Thursday, June 26, 2014

PAS: PUSAT LATIHAN MILITAN DARI MALAYSIA!!

SEBENARNYA kita tidak hairan jika ada ahli PAS yang pergi berjuang sebagai militan di Syria. Rakyat Malaysia pun sudah masak benar dengan sebilangan ahli-ahli PAS yang radikal yang mahukan kuasa melulai jalanan dan keganasan.

Ambil contoh himpunan-himpunan anjuran PAS dan PR yang sinonim dengan perjuangan mereka menang melalui jalanan. Tidak kiralah siapa musuhnya yang dikatakan musuh Islam sama ada PDRM atau ATM akan terus dimusuhi sehingga mereka menakluk kerajaan Malaysia dengan keganasan.

Malah tidak mustahil juga PAS menghantar ahli-ahli nya ke Syria untuk ikut serta dalam militan menentang kerajaan Syria demi yang dikatakan 'jihad'.

Shah Alam - Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu PAS telah memecat Lotfi Ariffin daripada parti itu pada 11 Mei lalu selepas mendapat maklumat beliau ke Syria untuk berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Hari ini sebuah akhbar melaporkan Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana. 

Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya. 

Malah terdapat juga dakwaan mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai telah direkrut oleh gerakan Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad yang beroperasi di Syria dan Lubnan. 

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Ali Ukays. 

Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad. - AntaraPos

Thursday, June 12, 2014

AHLI PAS BERI DERMA UNTUK PEMIMPIN PAS BERMEWAH-MEWAH!!!

SUDAH menjadi lumrah PAS asal ada ceramah, pastinya akan ada kutipan derma yang dibuat. Kononnya untuk buat belanja berkempen, jihad dan perkataan-perkataan yang mendorong untuk satu tujuan yang sama iaitu bersedekah untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen PAS Tumpat, Khairudin Jaafar yang menggunakan kereja Audi KJ99 mencetuskan persoalan kepada ahli PAS diperingkat akar umbi. Sedang ahli masing-masing datang dengar ceramah dan dipaksa 'membayar' derma kepada parti itu kononnya untuk jihad di jalan Allah walhal para pemimpin mereka senang-senang mencekik duit derma tersebut untuk kesenangan dan kemewahan mereka anak beranak.

Masih nak salahkan kerajaan mereka hidup susah? Masih nak salahkan kerajaan pemimpin PAS sendiri apabila kaya lupakan mereka? Itu sudah menjadi mentaliti mereka sejak azali. Bukan hendak menuding jari cuma mahu mereka ahli PAS akar umbi berfikir.

Datang jauh-jauh bawak anak bini dengar ceramah. 

Dipaksa 'bayar' derma paling kurang RM10.

Balik tak cukup duit nak beli minyak, susu anak.

Salahkan kerajaan.

Datang jauh-jauh berhimpun bantah kenaikan harga.

Dengar ceramah 'bayar' derma lagi RM10.

Balik rumah tidur dan tunggu kerajaan tumbang.

Itu adalah sebahagian rutin para penyokong PAS yang taksub dengan pemimpin. Sanggup derma RM10 seorang kepada pemimpin untuk membawa suara dan harapan rakyat. Namun hingga kini harga barangan masih lagi tidak turun-turun.

Sedang pemimpin PAS kaya-raya dengan elaun sebagai YB mencecah puluhan ribu sebulan. Para penyokong duduk rumah, lepak kedai kopi dan tidak bekerja kerana mengharapkan bantuan kerajaan.

Kalau tak dapat, punah semua dihamuknya. Punah semua disalahkannya. 

Mentaliti rakyat penyokong PAS.

Tuesday, June 10, 2014

PR MUNGKIR JANJI KATA NAK HAPUS TOL!! #SAYNOTOKIDEX

PEMBINAAN Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang telah pun bermula awal tahun ini menyaksikan satu lagi janji dalam manifesto pakatan pada PRU-13 yang lalu dimungkiri. PR dalam manifesto Buku Jingga nya menjanjikan kepada rakyat, apabila mereka dapat memerintah negara dan negeri Selangor khususnya, plaza tol di setiap ceruk jalan akan dihapuskan.

Mungkin benarlah yang pakatan tidak punya kuasa untuk hapus tol kerana lebuhraya sedia ada adalah milik konsesi yang telah mengikat kontrak dengan kerajaan negeri sebelum ini. Itu tidak mengapalah kerana mereka (PR) tidak buat homework sebelum menulis manifesto mereka.

Tetapi yang menjadi musykil adalah jika tidak dapat menghapuskan tol di Selangor, kenapa perlu mewujudkan plaza tol ke atas lebuhraya yang baru? Mana janji yang dilemparkan?

Untuk laluan sepanjang 14.9km yang menelan belanja RM148juta per kilometer sudah pasti tol yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM3.00 dan ke atas. Adakah rakyat Selangor bersetuju dengan Khalid Ibrahim yang masih mahu meneruskan projek lebuhraya ini dengan tol. Mana suara kebajikan rakyat yang dilaungkan selama ini?

Di dalam pelan pembangunan lebuhraya KIDEX ini punya dua plaza tol yang masing-masing mengutip dua kali tol dari pengguna lebuhraya setiap hari. Apa rasionalnya Khalid Ibrahim membina lebuhraya namun tidak dapat meringankan beban rakyat yang sedia terhimpit di Selangor.

Petikan Buku Jingga untuk Manifesto Rakyat ada menyebut tentang penghapusan tol. PR akan mengambil alih lebuhraya di Selangor dan akan menghapuskan tol pada semua peringkat. Sekarang apa sudah jadi? Bukan sahaja tol tidak terhapus, malah makin bertambah pula tol di Selangor.

Itu belum lagi cerita bab monopoli yang syarikat pembinaan lebuhraya yang dilantik oleh Khalid Ibrahim sendiri yang mana beliau juga dijanjikan dengan pulangan yang lumayan. Apa perjanjian yang dibuat antara Khalid Ibrahim dan CEO pemaju lebuhraya KIDEX ini? Akan didedahkan tidak lama lagi.

SAY NO TO KIDEX

Monday, June 9, 2014

GEMPAR!! KHALID AKAN TERUSKAN LEBUHRAYA KINRARA-DAMANSARA!! #S14 #PenipuRakyat

DALAM manifesto PR untuk PRU-13 selepas sepenggal memerintah negeri Selangor, PR menjanjikan yang semua plaza tol lebuhraya dalam Selangor akan dimansuhkan demi untuk meringankan beban rakyat yang semakin terbeban dengan ekonomi tidak menentu negara.

Namun, baru setahun PR memerintah negeri Selangor kembali, Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor telah pun mengumumkan akan meneruskan projek Lebuhraya bertol KIDEX (Kinrara-Damansara Expressway).

Ternyatalah yang pembinaan lebuhraya ini adalah salah satu sumbangan negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang mengharapkan kerajaan negeri tidak membebankan rakyat.

Janji tinggal janji.

Walaupun perkara ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, namun Khalid Gagap dalam sidang media nya baru-baru ini akan tetap meneruskan projek KIDEX. Katanya ini adalah untuk kesenangan rakyat Selangor yang pergi dan pulang dari kerja terpaksa melalui kesesakan lalulintas setiap hari.

Untuk makluman, pembinaan KIDEX ini adalah sepanjang 14.9 km dengan membabitkan perbelanjaan RM2,200 million bersamaan RM148 million bagi setiap kilometer. Bermakna, KIDEX lebih tinggi kos pembinaannya berbanding AKLEH dan DUKE.

Siapa pula yang mendapat projek mega ini? Pendedahan akan dibuat tidak lama lagi kerana kami semua telah menerima satu maklumat yang amat serius. 

Rupanya ada perjanjian SYAITAN dibelakang pembinaan KIDEX ini.

Dan yang lebih mengejutkan, bukan sahaja Khalid mendapat habuannya malah orang kanan di dalam Pejabat Menteri Besar juga mendapat bahagian masing-masing.

Friday, June 6, 2014

TERKINI: ADUN DAP LUYANG SERTAI MCA!!! #S14

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang Dr Hiew King Cheu yang sebelum ini keluar daripada DAP September tahun lalu, kini telah menyertai MCA.

Dr Hiew yang juga bekas Ketua DAP Sabah dilaporkan The Star telah menyarahkan permohonannya untuk menyertai MCA kepada ketua parti negeri Wilson Yong di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang menyaksikan majlis itu, berkata langkah Hiew ini akan membolehkan beliau berkhidmat terhadap DUN Luyang dengan lebih berkesan.

Mengalu-alukan kedatangan Hiew dalam parti itu, Liow menyifatkan Adun Luyang sebagai pemimpin yang berdedikasi yang memerlukan platform yang tepat untuk memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

Beliau berkata, MCA mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menerima Hiew dalam parti itu. - AIDC

PEGAWAI KHAS ADUN SABAK ADA PEREMPUAN SIMPANAN???

NAMPAK macam alim. Nampak macam beragama. Pergi mana-mana program politik tidak kira di pejabat Exco Agama di Shah Alam ataupun di Sabak Bernam orang ramai akan memanggilnya dengan gelaran ustaz.

Tetapi tidak sangka. Rupanya ada perempuan simpanan yang dibela di Shah Alam walaupun sudah punyai isteri di Sabak Bernam.

Dengar-dengarnya sudah berkahwin di Thailand. Tetapi sehingga ke hari ini masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana takut diketahui oleh isteri pertama.

Siapakah Pegawai Khas Adun Sabak yang dimaksudkan?

Perempuan simpanan di Shah Alam digunakan untuk hari bekerja (Isnin-Jumaat). Isteri yang sah punya giliran hanya hari minggu (Sabtu & Ahad). 

Adil ke??? Cuba tanya, cuba risik khabar. Siapakah pegawai khas YB Sallehin di Shah Alam.


Thursday, June 5, 2014

HUDUD PAS PUNCA KEKALAHAN DAP DI TELUK INTAN - GOBIND SINGH DEO

PEMIMPIN DAP Pusat telah pun membuat post-mortem bagi mengenalpasti kekalahan utama calon DAP, Dyana Sofya di Teluk Intan baru-baru ini. Sedangkan semasa PRU-13 DAP menang kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti yang agak besar iaitu 7,000 lebih namun pada PRK lepas, DAP kalah dengan majoriti 238 kepada calon recycle BN.

Dalam mesyuarat mereka, DAP telah mengenalpasti 3 punca utama kekalahan teruk mereka sehingga tergadai satu kerusi. 

1. Calon DAP adalah Melayu
2. Hudud PAS
3. Kaum Cina tidak mengundi Melayu

Tidak mahu mengulas dengan lebih panjang tentang punca nombor 1 dan 3 kerana sedia maklum yang DAP adalah untuk kaum tertentu sahaja dan terbukti yang merekalah sebenarnya yang rasis. Sedangkan pengundi sendiri tidak menyokong calon DAP oleh kerana Dyana Sofya seorang anak Melayu.

Punca kekalahan no.2 iaitu Hudud PAS yang kelihatan pelik apabila DAP terus menyalahkan PAS. Sedang PAS hanya membisu dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.

Yang berbunyi hanyalah pemimpin PAS Kelantan yang terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo. Sedangkan pemimpin peringkat pusat PAS tidak berbunyi langsung umpama sudah dibayar untuk menutup mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan politik pakatan.

Di mana suara Mat Sabu? Di mana suara Hadi Awang? Di mana suara Nik Aziz?

Jika sebelum ini PAS dikatakan telah berjaya mentarbiyah DAP untuk menerima Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, nampaknya tarbiyah mereka sudah terbalik. DAP sudah berjaya mentarbiyah PAS supaya menolak hukum hudud dan terus-terusan menekan PAS dalam perlaksanaan hukum hudud.

Adakah PAS sudah menjadi DAYUS apabila digertak oleh DAP?

Di manakah maruah sebuah parti yang dikatakan Islam apabila diminta oleh rakan sekutunya sendiri supaya menolak hukum hudud yang dicanang sejak berdekad lamanya?

Fikirlah. Adakah benar PAS akan memperjuangkan Islam bersama-sama DAP?

Tuesday, June 3, 2014

BARD SAMM AKAN BERDEMONSTRASI DI HADAPAN PEJABAT PKR!!

KONONNYA akur dengan penggantungan keahlian PKR beliau. Namun hakikat yang sebenar adalah rasa ketidakpuasan hati terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana suara Bard SAMM tidak didengar malah digantung keahlian kerana terlalu lantang bersuara mempertikaikan keputusan parti.

Oleh kerana sikap berdiam diri kepimpinan parti dalam isu ini, Bard SAMM dikhabarkan bersama-sama anak buahnya yang lain akan berhimpun dihadapan pejabat PKR di Tropicana bagi menunjukkan solidariti mereka terhadap ketidakadilan dan ketidaktelusan JPP ke atas pemilihan baru-baru ini.

Tarikh masih belum diketahui namun desas-desus khabar tersebut sedang hebat berlingkar di sekitar Selangor dengan jemputan turut dibuat kepada ketua SAMM setiap cabang.

Parti sendiri porak peranda nak salahkan parti lain.....

SELAMAT BERMESYUARAT CABANG....

Monday, June 2, 2014

KEKALAHAN TELUK INTAN ADALAH KERANA DYANA SEORANG MELAYU - GUAN ENG

ITULAH nasib Dyana Sofya, calon kalah Teluk Intan yang tewas kepada Dato' Mah Siew Keong anak jati Teluk Intan. Review yang dibuat oleh kepimpinan DAP semalam merungkaikan beberapa sebab kekalahan DAP di Teluk Intan.

Sebab utama yang diperkatakan oleh Guan Eng semasa sidang akhbar adalah kerana calon DAP yang diletakkan kali ini adalah berbangsa Melayu. Mengikut kajian, peratusan kaum Cina yang keluar mengundi turun mendadak kerana boikot ke atas calon Dyana Sofya yang berbangsa Melayu.

Perkara ini disahkan dengan tidak kelihatan kelibat Superman Teluk Intan yang juga pengerusi DAP Teluk Intan keluar mengundi di kawasannya. Malah jentera DAP juga tidak kelihatan terutama di kawasan pekan yang dimenangi oleh mereka.

Sentimen calon Melayu ini telah dimainkan sejak awal lagi oleh DAP Teluk Intan memandangkan Pengerusi DAP Teluk Intan tidak terpilih untuk menjadi calon.

Sebab kedua adalah boikot dari pengundi PAS sendiri yang tidak senang dengan Dyana kerana menolak hudud. Ramai juga antara mereka yang hadir mengundi namun telah membuat undi rosak ke atas kertas undi. 

Kesimpulan yang dapat dibuat, DAP masih lagi parti chauvanis dan rasis.

Salam 238.