dalam calon Pas pada PRU14 akan datang.

Hasnul boleh bertanding atas tiket DAP.

Tepukan gemuruh diberikan kepada Hasnul oleh tetamu yang hadir yang 100% adalah Cina DAP.

Dalam hati ahli DAP, seorang lagi pemimpin Pas telah MURTAD.

Tidak hairan apabila Hasnul berkata sedemikian apabila dia akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS tidak lama lagi. 

Kalau orang sebegini tidak dibuang atau dipecat tak tau lah nak kata apa.

Sedangkan Hasan Ali yang merampas arak, menceroboh gereja yang memurtadkan orang Islam boleh dipecat, tak kan Hasnul dan Saari dapat keistimewaan.

BARUA ini lah yang sepatutnya dibuang dari dulu.

BROKER dari PKR harus dicari......

Pas jangan jadi lembik apabila disergah dengan DAP....

Friday, September 26, 2014

SENARAI EXCO: SALLEHEN KECEWA NAMA TIDAK TERPILIHI!!

AKHIRNYA cadangan Zuraida supaya mengurangkan kerusi Pas untuk jawatan exco direalisasikan oleh MB yang baru, Azmin Ali.

Jika sebelum ini dengan kemenangan 15 kerusi Dun Selangor oleh Pas, Khalid memberi kelebihan 4 kerusi istimewa kepada Pas kerana meningkatkan momentum menaikkan nama pakatan di Selangor.

Namun Azmin Ali kali ini mengurangkan kerusi exco Pas kerana tidak menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai MB.

Sallehen Mukhyi Adun Sabak terkeluar daripada senarai barisan exco dan Dr. Halimah Adun Selat Klang turut mengalami nasib yang sama.

Mereka berdua digantikan dengan Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib sebagai muka baru exco Pas.

Azmin mengurangkan kerusi Pas dengan hanya diberi 3 kerusi Exco sahaja.

Senarai Exco Negeri Selangor yang baru:

4 = PKR, 3 = DAP, 3 = PAS

1. Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong - (PKR) Bukit Lanjang
2. Dr. Daroyah Alwi - (PKR) Sementa
3. Nik Nazmi Nik Ahmad - (PKR) Seri Setia
4. Amirudin Shari - (PKR) Batu Caves
5. Dato' Teng Chang Khim - (DAP) Sungai Pinang
6. Ean Yong Hian Wah - (DAP) Seri Kembangan
7. Ganabatirau A/L Veraman - (DAP) Kota Alam Shah
8. Iskandar Abdul Samad - (PAS) Chempaka
9. Dr. Ahmad Yunus Hairi - (PAS) Sijangkang
10. Zaidy Abdul Talib - (PAS) Taman Templer

PRK SELANGOR: SIAPA BERSEDIA UNTUK BERUNDUR??

SELEPAS Azmin Ali diangkat menjadi Menteri Besar yang baru dan diperkenankan oleh Sultan walau tidak berapa dipersetujui oleh kepimpinan parti terutama daripada PKR dan DAP, muncul pula berita panas yang sedang menjadi buah mulut rakyat Selangor.

Permainan politik Selangor oleh pakatan tidak habis di sini sahaja.

Selepas perebutan kerusi MB, selepas perebutan kerusi Exco Selangor, kini KEMUNGKINAN besar ada pemimpin daripada parti dalam pakatan yang bakal mengosongkan kerusi terbabit.

Nama yang disebut-sebut antaranya adalah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang di pegang oleh bekas MB, Khalid Ibrahim dan juga kerusi Parlimen Pondan yang dipegang oleh Pengarah Kajang Move, Rafizi Ramli.

Khabar angin ini bertiup kencang beberapa hari lalu.

Mereka dikhabarkan didesak oleh kepimpinan PKR sendiri untuk mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada pemimpin PKR lain untuk berkhidmat.

Sedia maklum, Khalid memang didesak untuk meletakkan jawatan kerana Khalid bukan lagi ahli PKR dan telah dipecat.

Rafizi pula didesak oleh beberapa pemimpin PAS kerana PAS baru sedar yang permainan Kajang Move adalah hasil idea beliau untuk menghuru-harakan Selangor.

Tapi mengikut analisa yang dibuat, besar kemungkinan Khalid Ibrahim yang bakal mengosongkan kerusi sedia ada kerana sudah dibuang, diterajang oleh kepimpinan PKR.

Apa-apa pun sama-sama kita saksikan apa lagi game yang bakal dimainkan.

Wednesday, September 24, 2014

PAS TAK LAYAK DAPAT KERUSI EXCO SELANGOR - MAK LAMPIR

ZURAIDA Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR membuat kenyataan panas hari ini apabila mendesak Menteri Besar yang baru, Azmin Ali supaya tidak memberi sebarang jawatan exco kepada Adun Pas Selangor kerana tidak pernah menyokong cadangan PKR dalam perlantikan Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya ketika ditemui oleh wartawan, Zuraida berkata Pas belot dan khianat terhadap PKR dan sudah semestinya tidak layak langsung berada dalam barisan kepimpinan MB yang baru yang juga dari PKR.

Walaupun Pas mempunyai 15 kerusi Dun lebih banyak daripada PKR, ini tidak menjanjikan jawatan exco kepada mana-mana Adun mereka kerana sikap tikam belakang terhadap kepimpinan PKR di Selangor yang sedia maklum PKR adalah parti yang memerintah negeri Selangor.

"PKR melalui MB baru Azmin Ali hanya akan mempertimbangkan exco saguhati sama ada satu atau dua sahaja exco daripada Pas," katanya.

"PKR juga mungkin akan melantik Adun Pas yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai exco bagi menggantikan 4 exco Pas sebelum ini yang menyokong Khalid supaya kekal MB."

Untuk rekod pada PRU-13 yang lalu, Pakatan Pembangkang mendapat kepercayaan rakyat Selangor sekali lagi apabila parti daripada PKR, DAP dan Pas memperoleh majoriti Dewan Negeri iaitu PKR - 14 kerusi, DAP - 15 kerusi dan Pas - 15 kerusi.

Tuesday, September 23, 2014

RAJA AISKRIM: YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN

ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekitar jam 10.40 pagi.

3 kali angkat sumpah.

6 keping surat sudah ditandatangani.

SELAMAT BERTUGAS MB AISKRIM.

Monday, September 22, 2014

TAHNIAH!! AZMIN ALI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU!?

HARI ini merupakan rehearsal majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, Klang. Beberapa pemimpin parti politik daripada Pas kelihatan, namun masih lagi berkira-kira siapa yang menjadi MB.

Azmin dilaporkan bakal mengisi kerusi MB Selangor.

Menurut sumber juga memberitahu, Azmin sudah mengadap Sultan dan mengambil buku tatacara angkat sumpah.

Adakah benar Azmin MB Selangor yang baru??

Kecewa lagi nampaknya Anwar. 

Azmin mungkin dipecat.

CALON MB PAS DIPAKSA TOLAK, CALON MB PKR BAKAL DIPECAT KEAHLIAN!!

PILIHAN ditangan Sultan Selangor. Hari ini dikatakan nama bagi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim akan diumukan. Sultan mempunyai 3 calon daripada PR untuk ditimbangtara menduduki kerusi MB.

Namun ada kejutan buat Sultan jika ketiga-tiga calon di atas dipilih.

Jika Azmin dilantik sebagai MB menggantikan Khalid, ada ura-ura pihak PKR akan memecat beliau daripada parti dan akan mengalami nasib yang sama seperti Khalid. Malah sehingga ke hari ini PKR menerusi Anwar masih mahukan bininya Azizah supaya dilantik menjadi MB.

Lebih menarik lagi.

Calon MB Pas yang diberikan oleh Hadi Awang kepada Sultan Selangor iaitu Iskandar Samad dan Yunos Hairi turut akan mengalami masalah yang sama.

PKR, DAP tidak bersetuju jika calon Pas diangkat menjadi MB.

Malah, Mat Sabu juga tidak setuju dan senada dengan Anwar dan Guan Eng yang menyatakan Selangor adalah MILIK Keadilan, bukan MILIK Pas.

Jika Pas masih berdegil menerima jawatan MB daripada Sultan, tidak mustahil jika negeri Selangor juga bakal hilang dari genggaman PR mengambil iktibar daripada kerajaan Pas di Terengganu dan Kedah yang tumbah kerana keBODOHan MB Pas mentadbir negeri. Itu kata Anwar sebagai memberi amaran.

Namun semuanya terletak ditangan Sultan Selangor hari ini.

Esok jam 10 pagi, di Istana Alam Shah, Klang dijangka majli angkat sumpah MB Selangor akan berlangsung.

Friday, September 19, 2014

GAJUS SEDIA TERIMA MAAF DATO' IR. NAWAWI AHMAD

SABAK BERNAM - Gabungan Anak Jawa Utara Selangor (GAJUS) sedia menerima maaf yang dipohon secara terbuka melalui akaun Facebook peribadi Ahli Parlimen Langkawi, Dato' Ir. Nawawi Ahmad atas keterlanjuran kata-katanya.

Presiden GAJUS yang namanya dirahsiakan menganggap status yang dimuatnaik ke dalam laman sosial milik beliau adalah sikap amarah yang terlepas ketika di asak oleh tentera pembangkang sehingga terkeluar ayat yang mengguris jutaan Melayu berketurunan Jawa di Malaysia.

"Saya tidak bermaksud pada semua Melayu Jawa tapi hanya seorang yang hentam Malaysia dan Melayu. Ayah saya juga berdarah jawa. Saya pertahankan Melayu tidak boleh berpuak-puak seperti jawa, aceh, patani....kerana kita wajib bersatu," kata Nawawi.

"Selaku Presiden GAJUS, saya menyeru para sedulor, batir semua hentikanlah serangan terhadap Nawawi kerana ini semua hanyalah salah faham," kata Presiden GAJUS ketika dihubungi sebentar tadi.

Status Nawawi Ahmad menjadi viral apabila perkataan yang digunakan oleh beliau mengundang marah dan kecewa kepada Melayu berketurunan Jawa sejak dua hari lalu.

MB SELANGOR: ANWAR SANGGUP DERHAKA DEMI KEDUDUKAN BININYA!!

SELEPAS keceluparan Anwar yang semakin galak menghentam pihak istana kerana mendapat tentangan yang hebat daripada Sultan untuk melantik bininya menjadi MB Selangor menggatikan Khalid, pihak Istana melalui Setiausaha Sulit Sultan telah menghantar sepucuk surat dengan 4 muka surat kepada Anwar.

Surat tersebut adalah untuk menjelaskan kepada Anwar yang buta sejarah dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tentang perlantikan seorang Menteri Besar. (boleh lihat disini)

Siapa pun yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar haruslah patuh dan memberikan taat setia kepada Sultan Selangor memandangkan Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pemilihan ketua negeri. 

Ada yang tak pernah tengok Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor berkenaan perlantikan MB Selangor? Boleh jenguk sahabat aku yang tulis panjang lebar ni kat SINI.

Apa-apa pun Anwar tak sepatutnya melawan dan mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam hal perlantikan menteri besar ini.

Lagi pun Azizah bukanlah anak jati Selangor.

Ya! Memang benar tiada dalam klausa seorang MB tidak semestinya lahir di Selangor. 

TETAPI Sultan punyai kuasa dan 'budi bicara' tentang pemilihan MB.

Sama-samalah kita tunggu Selasa hadapan, jam 10 pagi....

Thursday, September 18, 2014

HARON DIN MINTA NURUL IZZAH JANGAN BATALKAN PROJEK BUKIT KERINCHI???

KADANG-kadang aku pun jadi musykil dengan perangai budak-budak AMK yang saban hari berperangai lagi jahat dari yahudi. Kalau sebelum ini kerap fitnah UMNO dengan pelbagai tuduhan yang tak berasas. Tetapi kali ini berlainan pula.....

Masih lagi dengan hobi mereka menabur fitnah namun kali ini sasarannya bertukar...

Bukan lagi UMNO....

Tetapi kepimpinan PAS terutama pemimpin daripada Majlis Syura Ulama...

Ini pasal MSU tak setuju Wan Azizah jadi MB Selangor... Hanya disebabkan kenyataan Haron Din yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis yang mana wanita tidak boleh jadi Ketua Negeri, teruk pemimpin PAS di hentam kiri dan kanan...

Aku bukan nak menyokong bukan jugak nak back up...

Cuma aku nak bagitau kat semua, terutama budak-budak PAS bahawa pemimpin mereka difitnah teruk... Apa yang pemuda PAS buat untuk mempertahankan?

Simpang lah kalau nak pertahan... Tambah dihentam lagi ada la sebab kononnya MSU tak ikut tahaluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP...

Ntah lah... Kalau itu pun masih lagi tak sedar tak tau nak kata apa laaaaa....

Rosak dah PAS sekarang....

JIJAH KECEWA!! IDRIS IJOK BAKAL MB SELANGOR!!

ANGIN kembali bertiup kencang sekali lagi apabila pada hari Selasa hadapan jam 10 pagi di Istana Alam Shah, Klang. Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim masih lagi bermain-main di dalam fikiran rakyat Selangor.

Adakah Jijah? Adakah Azmin? Adakah Iskandar?

Atau..... Adakah Dr. Idris, Adun Ijok???

Walaubagaimanapun, pihak Istana Sultan Selangor sudah mempunyai calon yang dirasakan layak bagi menggantikan calon Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Desas-desus mengatakan Dr. Idris bakal diangkat menjadi MB Selangor yang baru memandangkan beliau adalah anak jati Selangor dan punyai personaliti sebagai ketua negeri.

Mungkin penyokong-penyokong PKR boleh duduk diam setakat ini memikirkan strategi bagi terus mengangkat Presiden PKR sebagai MB.

Nampaknya kecewa lagi Anwar apabila hasratnya nak letakkan bini nya sebagai MB bakal terkubur buat selama-lamanya.

Nama Dr. Idris dicadangkan oleh kepimpinan PAS Pusat bersama dua lagi calon lain.

Mungkin melihat pada majoriti sokongan yang menyokong PKR di Selangor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, maka tidak salah kiranya calon dari PKR juga diangkat menjadi MB.

Yang penting bukan Wan Azizah yang tidak layak menjadi ketua negeri.

Apa-apa pun sama-sama lah kita nantikan berita panas ini.....

Wednesday, September 17, 2014

APABILA RAKYAT SENDIRI TIDAK HORMAT NEGARAKU, APATAH LAGI PEMIMPIN!! #S14

SEBENARNYA sedikit pun aku tak terkejut dengan perangai sesetengah orang yang konon mengaku rakyat Malaysia dan tuntut macam-macam apa yang orang lain dapat tapi semangat kecintaan terhadap negara tak ada langsung.

Mungkin segelintir yang berperangai macam ni...

Aku juga percaya, bukan semua kaum Cina macam ni... Sebab aku pun ada pergi panggung wayang baru-baru ni dan ada juga orang Cina yang hormat dengan lagu Negaraku...

Ini semua terletak pada diri sendiri...

Yang buat aku tak boleh terima apabila seorang pemimpin iaitu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengeluarkan kenyataan terbuka mengutuk inisiatif kerajaan persekutuan memainkan lagu Negaraku di dalam panggung wayang.

What the hell is going on??

Bangsat sangat ke perangai tu sampai lagu kebangsaan pun tak boleh nak hormat..

Bukan setiap hari pun ko nak nyanyi lagu Negaraku...

Kalau tak nak nyanyi, jangan pergi panggung wayang masa tempoh nyanyian Negaraku di panggung wayang 28 Ogos hingga 16 September ni...

Bangang sangat ke?

Aku tak nak menyentuh kaum sebab aku dah jumpa kaum Cina yang betul-betul respect each others..

Tak salah saling hormat menghormati...

Tapi mungkin betul jugaklah orang tua-tua pesan kat aku ni... DAP sejak dari dulu sampai sekarang tak pernah anggap Malaysia ini negara dia sehingga DAP sendiri memerintah negara...

Fikirkanlah.

Wednesday, September 10, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: USTAZ HAJI MAT RAZI MAT AIL CALON BARISAN NASIONAL

TEKA-teki siapa kah bakal calon BN bagi kerusi Dun Pengkalan Kubor akhirnya sudah terungkai. Di sini aku letak kan sedikit biodata calon bagi meneruskan kesinambungan perjuangan arwah Datuk Noor Zahidi.

Ustaz Hj. Mat Razi adalah pengasas Pondok Simpangan, Tumpat, Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Nurul Ehsan Kg. Telaga Bata, Tumpat, Setiausaha Masjid Kampong Simpangan, Tumpat dan juga Guru Al-Quran Kampong Simpangan, Tumpat, Kelantan.

Berkelulusan BA(Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu, UKM (1999) dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah (1988).

Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat (Pengurusan Sekolah).

Amat dikenali dan disenangi oleh penduduk setempat kerana peribadinya yang rendah diri dan senang didekati oleh penduduk setempat khususnya penduduk Pengkalan Kubor yang merupakan anak jati kawasan tersebut.

Ustaz Hj. Mat Razi memang anak jati Pengkalan Kubor dengan tempat lahir beliau adalah di Kampong Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Masih muda, baru berusia 49 tahun dan tidak uzur malah juga aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sekitar tumpat.

PENGKALAN KUBOR: PKR KELANTAN KECEWA DENGAN WAN AZIZAH

PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Wan Suhaimi Wan Daud dikatakan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Wan Azizah yang memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada calon PAS.

Dalam satu kenyataannya berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada PRU13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.

PKR Kelantan sudah masak benar dengan perangai PAS Kelantan yang gila kuasa dan mensabotaj semua calon-calon PKR yang bertanding sebelum ini semasa PRU13. PAS Kelantan juga ujarnya lagi tidak turun membantu calon-calon dari PKR kerana sifat ego dan sombong walaupun pimpinan atasan sudah mempersetujui kerjasama antara parti dalam Pakatan Pembangkang.

Kekecewaan ini dizahirkan dengan berkata, ahli-ahli PKR Kelantan tidak akan turun membantu dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini kerana kerusi tersebut bukan lagi milik mereka, jadi terserahlah kepada PAS untuk merangka strategi bagi memenangi kerusi tersebut tanpa bantuan daripada PKR Kelantan.

Tuesday, September 9, 2014

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

PERUMPAMAAN yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah'. 

Jika mengikut situasi semasa ternyata Sultan Selangor adalah Raja yang adil apabila menggunakan kebijaksanaan baginda bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negeri Selangor.

Layakkah rakyat yang bernaung dibawah kuasa baginda terus bermastautin di negeri berdaulat ini?

Sejak kebelakangan ini memang ramai para pemimpin terutama pemimpin pakatan pembangkang yang semakin kurang ajar dan biadap dengan institusi Sultan.

Adakah mereka fikir mereka sudah punyai kuasa mutlak terhadap negeri? 

Adakah mereka fikir mereka penakluk negeri Selangor Darul Ehsan?

Bertepatan dengan EHSAN yang ada pada nama negeri Selangor. Sultan Selangor begitu bermurah hati dan baik terhadap rakyat negeri lain yang mencari rezeki di Selangor. Mujur tidak dihalaunya rakyat penumpang ini.

Mahu apakah lagi?

Tidak perlu mengheret Sultan dalam kancah politik kotor puak penderhaka. Tidak perlu berkata sombong konon rakyat memilih jadi hak untuk diangkat sebagai Menteri Besar berada dalam tangannya.

Sedarlah. Walau negeri Selangor ini ditadbir oleh sesiapa pun, waima dari parti mana pun. Ingatlah Sultan Selangor masih punya budi bicara dalam melantik pembesar negeri baginda. Sultan Selangor masih ada kuasa mutlak dalam memilih siapakah yang benar-benar layak mengetuai pentadbiran negeri maju ini.

Kami rakyat negeri Selangor masih berpegang teguh kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor tidak akan menjadi penderhaka kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor akan terus berdiri dan mempertahankan institusi beraja dan Sultan Selangor kerana kami sedar tanpa Sultan sebagai Ketua Negeri Selangor, maka punahlah segalanya.

Kepada PENDERHAKA dan golongan BIADAP!

Bertaubatlah! Insaflah! Sedarlah!

Tanpa kalian sebagai pentadbir walau mendapat mandat rakyat. Kalian bukan sesiapa!

Jangan cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak!

Kami rakyat Selangor berpegang teguh kepada kedaulatan Sultan Melayu.

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

Monday, September 8, 2014

ANAK JATI SELANGOR MENJUNJUNG TITAH SULTAN SELANGOR!!!

Seramai 500 orang anak jati Selangor berkumpul di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar bagi menunjukkan sokongan mereka kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dengan titah baginda berikutan kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Himpunan yang dianjurkan oleh Kelab Komuniti, Sukan dan Rekreasi Parlimen Sungai Besar (SRCC) ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dengan kehadiran ahli PAS dan PKR Sungai Besar serta Sabak Bernam yang senada tidak bersetuju dengan pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Program hanya mengambil masa selama 1 jam sebelum beredar dengan pengisian ceramah disampaikan oleh Ustaz Norman Toha, bekas Setiausaha Pemuda PAS Selangor.

Turut hadir lapan buah kereta yang tertulis dengan kata-kata menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Baru-baru ini, Pejabat Sultan Selangor telah memberikan tempoh masa tambahan selama 48 jam kepada PKR dan DAP untuk menghantar dua lagi nama calon Menteri Besar namun tiada apa-apa tindakan daripada pihak parti.

Hanya PAS sahaja yang patuh dengan arahan Istana Sultan Selangor untuk menghantar tiga nama calon yang terdiri daripada Exco PAS Selangor. - SelangorPress.com

SULTAN SELANGOR MURKA!! KERUSI MB BUKAN MILIK PKR & DAP!!


KENYATAAN media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Selangor menunjukkan yang Sultan Selangor benar-benar dukacita dengan tindakan PKR & DAP yang hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Walaupun telah memberi tempoh tambahan 48jam untuk menghantar nama lain sebagai calon MB yang sesuai, namun mereka masih lagi ingkar dengan arahan Sultan.

Namun tidak bagi PAS yang telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.

Dalam kenyataan media Sultan juga ada menyebut yang baginda boleh juga melantik MB daripada bukan parti pakatan pembangkang. 

JENG...JENG...JENG...

Nampaknya pakatan memang betul-betul dah tak berpakat.

Apa yang aku nampak sekarang, untuk menjadi MB perlu mendapat sokongan majoriti dewan. PAS menghantar 3 nama calon yang memenuhi syarat untuk menjadi MB.

Aku juga percaya, yang Sultan pasti akan memilih calon daripada PAS sebagai pengganti Khalid Gagap.

Sayonara Wan Azizah!

Friday, September 5, 2014

BELIA DISEKAT DARI BERAKTIVITI OLEH KERAJAAN ZALIM SELANGOR!!

PUNYALAH anti puak negeri Selangor dengan belia kat Selangor ni sampaikan nak buat event car boot sale pun tak diluluskannya. Apa teruk sangatlah!

Kalau ada conflict sekalipun dengan korang punya MB pergi mamposlah. Ini orang nak buat program untuk belia Selangor kenapa perlu nak disekat? Rasa tergugat ke?

Hairan punya kerajaan negeri. 

Sepatutnya bila ada anak-anak Muda yg menjalankan aktiviti sihat seperti berniaga... Kerajaan Negeri bagi lah sokongan! Ini aktiviti PEMBANGUNAN Ekonomi Belia.. Kenapa nak campur aduk dengan masalah politik?? 

Anak-anak MUDA ini bukannya tak buat permohonan lesen! Sudah lah masalah sosial kerajaan NEGERI tak ambil peduli bila Ada NGO membantu sepatutnya beri lah galakkan! 

Bukannya mintak duit kerajaan NEGERI pun...!

Thursday, September 4, 2014

PANAS!! PENDEDAHAN SKANDAL PETRONAS RAFIZI RAMLI!!

KEHADAPAN YB RAFIZI RAMLI,

Buatmu YB Rafizi yg dipuja oleh penyokong Pakatan Rakyat sebagai Pakar Strategik & Pakar Ekonomi.YB ni sebenarnya Pakar Ekonomi atau Pakar Dedah?YB kenapa suka sangat dedah sana sini ye?kalu ada mana2 pemimpin yg ada salah laku kenapa x report SPRM je,knapa perlu dedah?YB nak kerja dgn SPRM ke?YB,semenjak Dec 2013 YB dedah hal pemimpin Negeri Terengganu,sejak tulah sy research camne plak nak persoalkan YB ni.Sebabnya pemimpin umno Terengganu pemimpin sy YB.Mari datang marah la sy YB.So,alhamdulillah jumpa jugak apa yang bleh sy persoalkan YB..Soalan nye simple je YB.Begini soalannya,

a) YB letak jawatan di Petronas April 2009 dan YB nyatakan tak berniat pun nak sertai politik selepas letak jawatan di Petronas ( rujuk kepada kenyataan YB yang dilampirkan dibawah) tetapi kenapa YB sertai jugak PKR dan masuk sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

b) Seperti difahamkan YB pernah join PKR pada tahun 1999 namun YB keluar pada tahun 2004,Adakah benar YB?Jika benar kenapa 2009 YB join balik PKR?Adakah habuan gaji lebih tinggi ditawarkan oleh pimpinan PKR daripada gaji YB di Petronas dan Pharmaniaga yang YB berkerja selepas resign di Petronas?

c) Seperti apa yang difahamkan,selepas resign daripada Petronas pada April 2009,YB bekerja di Pharmaniaga x sampai 3 bulan dan YB meletak jawatan di Pharmaniaga selepas YB ditawarkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Persoalannya,berapakah gaji yang ditawarkan kepada YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Adakah benar dakwaan yang mengatakan gaji YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu sebulan?Jika benar mahal pd gaji MB Selangor YB ni...

d) Merujuk kepada kenyataan YB dimana YB telah menjelaskan kesemua byaran tunggakan pinjaman YB dengan Petronas selepas 3 bulan YB letak jawatan di Petronas(rujuk kepada salinan personal cheque YB dibawah). Persoalannya, adakah duit tersebut datangnya daripada habuan YB menerima jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?Jika nak dikatakan ianya duit simpanan YB,kenapa perlu tunggu selama 3 bulan YB meletak jawatan di Petronas untuk byr semua baki pinjaman YB?kenapa x dibayar pada tarikh YB ketak jawatan atau sebulan selepas YB letak jawatan di Petronas jika ianya duit simpanan YB?

e) Jika YB dibayar gaji sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu ataun25 ribu atau berbelas ribu,adakah ianya tidak dikira sebagai pembaziran wang rakyat?Ini kerana,apa yang YB nasihat MB Selangor untuk pembangunan ekonomi?Kenapa YB x nasihat MB Selangor untuk menyelesaikan masalah air Selangor pada thn 2009 itu?Isu air Selangor ni dah lama brlaku YB semenjak BN perintah Selangor lagi.Sebagai Pakar Ekonomi,tak kan YB x tau Air merupakan infrastruktur & kemudahan awam yang utama dimana mengikut istilah ekonomi pembangunan infrastruktur ni dipanggil MARGINAL PRODUCT PRIVATE CAPITAL yang menjadi RODA PENGGERAK PERTUMBUHAN EKONOMI.Kenapa YB x utamakan isu Air terlebih dahulu daripada YB dedahkan salahlaku pemimpin UMNO?

f) Soalan seterusnya,adakah benar dakwaan yang mengatakan sepanjang YB menjadi Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor,setiap cadangan projek daripada mana-mana syarikat mesti disemak oleh YB terlebih dahulu dan salah satu syarat untuk kelulusan cadangan projek,syarikat tersebut mesti memberi 10% kepada PKR sebagai sumbangan sebelum ianya dibawa cadangan tersebut kepada Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor? Benar atau tidak YB?

g) Soalan kedua terakhir,sebagai Ketua Penasihat Pejabat Ekonomi Negeri Selangor,apakah projek yang memberi impak tinggi kepada negeri Selangor yang dicetuskan idea Oleh YB?Adakah projek yang memberi kesan LIMPAHAN EKONOMI dengan Wujudnya INDUSTRI HILIRAN dilaksanakan di Selangor?

h) Soalan terakhir,YB pernah mengejutkan negara dengan cadangan memberikan PENDIDIKAN PERCUMA di Negara jika PR memerintah Malaysia,kenapakah YB x laksanakan di UNISEL (Universiti Selangor) terlebih dahulu dengan menjadikan UNISEL sebagai universiti Pendidikan Percuma Negara?UNISEL kan dibawah bidang Kerajaan Negeri Selangor.Ini sampai rugi UNISEL mujur x bangkrap dapat ke PR....

So,saya harap YB dapat jawab soalan ni.saya bertanya ikut FB ni dgn taggedkan kpd kakitangan YB di Pejabat Parlimen Pandan. Ini sebab soalan saya hantar pd email YB rafizi.ramli@gmail.com YB x jawab.Surat pun 3 kali YB x jawab jugak. Kakitangan YB no hp 019-2625025 daripada Pusat Khidmat Parlimen Pandan hubungi saya memaklumkan YB mohon maaf kerana sedang sibuk..saya faham YB memang sedang sibuk..sedang sibuk mencari info nk dedah apa lagi salahlaku pemimpin umno kan YB.x jumpa salah laku pemimpin umno,YB dedah pemimpin PKR TAN SRI KHALID IBRAHIM plak ye....Terbaek YB punya dedah.YB x cuba nk dedah Anwar Ibrahim ke??mana tau kot2 ada salahlaku juga.

So,harap YB dapat jawab ye....INI BUKAN FITNAH YB,seperti YB KATALAH SETIAP PERSOALAN YANG JADI KEMUSYKILAN RAKYAT PEMIMPIN PERLU JAWAB.YB AHLI PARLIMEN JADINYA YB PUN SALAH SEORANG PEMIMPIN...X SALAH KAN SAYA TANYA....SAYA TANYA SEBAB MUSYKIL LAH YB...KALU TAK MUSYKIL SAYA TAK TANYE LA PULAK YB....HUHUHUHU

ANAK JATI SELANGOR MENOLAK JIJAH KIPAS JADI MB!!

HUJUNG minggu lepas sempat pulang ke kampung halaman di Sabak Bernam. Suasana seperti biasa, walaupun orang KL sibuk sambut Hari Merdeka, kat kampung macam tak ada sambutan pulak. Mungkin dah sambut malam.

Tak kisahlah nak sambut ke tak nak sambut.

Yang aku kisah ada juga orang kampung aku ni yang sambut penolakan Jijah sebagai MB. Ini dah kira bagus dah ni......

Nampaknya anak jati Selangor memang menolak Jijah sebab dia bukan orang Selangor.

Ada asasnya aku nampak kat sini. Dah la tak lahir kat Selangor, tak ada jasa kat rakyat Selangor, entah datang dari ceruk mana tak tahu, tiba-tiba bertanding kat Kajang lepas tu terus nak jadi MB.

GILAAAAA!!!!!

Orang Selangor sendiri pun tak ada nak berebut kerusi MB, ni orang luar pulak yang lebih-lebih.

Yang pelik bila sokongan pulak daripada Adun PR yang memang bukan anak Selangor.

Korang ingat Selangor ni negeri mak bapak korang ke??

BERAMBUS ANWAR DAN AZIZAH DARI SELANGOR!!!