Konco-konco ku

Thursday, February 28, 2013

TERKINI!! JAMBATAN PAKATAN MENUJU PUTRAJAYA RUNTUH!!

SAYANG seribu kali sayang. Jambatan baru yang bakal menghubungkan Puchong/Cyberjaya ke Putrajaya nampaknya telah runtuh akibat kecuaian kontraktornya. Jambatan yang merupakan dibawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini dikhabarkan telah runtuh pagi tadi.

Adakah ini juga salah UMNO? Adakah ini juga salah Najib?

Nampak sangat yang PKNS dibawah kerajaan pakatan Selangor tidak buat kerja dengan betul. Macam mana jambatan yang sudah siap 100% boleh runtuh sedangkan tiada satu kenderaan pun yang pernah melalui jalan tersebut.

Petanda awal dah nampak. Jambatan yang dibina oleh kerajaan pakatan ke Putrajaya telah runtuh menyembah bumi. Apa maknanya? Fikirkanlah...

ROYALTI MINYAK KELANTAN TIADA DALAM MANIFESTO RAKYAT!! #ManifestoBukanJanji

KESIAN aku tengok puak-puak Royalti yang kehulur-hilir bawa sepanduk, bawa banner untuk tuntut royalti minyak Kelantan yang terang-terang bukan dibawah kawasan negeri Kelantan. Tanpa kira siang malam mereka melaungkan hak royalti kononnya milik mereka. Tapi....

Baru-baru ini semasa dalam Konvensyen Pakatan Haram Rakyat di SACC Mall, Shah Alam, pimpinan tertinggi pakatan telah mengeluarkan satu lagi buku jingga atau buku manifesto bukan janji dihadapan jutaan ahlinya yang hadir. Buku yang terkandung di dalamnya seribu satu manifesto bukan janji untuk mereka merampas Putrajaya dari BN.

Sayang seribu kali sayang. Tuntutan royalti Kelantan tidak tersenarai pun dalam buku tersebut. Hanyalah manifesto yang sedap mata memandang dan sedap telinga mendengar. Bak orang kata, gula-gula rakyat supaya rakyat terus tertipu.

Maka, datanglah seorang wakil puak royalti mengadap Si Peliwat Anwar bagi mempersoalkan di mana tuntutan royalti minyak untuk rakyat Kelantan? Kecewa betul puak ni semua apabila tuntutan yang dilaungkan siang malam kepada BN tiada dalam buku manifesto tersebut. Anwar barangkali terlupa.

Kesian. Belum lagi buat kerajaan dah ditipu pemimpin sendiri. Anwar tahu yang royalti minyak Kelantan tak akan diperolehi walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun pakatan memerintah Malaysia sekali. Kerana Anwar pun tak nak rugi sebab PAS Kelantan hanya sampah bagi dia.

Tak caya? Cuba tanya Nik Aziz!!

Wednesday, February 27, 2013

PAKATAN HARAM PENDOKONG INSTITUSI GEREJA??


Beberapa blog hari ini mempersoalkan beberapa simbol yang diletakkan pada muka depan buku manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semasa konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Isnin lalu.

Simbol-simbol tersebut didapati merujuk kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang diperjuang oleh pakatan di negara ini.

Menurut blog AIDC (www.anwaraidc.com), terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol tapak tangan.

Selain simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang merupakan simbol agama Kristian.

"Tidak terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol Islam, namun terdapat dua simbol Islam, namun terdapat dua simbol sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama samawi, termasuk Islam dan Kristian," kata blog itu hari ini.-Utusan.

P/S: Manifesto Pakatan Rakyat - Bukan Setakat Tiada Hudud Malah Masjid pun Tak Ada?

Apalah nak jadi dengan Pas agaknya....

Walaupun kerajaan Kelantan tak bina masjid di Kelantan (cuma bina tiga buah) tetpi kerana kerajaan pusat di bawah BN membinanya di Kelantan, ianya tidak dirasakan sangat oleh rakyaat Kelantan.

Apa agaknya akan berlaku jika kerajaan pusat ditunjangi PR agaknya, dah lah kerajaan negeri tak bina masjid.... Manifesto kerajaan pusat (PKR) pun tak ada gambar masjid.... Agak2 diorang tu nak ke buat masjid?? -Tok Guru.

Tuesday, February 26, 2013

ADANYA PAKATAN RAKYAT, PELBAGAI BANTUAN DITERIMA!! LAWAK GILA PAKATAN NI!!!

LAWAK nak mampus tahap haram jadah!!

Terima Kasih puak pakatan haram rakyat kerana kalianlah kerajaan Barisan Nasional beri pelbagai bantuan kepada rakyat.

Gelak guling-guling ni... Tak sampai hati nak tulis panjang-panjang..

Ada nak komen apa-apa ke????

HAHAHAHAHA

FITNAH TERBARU BLOGGER UMNO KEDAH!! JELAJAH MERDEKA RAKYAT 500,00??

PTUIIIHHH!!! Penipu punya blogger UMNO Kedah ni. Agak-agak la kalau nak menipu pun. Mana mungkin kehadiran Jelajah Merdeka Rakyat baru-baru ni hanya sekitar 500,000 yang datang?

Aku tak percaya dan tak akan percaya sampai bila-bila. Kalau nak fitnah biar berfakta bro.....

Malas nak tulis panjang-panjang... Tengok fitnah terbaru blogger Kedah sorang ni kat SINI.

Monday, February 25, 2013

INSIDEN LAHAD DATU: ANWAR PERANCANG UTAMA??

KES di Lahad Datu mendapat liputan yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah di Filipina sendiri. Kronologi insiden juga sudah dijelaskan oleh pihak PDRM. Dan yang penting tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh rakyat Malaysia kerana insiden ini tak akan menggugat keamanan negara.

Bukan hendak masuk campur dalam urusan pihak PDRM tetapi cuma mahu menulis sedikit berkenaan penglibatan Ketua Pembangang Malaysia, Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat secara langsung dengan kemasukan Askar DiRaja Sultan Sulu ini ke Sabah.

(Klik di SINI)
Jika mengikut sejarah memang tidak dinafikan langsung yang Sabah adalah dahulunya di bawah pemerintahan Sultan Sulu sebelum Sabah ingin bergabung bersama Tanah Melayu demi untuk mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga kesnya sama seperti Singapura yang bersama-sama Tanah Melayu untuk merdeka namun terpaksa dikeluarkan kerana desakan PAP.

Namun sejak akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim kerap ke Sabah kerana ingin menarik undi Bumiputra Sabah supaya menyokong pakatan haram agar dia dapat menjadi Perdana Menteri. Jadi, segala janji telah ditabur kepada rakyat Sabah sehingga Anwar sendiri terlepas atau disengajakan berkata yang Sultan Sulu ada hak ke atas Sabah dan rakyat Sulu yang tinggal di Sabah.

Atas janjinya juga supaya masyarakat Sulu akan diberi kuasa autonomi agar Sultan Sulu dapat memerintah semual Sabah seperti sebelum merdeka. Jadi, atas janji-janji ini, Kesultanan Sulu di Filipina dikatakan telah mendapat keizinan Anwar Ibrahim untuk berada di Sabah bersama-sama dengan masyarakat keturunan Sulu sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

Dalam laporan Manila Times juga ada menyebut yang Anwar Ibrahim telah memberi keizinan untuk berbuat sedemikian kepada Kesultanan Sulu. Maka secara tidak langsung, Askar DiRaja Sultan Sulu telah menyusup masuk ke Lahad Datu sebagai persediaan untuk mereka memerintah Sabah dan mendaulatkan Sabah dengan sistem beraja seperti dahulu kala.

Anwar adalah dalang sebenar dalam kejadian insiden ini. Tapi pihak KDN telah memastikan yang rakyat Sabah tidak akan ditimpa sebarang musibah. Itu janji kerajaan.

Dan dimaklumkan juga yang malam tadi adalah malam terakhir askar Sulu ini berada di Lahad Datu sebelum dipersilakan pulang ke tempat asal mereka dengan terhormat. Adakah mereka akan pulang dengan tangan kosong? Kita tunggu berita terbaru dari Lahad Datu....

PAKATAN PEMBANGANG HANYA MAMPU BERI BENDERA SEBAGAI LANGSIR!!

DALAM kita sibuk meneraju ke arus pemodenan dan masa bergerak pantas mengejar kekayaan, kadang kala kita terlupa kepada insan yang masih memerlukan. Rupanya masih ramai lagi insan malang di bumi Malaysia ini yang masih memerlukan keprihatinan insan yang lebih rezekinya.

Bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan saat ini. Sepertinya kita semua lupa tentang nasib golongan tidak berumah ini. Sepertinya kita leka dengan kehidupan dunia penuh politik.

Untuk makluman, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat JB di Sabak Bernam, individu yang bernama Pak Hamid (kalau tak silap) telah lama menjadikan pondok kecil ini sebagai rumah untuk berteduhnya. Dengan hanya bekerja sebagai pencari barangan terbuang, beliau hidup tanpa meminta belas ihsan orang lain.

Pak Hamid Orang Pakatan

Jangan salah sangka dengan rumah Pak Hamid yang penuh kiri dan kanan digantung bendera pakatan seperti PAS dan PKR. Beliau bukan ahli mana-mana parti politik. Dan beliau lebih mementingkan cara mencari makan dengan cara yang halal dari berpolitik untuk memfitnah dan menipu bangsanya sendiri.

Bendera-bendera tersebut adalah hasil sumbangan pemimpin parti pakatan di situ. Baru-baru ini, pakatan Sabak Bernam ada mengadakan satu himpunan anak muda Sabak Bernam yang bertempat berhampiran rumah Pak Hamid. 

Himpunan tersebut telah meninggalkan sampah sarap yang menjadi sumber rezeki Pak Hamid. Dan bendera-bendera tersebut dikutip sebagai membuat langsir atau dinding untuk rumah nya dari terkena panas dan hujan. Pak Hamid bukan jenis orang partisan. Jangan tuduh Pak Hamid begitu.

Program anjuran pakatan yang diadakan berhampiran rumah Pak Hamid dikatakan mendapat sambutan yang agak meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang anak muda. Tapi sayang, apabila mereka tidak peka langsung dengan kewujudan rumah usang Pak Hamid.

Tiada bantuan atau sumbangan sedikit pun kepada Pak Hamid. Inikah sikap puak pakatan? Hairan dengan slogan negara berkebajikan namun apabila ada yang susah dihadapan mata langsung tidak dihiraukan.

Mana pemimpin tempatan. Mana Aziz Bari? Mana Badrul Amin? Mana Sallehin Mukhyi? Mana Wahid Rais? *Senyap.

PAKATAN PEMBANGANG SELANGOR HALANG PENDIDIKAN TINGGI ANAK SELANGOR!!


Barisan Nasional (BN) mendakwa Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan kuasa dengan menghalang pembinaan Universiti Perdana, yang menyediakan jurusan perubatan, di tanah milik Mardi, Serdang.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sekali lagi mahu menunjukkan kuasa dengan menghalang beberapa projek kerajaan persekutuan di Selangor, termasuk pembinaan hospital latihan swasta utama itu.

Menurutnya, pembinaan universiti itu penting kerana memainkan peranan besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran serta kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

"Universiti Perdana itu dijangka menjadi institusi yang menakjubkan dengan mempunyai dua sekolah perubatan selain menjadi hospital latihan swasta pertama di Malaysia dan Kabinet juga bersetuju untuk menjual tanah demi merelisasikan hasrat pembinaan kampus utama itu.

"Namun, disebabkan halangan itu, pihak pengurusan universiti itu terpaksa menyewa bangunan Maeps sebagai kampus sementara bagi melancarkan pengajian penuntut," kata beliau ketika diminta mengulas lanjut isu halangan kerajaan negeri yang menolak permohonan penukaran status tanah.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak permohonan Mardi bagi menukar status tanah tersebut, dari pertanian kepada perniagaan, berikutan tanah terbabit akan dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dalam satu kenyataannya berkata, sebahagian 200 ekar (50 hektar) tanah terbabit dijadikan tapak Maeps dan tidak menghalang usaha penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

Menurut Yaakob, jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat lain tetapi bukannya di tapak milik Mardi itu.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, bukan sahaja menolak permohonan penukaran status tanah, bahkan menuduh Mardi menjual tanah dengan harga murah di bawah harga pasaran.

"Kerajaan negeri seolah-olah menggambarkan tindakan kerajaan persekutuan itu tidak menguntungkan rakyat sedangkan kita mahu bina sebuah universiti perubatan untuk kepentingan rakyat.

"Saya mahu memberi amaran bahawa kerajaan negeri kena ingat, semua kuasa yang mereka ada adalah daripada rakyat yang memilih ketika pilihan raya umum lalu dan rakyat akan melihat jika mereka salah guna kuasa sehingga merugikan mereka," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Kecil Pertanian dan Peralatan Mesin Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kawasan Tanjong Karang bernilai RM1.3 juta kepada 465 penerima di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini, hari ini.

Universiti Perdana dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 September lalu dan turut mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada tahun ini dan Najib turut menyifatkan pembukaan universiti itu sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia. SinarHarian

Sunday, February 24, 2013

GEMPAR!! PORTAL HARAKAHDAILY DITUTUP SELEPAS ARTIKEL RAJA NAZRIN DITARIK BALIK!!

WALAUPUN di Lembah Klang hujan lebat dan mendung sepanjang hari ini namun tidak bagi kumpulan penyebar fitnah terkenal HarakahDaily.net yang hari ini dilanda panas terik hingga sekarang. Walau siang telah berlabuh dan malam menjelma namun kumpulan penyebar fitnah HarakahDaily hingga kini menutup web portal mereka.

(klik untuk besarkan)
Untuk makluman yang tidak mengikuti penyebaran fitnah terbaru PAS hari ini, meh aku nak bagitahu kat semua. Hari ini portal HarakahDaily yang juga lidah bercabang PAS telah mengeluarkan satu artikel bertajuk "PAS kini sedia mengatasi UMNO - Raja Nazrin" yang hingga sekarang mendapat komentar yang panas dari pelbagai pihak.

Tidak tahu dari mana sumber yang para pemfitnah ini perolehi tetapi yang pasti, kata-kata Raja Nazrin yang keluar dalam artikel HarakahDaily tersebut bukanlah dari mulut Raja Nazrin sendiri. Oleh kerana itu mungkin pihak atasan parti PAS telah mengarahkan untuk menarik balik artikel atau menutup terus portal tersebut.

Tak tahu nak kata apa lagi pasal PAS ni tapi yang pasti portal PAS sudah ternyata menipu orang ramai dan penyokong mereka yang bangang! Kalau benar kenapa perlu ditarik balik artikel tersebut? 

Berani kerana benar, takut kerana salah!!

KAUM CINA SELANGOR MULA MENUNJUKKAN SOKONGAN POSITIF TERHADAP BN!!

SEMALAM bertempat di I-City, Shah Alam, Barisan Nasional Negeri Selangor telah menganjurkan Pesta Chap Goh Mei khusus untuk masyarakat Tiong Hwa. Dalam situasi sekarang ini pakatan semakin tertekan dengan segala program BN yang dihadiri oleh ribuan masyarakat tidak kiralah program untuk kaum mana.

Ini telah membuktikan yang rakyat Selangor telah serik dengan segala janji pakatan yang tak pernah tertunai walau telah 4tahun memerintah. Segala janji dan manifesto pakatan hanyalah gula-gula untuk meraih undi pilihanraya. Selepas menang, satu janji tidak pernah tertunai. Hanya disediakan ceramah fitnah, makin kesana-sini.


SPR KECEWA PAKATAN PEMBANGANG ENGGAN TANDATANGAN IKRAR INTEGRITI PILIHANRAYA!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan pemimpin pembangkang untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) yang merupakan satu inisiatif sebuah badan antarabangsa.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sewajarnya mereka menandatangi ikrar yang dilaksanakan atas inisiatif TI Malaysia kerana rakyat mahukan pemimpin serta wakil rakyat yang bukan sahaja berintegriti malah perlu menzahirkannya dalam bentuk tindakan.

"SPR komen perkara ini sebab kami akan menguruskan bakal calon yang hendak bertanding dan mereka akan menjadi wakil rakyat walaupun keputusan (pilihan raya) terserah kepada rakyat selaku pengundi, tetapi ini berhubung kait dengan pemilihan wakil rakyat.

"Jadi kami rasa ia (menandatangani ikrar integriti) satu tindakan yang betul untuk semua parti politik bersetuju tandatanganinya, yang kamirasa semua orang senang dengan hal itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan kepada Pengawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di Segari di sini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menegaskan bahawa PAS tidak akan berbuat demikian dengan alasan niat dalam hati adalah lebih penting daripada menandatangani ikrar.

Wan Ahmad berkata Ikrar Integriti Pilihan Raya itu merupakan idea dan inisiatif Transparency International (TI) Malaysia yang merupakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan integriti dan bukan dilaksanakan sebuah parti politik.
    "Kenapa pula mereka (pemimpin parti politik pembangkang) tidak mahu, ikrar
integriti ini satu perkara yang sangat perlu dalam kita melahirkan kumpulan
pemimpin dan wakil rakyat yang berintegriti.

"Memanglah kita boleh cakap, cakap lain buat lain, hati lain...tetapi mereka perlu zahirkan apa yang ada dalam hati itu. Saya rasa ini satu langkah yang baik oleh TI Malaysia...ada parti politik yang telah hantar senarai nama calon untuk disemak bab integriti mereka, inilah bagus," katanya.

Wan Ahmad berkata perbuatan menzahirkan integriti kepada rakyat selaku pengundi adalah langkah yang baik untuk menegakkan 'kebersihan' dan integriti diri.

Beliau memuji tindakan menzahirkan komitmen integriti kepada rakyat selaku pengundi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua parti Barisan Nasional (BN).

Rabu lepas, Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Najib turut memberi komitmen bahawa sebaik sahaja nama calon BN bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon menandatangani ikrar itu. - Bernama

Friday, February 22, 2013

KRISIS AIR SEMAKIN MERUNCING AKIBAT KEEGOAN KHALID GAGAP!!


Selangor ohh Selangor, lepas air bermasalah, kali ni letrik pulak. Macam mana Khalid jaga Selangor ni? Habis semua bermasalah. Kalau air takdak, letrik takdak, nanti Selangor serupa kembali ke zaman batu la nampaknya.

Entah kenapa PKR Selangor menghalang pembinaan pencawang letrik tersebut. Mungkin mereka merancang untuk mensabotaj Loji Langat 2 bila siap nanti. Sebab Loji Langat 2 akan memerlukan tenaga letrik yang banyak.

Bila tidak cukup bekalan letrik, Loji Langat 2 gagal untuk berfungsi dengan baik. Begitu busuk dan jijiknya perangai PKR Selangor ni. Biar pun ianya akan menyusahkan rakyat, janji kepentingan mereka untuk menghalang pembinaan Langat 2 tercapai.

PKR Selangor menghalang TNB dari membina pencawang baru. Pencawang tersebut hanya membabitkan laluan sejauh satu kilometer sahaja di Rawang bagi mengalirkan 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik dari stesen janakuasa baharu di Manjung, Perak ke Lembah Klang.

Mengikut Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli, "Jika pencawang tersebut gagal dibina, ini bukan sahaja menyebabkan krisis tenaga tetapi menjejaskan operasi bekalan air Loji Langat 2.

"Ini kerana bekalan tenaga elektrik dari Manjung itu akan dihantar ke projek talian TNB Mahkota Cheras sebelum diagihkan kepada beberapa kawasan lain termasuk membekalkan elektrik bagi membolehkan Loji Langat 2 beroperasi kelak," katanya.

Malah TNB memberitahu, Kerajaan Negeri Selangor juga gagal memberi kerjasama dengan baik dalam mencari tempat untuk TNB menambahkan pencawangnya di kawasan yang memerlukan.

Jika berlaku sesuatu yang melibatkan kekurangan tenaga untuk menyalurkan bekalan letrik, pasti Kerajaan Negeri Selangor akan menyalahkan TNB dan meminta TNB bertanggung jawab, sedangkan semua punca masalah ini adalah kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan tempat untuk TNB menambah pencawangnya.

Baca lagi di SINI.

Thursday, February 21, 2013

FATWA TERBARU NIK AZIZ!! PENERIMA BR1M SEMUA BINATANG MACAM AYAM & LEMBU!!

PENERIMA BR1M SEMUA BINATANG! Orang yang terima Bantuan Rakyat 1Malaysia ni bagaikan AYAM dan LEMBU yang datang berkerumun apabila ditaburkan dengan makanan kegemaran binatang tersebut. Pemberian wang ringgit (BR1M) juga salah disisi hukum Islam kerana Islam tak menggalakkan pemberian wang tetapi ilmu.

Itulah antara FATWA TERBARU Nik Aziz yang dipuja oleh puak PAS.

Apa nak buat kalau dah Tok Guru sendiri yang kata para pengikutnya serupa AYAM dan LEMBU.

Apa nak kata kalau yang terima BR1M ni ramainya adalah dari puak pakatan sendiri.

Ini bermakna Nik Aziz adalah KETUA BINATANG kepada semua puak pakatan yang menerima BR1M.

Setuju??

GULA-GULA RAKYAT!! BN ATAU PR YANG AKAN KENA POTONG KAKI?? #PR13

BR1M, TR1MA, PR1MA, KAR1SMA, S1MKAD, BS1M, BL1M dan pelbagai lagi yang dikatakan oleh puak pakatan sebagai gula-gula rakyat dalam menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Semakin hampir dengan pilihanraya, semakin banyak pula gula-gula yang ditabur oleh BN kepada rakyat.

Itulah antara kedengkian yang terserlah pada muka-muka puak pakatan. Siapa yang lebih banyak ambil bantuan rakyat seperti ini kalau bukan dari puak pakatan sendiri? Kenapa mereka ambil juga bantuan BN tersebut tapi lepas terima, jenuh dijajanya keliling kampung yang duit BN HARAM, RASUAH POLITIK!!

Mentaliti para puak pakatan yang selama ini terlebih makan dedak taburan pemimpin pakatan. 

Habis tu yang pakatan bagi janji 'Turun Harga Kereta', 'Turun Harga Minyak', 'Mansuh PTPTN', dan bermacam-macam lagi janji mereka JIKA menang PRU13 ini. Adakah itu bukan gula-gula yang ditabur kepada rakyat untuk memenangi PRU?? Cer jawab!!

Wajib tonton video ni!!!


BANJIR BESAR DI PUCHONG PETANDA SELANGOR TAKKAN ALAMI KRISIS AIR 2014 - KHALID IBRAHIM


PUCHONG banjir lagi. Satu lagi nikmat Allah yang telah diturunkan sebagai satu petanda kepada kerajaan negeri Selangor supaya meneliti dan menyedari yang Selangor kini sedang dalam krisis air yang amat kritikal. Namun tiada siapa yang nak faham tentang petanda-petanda yang telah diturunkan tuhan. Maka adalah sebilangan puak harami akan mengeluarkan fatwa yang tuhan masih sayangkan kerajaan negeri kerana memberikan air yang melimpah ruah hingga banjir kepada rakyatnya.

Lawak? Bukan masanya kita nak buat lawak atau mendengar lawak yang selalu diperkatakan oleh puak pakatan dalam siri-siri ceramah fitnah mereka kepada rakyat. Inilah hakikat yang perlu kita tempuhi kerana kerajaan Khalid tak pernah sedar dengan penderitaan rakyat yang bakal dihadapi.

2014 tidak lama mana, kalau Khalid berterusan dengan sikap ego dan sombongnya maka tidak mustahil Selangor bakal diancam Krisis Air 2014 seperti yang disebut oleh pakar.

Meh kita ambil contoh pernah satu ketika dulu dalam pentadbiran Khalid sendiri ada satu loji dalam jajahan takluk kerajaan pakatan Selangor, pam airnya telah rosak dan Khalid hanya membiarkan saja kerana katanya ini adalah kerja SYABAS. Hampir 1/2 juta penduduk sekitar Wangsa Maju dan kawasan berhampiran tiada air. Adakah sejarah bakal berulang?

 Tindakan bodoh Khalid yang lebih mementingkan politik pakatan dari kebajikan rakyat bakal dihukum oleh rakyat Selangor pada PRU13 ini. Terbaru bumbung sebuah loji air di Sungai Langat bakal mengalami nasib yang sama seperti di Wangsa Maju. Dikatakan SYABAS telah membuat 3 kali permohonan untuk membaiki bumbung tersebut namun tiada respon dari kerajaan negeri Selangor.

Tak tau nak kata macam mana bangang nya Khalid Gagap ni. Dia seolah-olah memperjudikan nasib rakyat di atas keegoan sendiri. Dia seolah-olah mahu melihat rakyat hidup sengsara sedangkan dia bersama kroni DAPnya hidup senang lenang hasil kesusahan rakyat Selangor.

Berubahlah wahai Khalid! Berubahlah!

Aku tengok bumbung loji air tu pun dah takut dah. Kami rakyat Selangor perlukan air yang bersih untuk minum, mandi, basuh baju. Kami rakyat tak berkemampuan. Tolonglah prihatin sikit dengan nasib kami yang macam telur dihujung tanduk ni.

Ikut maklumat yang aku dapat jika loji air Sungai Langat ni tak dibaiki, lebih kurang 1.6juta penduduk Lembah Klang dan Hulu Langat akan menghadapi risiko tak ada air selama berbulan-bulan. Janganlah nak ego sangat. Beri je kelulusan kat SYABAS buat balik bumbung yang nak runtuh tu. Kami tak minta kerajaan negeri keluarkan duit pun. Simpanlah dalam bank duit negeri Selangor tu berbillion-billion. Kami tak minta…

Cuma satu yang kami minta supaya kerajaan negeri beri kelulusan kepada SYABAS untuk membaiki loji yang uzur itu. Ini pun demi kepentingan rakyat Selangor dan kawasan sekitarnya.

Serabutlah kalau terus ada Menteri Besar macam ni!!

Wednesday, February 20, 2013

FUZIAH KAPIR!! SOKONG KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN DALAM BIBLE KRISTIAN!!

GAME apa lagi yang pemimpin pakatan ni nak main pun aku tak faham tapi yang jelas aku dapat tengok masing-masing nak jadi glamour dengan terpaksa bermulut lancang dan mempertahankan rakan pakatan DAP mereka.

Akibat takut kehilangan kerusi masing-masing, para pemimpin pakatan terpaksa menyokong desakan Guan Eng dalam perutusan Krismasnya tahun lepas untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai dalam agama Kristian di Malaysia.

Katanya kalimah Allah bukanlah hak eksekutif orang Islam. Katanya agama lain pun ada hak untuk menggunakan kalimah Allah kerana ia tidak menjejaskan apa-apa pun dalam agama Islam sendiri.

Inilah yang ditakuti oleh para ulama' PAS. Apabila ada orang Melayu sendiri yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Kristian, maka PAS terpaksa mendiamkan diri kerana takut tidak tersenarai dalam penguasaan Putrajaya.

Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang dahulunya kuat menentang pembinaan kilang lynas di Gebeng, Kuantan kali ini mula memecahkan suasana dengan kenyataan panas supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Kenapa perlu dihebahkan lagi perkara ini? Bukankah golongan gereja kristian juga sudah mengatakan yang mereka tidak akan menggunakan kalimah Allah dalam urusan agama mereka. Ini memperlihatkan yang sebenarnya memainkan isu ini adalah orang politik bukan orang agama.

Mileage politik apa yang Fuziah ni dapat kalau sendiri menentang agama sendiri? Kenapa perlu menyokong kafir harbi Guan Eng demi memenangkan penggunaan kalimah Allah tersebut?

Haron Din sendiri telah menyelar pemimpin politik pakatan supaya menghentikan isu kalimah Allah ini dan Majlis Syura PAS juga telah bersepakat untuk tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian dan agama lain di Malaysia.

Apa sebenarnya motif Fuziah Thoron??

WAJIB BACA: KETAHUI DOSA-DOSA NG SUEE LIM KEPADA RAKYAT!!

ANDA perlu tahu dosa-dosa Ng Suee Lim. Itulah antara kempen yang akan berada di Facebook Jawa Bernam mulai hari ini. Satu per satu antara dosa-dosa Adun Sekinchan ini akan dipaparkan di wall aku setiap hari. Kali ini aku nekad nak dedah juga. Apa nak jadi, jadilah.

Sebab apa aku nak dedah pasal Celeng Sekinchan ni? Sebab semakin lama dibiarkan semakin menjadi pulak kerja jahat Celeng Sekinchan ini kepada rakyat termasuk sanak-saudara aku yang berada di sana. Walaupun tiada di kawasan namun aku tetap akan dedahkan.

Fitnah pakatan semakin menjadi-jadi di Sekinchan sekarang ni. Kerana mahukan perhatian dari penduduk sekitar untuk mengundi dia sekali lagi dalam PRU13, dia mengupah beberapa pencacai DAP berbangsa Melayu untuk menconteng muka sendiri pada papan iklan di Parit 7, Sungai Leman.

Conteng muka sendiri, salahkan UMNO yang buat. Dah tak ada modal sangat tu.

WANITA INI LEBIH SAYANGKAN BAHASA MELAYU DARI BAHASA IBUNDA SENDIRI!!


Sejak merdeka, kejayaan Malaysia dalam membangunkan negara menjadi perhatian seluruh dunia dan seringkali dijadikan contoh dan modul dalam pelbagai penganjuran forum-forum pembangunan serantau sejagat, persidangan negara-negara Dunia Ketiga serta sejak kebelakangan ini oleh negara-negara maju dan badan-badan dunia.

Keupayaan dan kejayaan pengurusan cekap kerajaan Malaysia ini boleh dijadikan medium untuk menjadi tenaga pengerak ke arah penyatuan bahasa Melayu yang kini diajar dan dikaji di pelbagai pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.

Bahasa Melayu sebagai asas bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia sudah wajar untuk diletakkan sebagai bahasa ekonomi, bahasa komunikasi dan bahasa teknologi. Perlaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan penggunaannya di negara ini tidak perlu dipertikaikan kewibawaannya.

Meskipun sejak kebelakangan ini Bahasa Inggeris digalakkan dalam institusi pendidikan, Bahasa Melayu sebagai teras perjuangan dan pembangunan identiti bangsa Malaysia akan terus dimantap dan diperkukuhkan, malah diperluaskan ke seluruh pelusuk dunia.

Malaysia telah membuktikan bahawa penganjuran pertandingan seperti Tilawah Al-Quran dapat menjadi medium untuk menyatukanpelbagai bangsa dan budaya menerusi pengamatan kepada agama, kini penganjuran pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini pula diharapkan dapat menjadi wadah kepada kesinambungan usaha penyatuan pelbagai bangsa dan budaya melalui aspek bahasa pula.

Ikuti perkembangan lanjut di SINI.

DAP, PKR BEREBUT KERUSI DI JOHOR!!


Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa.  Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu.  Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP. 

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah.  Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.  

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa.  Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.  

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.   

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng.  Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri.   Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.  

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu.  Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.  

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.  

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630.   Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ.  Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.  

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR.  Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.  

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.  

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela.  Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.  

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.   

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.  

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?  

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan.  Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.  

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan.  DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga.  PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas.   PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.  

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.  

GEMPAR!! AHLI DAP DIHALAU KERANA TUNTUT JANJI SEKOLAH CINA!!

PADA 18 Februari yang lepas Jenice Lee, ADUN Teratai telah mengadakan satu ceramah fitnah di Pandan Indah. Ceramah yang pada mula dalam keadaan tenang tiba-tiba bertukar menjadi haru-biru akibat kedatangan beberapa orang bekas ahli DAP yang menuntut janji Jenice Lee.

Mengikut dari bekas ahli DAP yang sempat ditemuramah, YB Jenice Lee telah berjanji untuk membina sebuah sekolah rendan Cina di kawasan tersebut namun selepas 4 tahun memerintah janji hanya tinggal janji. Malah duit kutipan dari orang ramai dan syarikat-syarikat swasta juga hilang entah ke mana.

Beberapa orang ahli DAP yang hadir dalam ceramah fitnah tersebut menghalau kumpulan itu dari tapak ceramah kerana mereka menganggap ini adalah provokasi dari MCA. Walhal, yang hadir semua adalah bekas ahli DAP yang kecewa dengan janji tak ditepati oleh Jenice Lee.

Itulah pemimpin DAP kalau tak habis fitnah, tuduh orang lain yang buat.


Tuesday, February 19, 2013

KHALID HILANG TELUR SEBELAH KIRI TAKUT PRU DIBUAT ASING!!

KHALID gagapi hari ini telah mengeluarkan kenyataan terbarunya berkenaan pembubaran dun dan tarikh pilihanraya bagi negeri Selangor. Khalid menyatakan yang dia belum bersedia untuk membubarkan dun dengan lebih awal dari persekutuan kerana banyak lagi harta negeri yang belum dijualnya.

Akibat takut kekalahan besar dan masih tidak puas duduk dikerusi Menteri Besar Selangor, dia bersetuju untuk mengikut sahaja keputusan SPR dan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya secara serentak. 

Sebelum ini Khalid berkata kepada media yang pilihanraya dun Selangor akan diadakan selepas Chap Goh Mei. Namun selepas beberapa hari, dia sekali lagi mengatakan kepada media yang kenyataan tersebut hanyalah mahu menggempak Najib supaya membubarkan parlimen dengan segera kerana tak sanggup lagi berdebar-debar menunggu tarikh pilihanraya yang bakal diumumkan.

Sedia maklum yang sehingga sekarang Najib belum menyatakan tarikh sebenar pembubaran parlimen. Namun yang menarik, pagi tadi, Menteri Besar telah memanggil semua Pengerusi JKKKN ke Bangunan SUK untuk memberikan taklimat perutusan sempena berakhirnya pemerintahan pakatan di Selangor.

Bagaikan Khalid telah mengetahui tarikh pilihanraya sebenar, begitulah kelam kabutnya dia. Semua dah tahu rasanya kalau, KALAU pakatan menang lagi di Selangor, Khalid tak akan jadi MB lagi. Ini bukan lagi rahsia sebab Azmin telah mengumpulkan jenteranya untuk menyingkirkan Khalid dari kerusi tersebut.

Jadi sebab itulah Khalid hanya mengikut tarikh yang bakal diumumkan oleh Najib. Dia dah hilang telur sebelah kiri takut hilang kerusi. 

AZHAR IDRUS BELI KERETA FERRARI BARU??

SMART BOH!! GUANE!! Mungkin ada puak pakatan yang terpegun sebentar dengan gambar terbaru Azhar Idrus, penceramah pujaan PAS bersama dengan kereta Ferrari baru miliknya. Mungkin juga ada yang sakit hati malah sakit jantung apabila melihat kekayaan yang dikecapi oleh beliau, tapi siapa yang membuatkan penceramah ini kaya?

Ya! Para pencacai PAS yang sanggup berjalan kaki, kayuh basikal, bermotor buruk sedekah jihad pada setiap ceramah-ceramah anjuran PAS ini. Mungkin juga ada yang tak cukup makan dirumah, anak bini tak dapat beli apa yang mereka mahukan oleh kerana si suami atau ayah lebih rela membelanjakan duit demi jihat PAS menuju ke Putrajaya.

Sudah yakin benarkah kalian wahai pencacai PAS yang parti kalian akan menawan Putrajaya? Sudah yakin benarkah kalian yang PAS akan membela nasib kalian kelak? 

Kelantan, Kedah ditadbir oleh PAS namun sehingga kini rakyat negeri tersebut merana kerana tiada satu bantuan pun yang diberikan. Dengar aset dan tunai simpanan di kedua-dua negeri tadbiran PAS ini berada antara ditangga tertinggi antara semua negeri di Malaysia namun kenapa tiada sebarang bantuan yang diberi?

Fikirkan sejenak dimana hilangnya duit yang kononnya ada berbillion di dalam akaun kerajaan negeri. Dimana duit balak? Dimana duit tanah? Dimana duit cukai?

VIDEO SEX ANWAR-CHINADOLL BERADA DI DALAM TOP RANKING JENNA'S TUBE!!

BANGGA? MALU? Itulah antara perasaan para penyokong pakatan yang sekarang sedang dalam keadaan keliru sama ada hendak mempercayai binatang besi yang dipanggil kamera ini atau pun tidak. Mereka semua dalam delima kerana video rakaman kamera tersembunyi Anwar-ChinaDoll telah terpampang di dalam laman web lucah tersohor di dunia.

Bangga atau malu dengan video bakal Perdana Menteri ini? Perdana Menteri mana? Itu masih samar lagi. Mungkin Perdana Menteri di Monggolia yang didakwa Najib ada hubungan dengan model dari negara tersebut. Ataupun negara Israel yang menjadi tunjang kukuh dana Parti Keadilan Rakyat.

Kalau sehingga saat ini, sehingga video ini mencecah ranking seperti video sex yang lain pun masih tidak percaya yang dalam video tersebut adalah Anwar bin Ibrahim tak tahu nak kata apa lagi kat puak pencacai pengagong sex bebas ini.

Satu je pertanyaan dari aku sebagai rakyat Malaysia. Sanggupkah kalian berPerdana Menterikan seorang yang bermasalah moral seperti ini? Jawab dan nilailah sendiri.

#HAK2013 BUKTI PAS KELANTAN SEMAKIN SURAM!!


Confirm!!! Anak Kelantan Di Perantauan Akan Bagi Undi Pada BN

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008. 

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja. 

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja. 

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Monday, February 18, 2013

BUKTI VIDEO ANWAR BUKAN LAGI BESI!! NIK AZIZ TAK TAHU APA!!

KALI ini telah terbukti secara jelas yang Anwar adalah seorang individu yang hipokrit. Depan cakap lain, belakang lagi cakap lain. Apabila bersama PAS maka disanjungnya Nik Aziz dan Hadi Awang melebihi segalanya tapi apabila bercakap dihadapan kumpulan yang beragama kristian cakap lain.

Baru-baru ini Anwar telah berceramah dihadapan lebih 100 orang yang beragama kristian di Sabah tentang penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian. Dia bercakap bagaikan sudah hilang Islamnya apabila terus membenarkan kalimah itu diguna pakai dalam kristian. Yang penting menurutnya adalah jangan dihina kalimah Allah oleh mana-mana pihak. 

Dalam ceramah tersebut turut dikatakan yang "Nik Aziz tak tahu agama.", dan "Hadi Awang pak turut". Kenapa? Masih tak percaya? Mari saksikan rakaman kantoi Anwar yang bermuka-muka ni.


RAJA-RAJA MELAYU SEMUANYA LANUN!! - KIT SIANG

BAPAK BOREK, ANAK RINTIK. Itulah pepatah Melayu yang sesuai digunakan oleh puak DAP sekarang ini. Apabila pemimpinnya sudah tidak menghormati institusi Raja Melayu maka tidak mustahil pencacainya akan turut serta menyanggah dan menghina Raja serta Permaisuri Agong kita.

Perkara dibuktikan lagi dengan kes terbaru iaitu seorang anak muda berideologikan DAP tergamak menghina dan mencarut kepada Permaisuri Agong di Pulau Pinang. Pemuda yang bertunjangkan kepada fahaman komunis yang diajar oleh DAP sanggup menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong dan mengherdik pegawai polis yang menegurnya.

Pulau Pinang Cina punya, Melayu tak ada hak di sini! Itulah antara bait kata-kata berunsur perkauman yang terang-terang rasis tidak bertempat. Mungkin dia lupa yang Pulau Pinang masih di dalam Tanah Melayu dan mungkin juga sudah terlalu taksud dengan mind-control yang dikawal oleh DAP Pulau Pinang.

Tak mahu hendak menimbulkan sikap RASIS di sini tetapi salahkah kiranya kita sebagai Melayu menunjukkan sikap RASIS kita kepada mereka? Kenapa apabila mereka (puak DAP) mengatakan sesuatu yang RASIS akan dikatakan HAK mereka, namun apabila kita Melayu mengatakan HAK kita sudah dianggap RASIS dan juga ditegur oleh banyak pihak.

Mana keadilan dalam Malaysia ini? Adakah kita sudah dibisukan dengan sikap sopan santun dan beradab bangsa Melayu? Fikirkan.

[DATUM JELATEK] PKNS SINGKIRKAN ORANG MELAYU KERAMAT SECARA HALUS!!


PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, antara matlamat asal PKNS adalah untuk membawa Bumiputera/Melayu ke bandar yang dikuasai oleh bukan Bumiputera. Idea ini dipelopori oleh bekas Menteri Besar Selangor iaitu Allahyarham Dato' Harun Idris.

Semua idea dan perlaksaan itu berjalan lancar sehinggalah kedatangan Menteri Besar ke 14 Selangor yang penuh dengan idea perniagaan yang hebat tetapi kurang dan tidak peka langsung dengan keadaan persekitaran orang Melayu.

Seperti yang diceritakan oleh seorang sahabat di SINI, Projek Datum Jelatek adalah antara projek mega yang dijalankan oelh PKNS tanpa memikirkan keadaan ornag Melayu disekeliling kawasan tersebut. Projek ini adalah projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat.

Sebahagian besar dari penduduk dikawasan perumahan kos rendah ini berpendapatan kurang dari RM5000 sebulan dan mereka ini akan  terpaksa keluar dari kawasan ini setelah projek mega PKNS ini dijalankan.


Pada peringkat awal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjanjikan  akan membayar pampasan sebanyak RM250,000 bagi rumah kediaman dan RM500,000 bagi rumah kedai. Tetapi selepas itu pihak yang berkenaan menggunakan akta pengambilan tanah Selangor untuk memaksa penduduk menerima pampasan sebanyak RM 130,000 bagi rumah kediaman dan RM155,000 bagi rumah kedai. Inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor oelh Pakatan Rakyat yang penuh dengan muslihat!

Sudahlah objektif penubuhan PKNS itu tidak diteruskan, kini mereka pula yang menjadi dalang mengeluarkan orang Melayu dari kawasan bandar. Menurut sumber harga seunit Kondo Jenis "STUDIO TYPE" ialah RM 600,000. Bagi Kondo 2 bilik ialah RM900,000 dan 3 bilik ialah RM1.5 juta. Adakah kebanyakkan orang Melayu dikawasan tersebut mampu memiliki rumah mewah seperti ini?

Ini yang terjadi kepada PKNS dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, mereka langsung tidak memikirkan masalah golongan yang berpendapatan rendah. Rumah kos rendah tidak dibina, yang diambil berat adalah perumahan kos  mewah oleh meraka.

Menurut sumber, PKNS sedang menimbangkan penjualan 2 blok Menara Datum Jelatek kepada pelabur luar negara (difahamkan dari negara China)

Mungkin inilah yang dinamakan merakyatkan ekonomi Selangor dan rakyat yang dimaksudkan dari slogan itu adalah rakyat dari negara lain!


TERKINI!! KABINET PAKATAN SUDAH KELUAR, TIGA TIMBALAN PM??


UNDI PAS DAPAT VOUCHER MINYAK RM5.00!!

PAS nampaknya semakin terdesak untuk mendapatkan undi rakyat memandangkan beberapa isu terutama isu penggunaan kalimah Allah oleh kristian. Lalu sebagai satu strategi untuk mendapatkan semula undi mereka, PAS terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk memberi voucher minyak RM5.00 kepada setiap orang yang hadir pada majlis ceramah fitnah mereka.

Jika hendak membuat perbandingan, harga minyak yang telah kerajaan BN bagi dengan nilai RM5.00 voucher minyak yang hanya boleh didapati dalam ceramah fitnah PAS yang mana agaknya lebih praktikal? Harga minyak di Malaysia adalah antara harga yang paling rendah di dunia dengan menduduki tempat ke-lapan dari seluruh dunia. Tak cukup lagi?

Berapa sangat nilai voucher minyak RM5.00 yang diberi PAS dalam ceramah fitnah mereka jika hendak dibandingkan dengan pemberian BR1M RM500.00 setiap isi rumah dan juga RM250.00 bagi setiap orang bujang? Itu belum lagi dikira dengan pemberian lain kepada rakyat.

Fikirkanlah. Mana yang lebih berbaloi untuk dipilih. 

Sunday, February 17, 2013

HARON DIN TIDAK RELA KALIMAH ALLAH DIPERMAINKAN OLEH ANWAR DAN GUAN ENG!!

ISU kalimah ALLAH menjadi isu yang paling sensitif dikalangan umat Islam di Malaysia apabila Guan Eng dan Anwar membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian dalam kitab bible mereka.

Walaubagaimanapun, cadangan itu disokong sendiri oleh Presiden PAS Hadi Awang dan Presiden DAP Karpal Singh. Sehingga ada pihak yang memaki dan mengugut Haron Din melalui sms berkenaan tegahan beliau dalam penggunaan kalimah Allah dalam bible kristian.

Jom saksikan Haron Din di maki oleh pihak DAP.


Saturday, February 16, 2013

PEMIMPIN PAS BAKAL TINGGALKAN PARTI KERANA DAP!!

SUASANA politik semasa di Selangor semakin hangat dari hari ke hari. Hampir setiap hari ada sahaja cerita atau isu yang ditimbulkan tidak kira dari parti pakatan mahupun barisan. Barisan Nasional selaku parti pembangkang di Selangor kelihatan sudah bangkit dari lena yang agak panjang. Syabas kepada panglima-panglima BN yang telah mengejutkan para pahlawan.

Seperti sudah telah dijangka, semenjak PAS berada di dalam pakatan mereka terus dipijak dan digunakan oleh DAP dan PKR untuk kepentingan mereka masing-masing sehinggakan matlamat asal PAS untuk menegakkan Islam turut ditentang oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh.

Ahli PAS juga telah sedikit demi sedikit keluar meninggalkan parti yang dikatakan sudah terlalu lemah dalam perjuangan. PAS kelihatan terlalu bergantung kepada DAP semenjak berada bersama pakatan. Baru-baru ini, satu cawangan PAS Taman Equine, Puchong telah bersepakat untuk menyokong BN pada PRU13 akan datang kerana sudah tidak percaya dengan kepimpinan PAS sekarang.

Di Kuala Lumpur, Perak dan Kedah ada segelintir ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS yang terus menyepikan diri berhubung penggunaan kalimah Allah oleh Kristian yang dicadangkan oleh Guan Eng. Akibat marah mereka sanggup memijak gambar muka Guan Eng serta Karpal Singh.

Di Pulau Pinang, ahli PAS sudah mula bersatu dengan UMNO bagi menuntut hak orang Melayu dan Islam di sana. Mereka turut hadir dalam demo anjuran UMNO bagi memastikan DAP tidak lagi berkuasa dan tidak lagi boleh memijak kepala orang Melayu Islam Pulau Pinang.

Di Kelantan, sebilangan besar NGO Islam dan golongan ulama' dari sekolah pondok sekitar Kelantan mula meminggirkan PAS sekaligus membuatkan Nik Aziz pening. Mereka telah bersepakat akan menyokong BN pada kali ini kerana PAS sudah jauh terpesong dari landasan asal untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menjadi cabaran besar buat kepimpinan PAS yang sudah berbelah bahagi sama ada mahu menentang atau mempertahan rakan sekutunya dalam pakatan iaitu DAP.

Dan kita juga bakal menyaksikan lebih ramai lagi ahli PAS atau PKR yang akan keluar dari parti tika tarikh pilihanraya semakin dekat. Pakatan semakin hancur. Seperti kata Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP,

"Bagaimana mereka (PAS-DAP) boleh bekerjasama apabila mereka menghadapi masalah setiap hari." 

[VIDEO] AMARAN KERAS KEPADA CACAI DAP HINA KESULTANAN MELAYU!!



TARIAN GHAIRAH ALA GANGNAM STYLE DI PENTAS CERAMAH PAS!!

KETIKA puak pakatan sibuk mendesak supaya BN membatalkan kehadiran Psy pada sambutan Chinese New Year di Pulau Pinang yang lalu kerana dikhuatiri ada unsur-unsur ghairah, PAS selaku parti yang kononnya Islam baru-baru ini telah pun menghidangkan tarian ghairah sebenar di pentas mereka.

Majlis sambutan tahun baru Cina dan valentine day telah diadakan di Pandan yang mana ADUN nya adalah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Iskandar Samad yang merupakan ADUN Chempaka dan juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Tahniah kepada YB Iskandar Samad kerana telah membuka mata rakyat Selangor tentang siapa sebenarnya PAS. Tarian ghairah ala gangnam style turut disediakan oleh pihak penganjur untuk meraikan pemuda-pemudi yang hadir sebelum YB ini memberi sedikit ceramah yang berunsur fitnah.

Inilah pemimpin PAS sekarang yang sudah tidak menghiraukan apa-apa asalkan dapat memenangi Putrajaya. Fikirkanlah.


Friday, February 15, 2013

TERKINI!! LAGI RAKYAT SELANGOR TUNTUT JANJI PAKATAN SELANGOR!!

PAGI tadi bertempat di Dewan Sepak Takraw, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam lebih kurang 250 orang telah berhimpun bersama-sama untuk mendesak kerajaan Khalid menunaikan janji yang telah mereka buat pada PRU-12 yang lepas.

Himpunan yang melibatkan warga emas, golongan belia serta wanita adalah bagi menuntut segala janji manis yang telah dilemparkan kepada rakyat Selangor sebelum pakatan memenangi pilihanraya.

Tuntutan-tuntuan seperti caruman takaful bagi warga emas, elaun surirumah, bantuan perkahwinan dan perniagaan bagi golongan belia telah disuarakan oleh sebilangan rakyat Sabak Bernam. Turut hadir sama adalah beberapa orang bekas ahli dan penyokong pakatan yang telah muak dengan janji Khalid yang tidak pernah tertunai.

Himpunan yang diketuai oleh Datuk Johan Abd. Aziz, ADUN Semenyih turut dihadiri oleh Puan Murtini, Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Datuk Raja Ideris, ADUN Sg. Air Tawar serta kepimpinan bahagian yang lain.

Memoradum tuntutan telah diserahkan kepada Datuk Johan Abd. Aziz supaya tindakan seterusnya akan dibuat oleh beliau di mahkamah selepas ini.

Kita tunggu kejatuhan kerajaan Khalid yang tak pernah menunaikan janji...





Thursday, February 14, 2013

NASHARUDIN BAKAL MENTERI PERTAMA KEMENTERIAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA!!


Memartabatkan Islam sesuai dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan agama ini sebagai agama persekutuan tercapai apabila kabinet memutuskan bersetuju mengangkat taraf Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebagai satu kementerian baru.

JAKIM yang selama ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Dato Seri Jamil Khir mengetuai jabatan tersebut (bertaraf menteri) bolehlah kini melebarkan sayap dan peranannya lebih jauh apabila kabinet memutuskan kenaikkan taraf JAKIM sebagai sebuah kementerian dan tindakan ini dilihat tepat pada masanya.

Persoalan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi seringkali menjadi polemik politik apabila sebuah lagi parti yang menggunakan sentimen ke-Islaman iaitu PAS dilihat tidak berupaya menekan parti perikatan mereka terutamanya DAP dalam mengangkat agama Islam sejajar dengan kedudukannya di dalam perlembagaan.

Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS yang baru dilucutkan dari majlis syura baru-baru ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri pertama kementerian kemajuan agama Islam dan ia akan dilakukan sewaktu parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan.

Bolehkah ia (lantikan) dibuat? 

Baca pandangan menarik di SINI.

SAH!! PAS TAMAN EQUINE, PUCHONG AKAN BERI SOKONGAN KEPADA BN!!

TERKINI berita yang baru disampaikan oleh sahabat dari Puchong, Selangor. 80% ahli PAS Cawangan Taman Equine, Puchong, Selangor akan bekerjasama dengan BN dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam menawan semula Selangor dalam PRU-13 akan datang ini.

Malam tadi telah berlangsungnya satu majlis kecil yang menyaksikan kepimpinan PAS Cawangan Taman Equine akan menyokong dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional pada PRU akan datang ini demi untuk perpaduan ummah antara saudara Islam mereka dalam UMNO.

Walaupun tidak akan membubarkan cawangan tersebut namun yang pasti, mereka semua telah berikrar dan berjanji akan menyokong Barisan Nasional kerana PAS kini sudah terlalu terikut dengan rentak DAP yang semakin kurang ajar dengan orang Islam.

Bergegar lagi la kepimpinan PAS Pusat hendak mengekalkan kerajaan pakatan di Selangor. Semakin hari, ahli-ahli PAS sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan yang sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan parti.

TAKBIR!!!!