Konco-konco ku

Friday, November 30, 2012

TERKINI!! PEMERHATI PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2012 #PAU2012 MENINGGAL!!



Sebentar tadi lebih kurang jam 6.00pm, orang ramai di PTWC di kejutkan dengan berita kematian seorang pemerhati di hentian bas berhadapan PWTC .

Lelaki itu dipercayai rebah akibat serangan jantung dan berdarah dikepala. Ketika ditemui beliau masih lagi bernyawa dan menghembus nafas terakhir sebelum sempat ambulan tiba. 

Di kenali sebagai En.Ahmad Hariri bin Alang Othman berumur 62 tahun dari Kemunting, Perak . Menurut maklumat beliau bersama rombongan tiba disini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Sehingga jam 6.15pm keluarga mangsa telah dihubungi  untuk dituntut .


Al-Fatihah

WAJIB BACA!! DENGARLAH RINTIHAN SEBAK DARI WAKIL KELAB UMNO LUAR NEGARA!!



ANAK MUDA MAIN API......Itulah antara bait-bait nyanyian lagu 'Anak Kecil' yang merubah suasana dewan perwakilan dengan suasana sebak. Menangis perwakilan dari Kelab UMNO Tokyo yang mendendangkan lagu tersebut.

Maknanya lagu ini masih relevan hingga sekarang dengan menitiknya air mata beberapa orang perwakilan yang hadir mendengar ucapan wakil tunggal kelab UMNO luar negara, Saudara Ariff Yasir.

Apa lagi yang tinggal untuk bangsa Melayu jika nasib anak bangsa digadaikan kepada yang tidak berhak. Jagalah keamanan negara dan Melayu demi mendaulatkan Islam di Malaysia.

BN YOUTH MUSIC KASI GEGAR PWTC!! #PAU2012

Meriah beb! Orang ramai dimeriahkan dengan nyanyian lagu alam di hadapan pintu masuk pameran korporat. Siapa yang tak datang lagi tu boleh lah datang.

Bermacam-macam aktiviti menarik serta hadiah disediakan untuk pengunjung bertuah. Disebelah pintu masuk utama PWTC pula ada pertandingan karaoke kepada pengunjung yang hadir.

Bolehlah saksikan pelbagai ragam dari berbagai negeri cuba menunjukkan bakat. Lucu pun ada sebab suara yang panggil hujan pun berani menyanyi. Hahaha

Jom geng kita meriahkan.. Esok hari terakhir...

TERKINI!! HARAKAH & SUARA KELDAI FITNAH FELDA JUAL MINYAK KE ISRAEL!!


KUALA LUMPUR, 30 November - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel.

Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka.

Fitnah daripada AJK PAS Pusat itu telah dipaparkan dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November 2012 manakala Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' yang secara jelas adalah sandiwara politik yang berunsur fitnah.

Katanya dalam satu sidang media, AJK PAS itu memfitnah bahawa Bunge Agribusiness Singapore  Private Limited ialah syarikat Israel. Itu tidak benar, Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukan syarikat Israel. Ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan.

Fitnah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ahmad Maslan dan telah berbincang dengan peguam FELDA untuk tindakan saman.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Maslan turut menyatakan FELDA sebelum ini telah menyaman akhbar Suara Keadilan atas fitnah FELDA Bankrap yang sekarang ini dalam proses mahkamah. -PutajayaOnline.

KECOH DI PWTC!! PAS DIHINA, DIMAKI OLEH PENYOKONG SENDIRI!! #PAU2012


KUALA LUMPUR 29 Nov – Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas.

Dengan menggunakan analogi ‘selipar jepun’ beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.

“(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.

“Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, ‘muhkamat’…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang ‘mutasyabihat’ iaitu yang samar.”……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat.

”……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa “…..untuk membuat fitnah. Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut ”….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah,” katanya.

Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang.

“BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….

“Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat. Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain.

“Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi. Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu,“ ujarnya. 

-MediaUMNO


Thursday, November 29, 2012

TIRAI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 TELAH DIBUKA DENGAN RASMINYA

HARI ini, bermulalah persidangan terbesar orang Melayu di dunia di bawah panji Sang Saka Bangsa dalam parti terbesar orang Melayu, UMNO. Seramai 2700 orang perwakilan dari seluruh pelusuk negara hadir memenuhi segenap ruang di Dewan Merdeka PWTC pagi tadi.

Lagi gambar boleh lihat di SINI.

TERKINI!! SI CELAKA FADHLI KC MALAYSIAKINI ADA DI DALAM PWTC!!

Wooo! Panas beb! Fadhli KC dari MalaysiaKini telah berjaya masuk ke dalam PWTC untuk melaporkan kepada tabloid haramjadah mereka dan menyebarkan fitnah.

Wartawan MalaysiaKini inilah yang dihalau oleh Pengerusi Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Malaun ini melaporkan perkara yang tidak benar dan terang-terang memfitnah pemimpin UMNO dalam MalaysiaKini...

Siapa nak kenal dengan malaun ni boleh la datang ke hadapan skrin besar untuk sessi suaikenal. Sampaikan salam JB pada dia...

RIAK WAJAHNYA MENCERITAKAN SERIBU SATU PENGHORMATAN KEPADA NEGARA!!!

SEDANG berjalan-jalan di dalam PWTC, pasti semua orang yang melalui jalan keluar ke lobby akan menemui warga emas kurang upaya ini di sana. Beliau hadir bukan untuk meraih simpati atau perhatian umum cuma sekadar ingin meluahkan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap parti keramat UMNO.

Dilehernya tergantung puluhan gambar-gambar pemimpin UMNO yang telah berjuang mengharumkan dan menstabilkan nama negara Malaysia ini. Tidak terkecuali juga gambar Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak.

Pelbagai orang, bermacam ragam yang akan ditemui di sini, PWTC. Dato'-Dato' akan duduk semeja dengan orang biasa dan sebilangan orang biasa bersalam dan berpeluk dengan VIP yang mereka temui umpama tiada jurang antara mereka. Indahnya jika kesepakatan yang terjalin di sini.

12 KALI PILIHANRAYA PAS MENIPU - TS MUHYIDDIN


Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, “Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam.”

Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat. Baca lagi di SINI.

MAAFKAN KHALID!! MB SELANGOR BUKAN ORANG ISLAM!!

INILAH padahnya apabila Exco Agama terdiri dari bukan ahlinya. Kerana duit, MB Selangor sanggup meluluskan billboard besar sebegini konon untuk memberitahu kepada orang ramai yang dia seorang yang beragama Islam dengan meletakkan Rukun Islam Ketiga adalah menunaikan zakat.

Sini aku bagitahu kat Khalid turutan rukun Islam: 
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat fardhu lima waktu
3) Berpuasa pada bulan Ramadhan
4) Membayar zakat
5) Mengerjakan haji di Mekah bagi yang berkemampuan

Eh! Billboard ni macam ada logo MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) je kan. Tak kan kawasan pentadbiran kerajaan negeri tak perasan pasal billboard sebesar alam ni? Hairan jugak...

Mana orang PAS yang konon memperjuangkan dan telah berdakwah kepada parti komponen dalam pakatan? Tak habis ajar lagi ke rukun Islam? Malu lah macam ni...

Harap je negeri Islam.. Shah Alam punyai penduduk 80% orang Islam.. Tak kan benda besar macam ni pun tak boleh nampak.. Jangan cuba nak remehkan isu ini.. Berat sangat dah ni, rukun Islam yang wajib umat Islam tahu dan hafal pun boleh tersalah...

#PAU2012: PEMUDA UMNO MOHON CALON MUDA DINAIKKAN!!


Seluruh anggota Umno seharusnya menerima baik hasrat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menampilkan calon muda, yang juga muka baharu, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, seiring transformasi politik yang dilaksanakan parti dan Barisan Nasional (BN).

Ini penting dan selaras dengan usaha menampilkan pemimpin muda sebagai pemimpin hari ini dan bukan lagi seperti ungkapan 'generasi muda adalah pemimpin masa hadapan', yang sudah tidak lagi relevan.

Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim berkata pemimpin muda yang ada dalam parti masa kini perlu dilatih dan diberi peluang untuk memastikan kesinambungan kepimpinan parti dan negara, sekali gus menjadikan Umno dan BN lebih kukuh.

Beliau berkata, gabungan pemimpin berpengalaman, bersama calon muda dan muka baharu untuk bertanding 222 kerusi parlimen dan 505 dewan undangan negeri (DUN) pada pada pilihan raya umum kelak, akan menghasilkan komposisi gandingan kepimpinan yang mantap.  

"Ini perlu kerana ia akan dapat menyakinkan rakyat bahawa Umno adalah sebuah parti yang dinamik dan kita akan berubah mengikut suasana. Gandingan pemimpin berpengalaman dan muka baharu yang lebih mahir dengan teknologi selari dengan pendekatan hari ini. Ia adalah kelebihan yang boleh kita manfaatkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Bersandarkan kepada keanggotaan hampir 700,000 ahli Pemuda Umno dan 395,674 Puteri Umno, Umno pastinya tidak ketandusan pemimpin yang dapat memahami hati dan minda golongan muda.

Memetik pepatah Melayu, 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', Razali berkata peluang yang diberi kepada pemimpin muda akan membolehkan Umno meneruskan kelangsungan politik parti itu.

"Cuba tengok pembangkang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) berkata selepas 22 tahun beliau tak nampak ada orang layak memimpin Kelantan. Dia sebagai pemimpin, dia tidak melahirkan penggantinya," katanya. 

Selain itu, beliau berkata, pembangkang yang sebelum ini asyik mendendangkan tentang generasi baharu dalam perjuangan politik mereka, masih tetap menyenaraikan muka 'orang yang sangat lama' untuk mewakili parti berkenaan.

Penampilan calon muda dan muka baharu, katanya adalah satu proses untuk melahirkan barisan pemimpin pelapis untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

"Seorang pemimpin yang baik bukan sahaja dinilai daripada segi bakat kepimpinan, tetapi mereka juga mampu menyediakan pelapis dan proses peralihan ini telah bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjamin proses pembangunan negara tidak terhenti," katanya.

Razali berkata gabungan pemimpin lama dan calon muda akan dapat membantu parti memenangi hati dan minda golongan muda kerana daripada 13.1 juta pengundi berdaftar sehingga suku ketiga tahun ini, 42 peratus adalah pengundi muda di bawah 40 tahun.

Mengenai calon boleh menang di kalangan muka baharu, kata beliau, selain layak mereka mestilah mempunyai kelebihan tersendiri seperti ahli perniagaan, pendakwah, penggiat kebudayaan dan tokoh sukan, menjadikan mereka ikon disegani.

"Mereka harus dikenali ramai dan tidak semestinya di kalangan orang lama sahaja. Sebab ada orang baharu yang mencipta nama malahan rakyat mengenali mereka lebih daripada pemimpin sedia ada," katanya.

Bagi Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sayap bongsu Umno itu menyambut baik langkah menampilkan calon muda dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini menunjukkan YAB Perdana Menteri dan kepimpinan Umno mengiktiraf peranan yang dimainkan generasi muda dengan memberi ruang serta tempat untuk generasi muda menjadi sebahagian daripada pembuat dasar," katanya.

Beliau berkata, langkah ini memberi isyarat bahawa Umno konsisten dengan proses transformasi yang dipelopori perdana menteri.

Ini membuktikan Umno adalah parti yang sentiasa mengamalkan peremajaan, bersifat inklusif dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, katanya. - Bernama

Wednesday, November 28, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ADALAH PERHIMPUNAN MAKSIAT!!

WOO!!! Panas mata beb tengok status terkini Abby Abadi yang mengatakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini adalah perhimpunan maksiat!!!

Disebabkan ada artis dua tiga kerat, terus nak tuduh perhimpunan ini maksiat. Apa dah tak ada modal nak tulis lagi ke wahai ustazah PAS???

sumber

KENYATAAN ARMAND KEJADIAN CEROBOH PWTC SEMALAM

SEMALAM satu kumpulan puak taik pakatan telah menceroboh PWTC semasa sidang perasmian oleh Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak. Mujur ada pemuda gagah berani saudara Arman Azha menghalau puak taik ni dari terus mencemarkan kawasan perhimpunan UMNO di sini.

Mari kita dengar apa sebenarnya yang terjadi dari Saudara Arman...


#PAU2012 : PEMUDA UMNO BANTU RAKYAT TAK ADA LESEN


Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menjelaskan usaha utuk membantu golongan muda melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Menurut beliau, Pihak Pemuda UMNO telah berusaha untuk meyakinkan kerajaan untuk memberikan peruntukan bagi membiyaai program tersebut.

Sambil itu, perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dibuat dan kelulusan telah diperolehi.


HOT!! ANJING MALAYSIKINI MAKI ORANG UMNO DALAM PWTC SEMASA #PAU2012!!


"UMNO Anjing, UMNO Sial, UMNO bla bla bla...............

Itulah sedikit sebanyak kata kata cacian dan makian oleh beberapa orang wartawan portal PEMBANGKANG yang terdiri dari Malaysiakini, Harakahdaily, Keadilan Daily, The Malaysian Insider serta jentera cybertroopers pencacai pembangkang ekoran kawalan ketat untuk masuk ke Dewan Merdeka malam tadi.

Segala cacian dan makian mereka pihak pembangkang ini turut mendapat reaksi dari pimpinan pembangkang dengan menyatakan Persidangan UMNO 2012 kali ini membuktikan UMNO menyekat kebebasan bersuara dan bersikap prejudis kerana tidak memberikan portal pembangkang ruang melaporkan berita. (PapaGomo)

Berkenaan kes wartawan-wartawan dari pihak pakatan yang berkunjung ke PWTC untuk membuat liputan memang dari lama dulu jadi bualan. Dulu walau diberi pas media untuk membuat laporan, tetapi mereka dengan rakus memutarbelitkan kenyataan setiap wakil UMNO yang berucap.

Sebab itu juga lah pihak UMNO Malaysia memperketatkan tahap keselamatan dengan menghadkan sebilangan wartawan tak kira dari parti mana sekalipun mahupun media bebas.

Tahniah pihak PWTC.

[VIDEO] SIDANG MEDIA NAIB PRESIDEN UMNO. #PAU2012 @ZAHID_HAMIDI @HISHAMMUDDINH2O @MOHDSHAFIEAPDAL



DEWAN GAMAT DENGAN SORAKAN SEMANGAT PEMUDA DAN WANITA!!





posted from Bloggeroid

Tuesday, November 27, 2012

UMNO DOA KEHANCURAN PAS DI PWTC?? #PAU2012


Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini dimulakan dengan memohon serta mengajak Pas kembali insaf.

Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu.

Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Ketika ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap sebelum merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perhimpunan UMNO dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam ini dan bakal mengumpulkan 2,759 anggota yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung Umno bermula Khamis ini sehingga Sabtu. - KLPos

#PAU2012 : NAJIB SAHKAN PRU13 BUKAN TAHUN INI!!!


Najib sah PRU13 bukan bulan depan

Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis taklimat presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.

"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.

Majlis Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.

Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah Najib secara berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam dua bulan selepas itu."



"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak memutuskan untuk berbuat demikian sebelum itu.

Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan juga telah menarik balik arahan membeku cuti hujung tahun yang dikeluarkan sebelum. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan Februari.

Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan.

Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot."

Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar. 

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset. 

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk. 

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian. 

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

SINAR ONLINE

KENALI TAIK PAKATAN YANG CEROBOH PWTC PETANG TADI





SAMBUNGAN dari cerita pencerobohan beberapa beruk pakatan yang membuat kecoh di PWTC siang tadi. Rakan blogger Jiwa Paradox berjaya merakam beberapa muka beruk yang berani masuk ke kawasan bahaya.

Apa-apa pun aku nak sangat korang pergi toreh muka-muka malaun ni...

TERKINI!! KUMPULAN 'R' DARI KELANTAN BUAT KECOH DI PWTC!!


KETIKA semua perwakilan sedang sibuk untuk bersidang dan berjumpa teman-teman lama seperjuangan, ada juga sebilangan beruk-beruk pakatan yang turut memeriahkan PWTC dengan membuat sedikit provokasi dan kononnya nak menyerahkan memorandum berkenaan penyerahan royalti minyak Kelantan kepada kerajaan Kelantan.

Hairan dengan perangai beruk pakatan yang tidak tahu malu masuk rumah orang sedang orang lain sibuk berhimpun secara aman. Semalam himpunan hijau konon nak rempuh PWTC, hari ini himpunan royalti pulak. Nasib baik ada beberapa pemuda UMNO yang berjaya menghalau beruk pakatan ni dari mencemarkan rumah UMNO.

Ada saja tindakan-tindakan bodoh dari pihak pakatan...

Sekarang sedang berlangsungnya taklimat dari YAB Presiden UMNO. Hanya Media yang terpilih sahaja dibenarkan untuk membuat liputan. Tiada sebarang rakaman secara langsung disiarkan. 

Laporan lanjut akan menyusul....

TEKNOLOGI BARU DALAM #PAU2012, PENGIMBAS MAKLUMAT DIRI!!

KEMERIAHAN Perhimpunan Agung UMNO 2012 semakin hangat dengan kehadiran ribuan ahli UMNO yang berpusu-pusu menyerbu ke dewan-dewan yang diaturcarakan dengan majlis. 

Gelombang merah sedang berhimpun di rumah UMNO, PWTC. Kepada sesiapa yang belum hadir jom kita hadirkan diri. Berbagai-bagai acara dan gerai jualan disediakan untuk para perwakilan dan pengunjung.

Salah satu perkara menarik perhatian di sini adalah kiosk pengimbas data maklumat diri yang disediakan untuk setiap perwakilan. Inovasi yang menarik. Mesin-mesin ini disediakan disetiap meja pendaftaran perwakilan.

Jom ke sana.......

Monday, November 26, 2012

MAKLUMAN: TENTATIF PROGRAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012. #PAU2012

BERMULA esok Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan membuka tirainya dengan kehadiran ribuan ahli UMNO di rumah keramatnya PWTC, Kuala Lumpur. Bagi memudahkan orang ramai dan ahli UMNO yang datang ke sini, JB ingin berkongsi maklumat tentatif program seperti yang tertera di bawah.

Kalian juga boleh mendapat maklumat secara langsung dari page facebook Perhimpunan Agung UMNO 2012 dan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2012. Jangan lupa klik like.

Dan juga laporkan aktiviti semasa anda di PWTC dan kawasan yang sewaktu dengannya dengan menggunakan twitter bersama #PAU2012 atau instagram.


TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden 
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pendaftaran Perwakilan 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung 
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC 

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN 
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 
Anjung Merdeka 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat) 
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC 

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam 
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC 

GERAI JUALAN 
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam 
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

BIBIT-BIBIT 13 MEI SEMAKIN JELAS!! MELAYU MASIH TAK SEDAR??

NAK cerita pasal rasisnya kaum Cina ni memang tak terlayan dah. Banyak bukti yang menyatakan memang Cina zaman sekarang ni anti-Melayu. Aku merujuk kepada semua Cina tak kira bernaung dari parti mana sekalipun.

Sedangkan Ketua Wanita MCA Melaka pun menyokong perhimpunan bangsat hijau ini, kita Melayu masih nak percaya pada mereka? Buka minda, buka akal. Berulang kali akar umbi menyatakan yang Cina memang tak boleh percaya.

Tengok jela contoh gambaran yang boleh kita samakan dengan tragedi berdarah 13Mei yang berlaku dahulu. Ayat provokasi seperti inilah yang digunakan oleh mereka untuk menghalau orang Melayu.

Yang membezakan antara tahun 1969 dengan tahun ini adalah kaum bangsat ini mendapat sokongan padu dari pengkhianat bangsa Melayu itu sendiri seperti Melayu PKR dan PAS yang telah dibutakan dengan janji manis menuju Putrajaya kononnya.

Masih tak sedar? Nak tengok lagi bukti jelas yang mereka membawa penyapu sebagai simbolik menyapu bangsa Melayu dari Tanah Melayu? Baru itu kita nak sedar? Fikirkanlah...

APAKAH NASIB PEKERJA LYNAS YANG MAJORITINYA PENDUDUK TEMPATAN DAN MELAYU??

KETIKA ini ribuan perusuh Anti-Lynas majoritinya berbangsa Cina yang berhimpun di Kuala Lumpur mendesak kerajaan supaya menghentikan operasi lynas yang memberi makan dan sumber pendapat kepada penduduk setempat di Kuantan yang perlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Walhal, ratusan pekerja kilang Lynas majoritinya berbangsa Melayu yang bersyukur kerana diberi peluang untuk terus bekerja di kilang tersebut setelah mahkamah memutuskan untuk meneruskan projek kilang lynas tersebut. 

Berdasarkan motif apakah kilang tersebut ditentang untuk terus beroperasi? Aku pun tak berapa nak faham namun yang pasti kebanyakan yang menyokong supaya kilang tersebut ditutup adalah terdiri dari bangsa Cina dan bukan penduduk tempatan dari Kuantan. Mereka berhimpun dan datang dari seluruh pelusuk tanah air seperti Johor dan Pulau Pinang.

Kenapa isu ini diperbesarkan sedangkan ia langsung tidak menggugat sedikit pun perniagaan dan urusan mereka kerana mereka semua tinggal beribu-ribu kilometer dari Kuantan.

Inilah kerja bangsat yang cuba mempolitikkan apa sahaja perkara demi kepentingan bangsa mereka. 

Adakah kita hanya boleh duduk diam dan sekadar menerima sahaja segala tohmahan dan fitnah yang terus digembar-gemburkan? Fikirkanlah.

GEMPAR!! PETANDA AWAL ANWAR TUMBANG!!

ANWAR TUMBANG!!! Itulah yang terjadi apabila puak pakatan ni buat semua tanah macam mak bapak dia yang punya. Ini lah akibat yang dapat.

Papan iklan ni bukan sengaja nak ditumbangkan. Tapi dah kalau dia bina papan iklan ni kat dalam kawasan persendirian, sah-sah lah kalau aku pun akan tumbangkan jugak...

Lepas ni ada lah mulut-mulut bangkai dari puak pakatan ni yang tuduh orang UMNO yang tumbangkan.

tq GPB

WOO!! BARU NAK MULA #PAU2012 BLOGGER SAHABAT GUNUNG DAH MENGAMUK!!!

APA kes ni bro?? Baru nak start PAU2012 dah ada orang buat pasal ke? Tak marah dengan Cina Anti-Lynas yang konon nak rempuh PWTC semalam tapi tak kunjung tiba? Cer cerita sikit.....

Owwwhhhh..... Marah kat kawan sendiri ke? Aku pun tak kenal siapa insan bertuah bernama Anuar Hamzah ni bro.. Tapi kalau mengikut apa yang bro tulis kat blog tu aku pun agak naik angin jugak. Caci maki kerajaan, Najib, BN tiap hari tapi cari makan himpit orang UMNO jugak...

APA?? BRADER NI DAPAT TENDER MAKAN TIME PAU2012???

Panas jugak telinga ni. Ramai rasanya orang UMNO pior yang buat katering ni. Tapi kenapa panggil si pengkhianat ni?? Mungkin Sahabat Gunung ada penjelasannya di SINI.

Sunday, November 25, 2012

WAJIB BACA!! PERANCANGAN KAUM CINA (DAP, MCA, GERAKAN) TAWAN MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!


Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti.

TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus.

Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.

Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain.

Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sanatiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinanguntuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, KotaBharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.

Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya.Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sector kerajaan.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus
sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama
dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.

Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan
mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun
Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak
memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.

Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.

Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang
Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama
antara sektor swasta atau kerajaan.

Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh.

Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan
belang kita yang sebenar.

Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya,
pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.

Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan
dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Oleh Dr. Ng. Seng

p/s: Perkara inilah yang merisaukan aku sebenarnya. Perpecahan antara bangsa Melayu itu sendiri. Bersatulah Melayu! Jangan kerana gilakan kuasa hingga Tanah Melayu tergadai!!!!

UPDATED!! HAMPIR 5RIBU PERUSUH TELAH BERKUMPUL DI DATARAN MERDEKA!!


DIFAHAMKAN lebih kurang 5ribu perusuh kaum Cina telah berhimpun di luar Dataran Merdeka sementara menunggu pemimpin lain tiba. Perusuh kaum Cina ini bertindak kurang ajar dengan pemandu kereta yang melalui jalan Tunku Abdul Rahman kerana menghalang lalulintas.

Tengok keadaan cuaca juga menandakan yang hujan akan turun tak lama lagi. Cukup dulu laporan JB untuk hari ini. Lagi gambar boleh lihat di SINI.

UPDATED!! DEMO ANTI-LYNAS BERGERAK KE DATARAN MERDEKA MENUNGGU KUMPULAN PAS!!!


Gerombolan bangsat Anti-Lynas yang berjumlah lebih kurang 1,000 orang yang majoriti adalah berbangsa Cina mula berarak ke Dataran Merdeka untuk berkumpul sementera menunggu kumpulan Anti-Lynas dari pihak PAS yang sedang berjalan dari Gombak.

Bibit-bibit kebencian rakyat pada gerakan politik Anti-Lynas ini telah mula timbul. Adakah ada rusuhan hari ini?

Sementara itu, di PWTC, DS Najib Razak sedang berhimpun bersama-sama Himpunan Wanita Muda 2012. Tidak perlu dikalutkan kerana pendemo Lynas yang 98% Cina ini hanyalah mahukan publisiti murahan supaya Najib melihat tuntutan batal kilang Lynas.

Difahamkan juga kebanyakan pendemo Anti-Lynas ini bukanlah orang sekitar Kilang Lynas malah bukan juga dari Kuantan, Pahang. Kebanyakan mereka dari Johor, Pulau Pinang dan Selangor yang berhimpun untuk menutup kilang Lynas walhal jika benar Lynas berbahaya dan ada radioaktif, mereka tidak akan merasa sedikit pun.

Inilah politik busuk pakatan......



TERKINI!! ANTI-LYNAS BUAT KECOH DI PWTC!!


TERKINI berlintas langsung dari PWTC beberapa minit yang lepas. Mengikut laporan yang diberikan oleh rakan blogger Be Da Man & Flying Kick yang berada di tempat kejadian memaklumkan kumpulan Anti-Lynas telah sampai di PWTC untuk melakukan demo di hadapan bangunan keramat UMNO.

Kumpulan ini yang majoriti adalah berbangsa Cina akan melakukan provokasi dan mendesak supaya PM membatalkan projek Lynas itu. 

Politik bangsat apakah ini? Siapa yang mahu mulakan tragedi 13 Mei???????

Berita lanjut akan menyusul....

Saturday, November 24, 2012

HOT!! AHLI PARLIMEN PAS JERAI AKAN CERAIKAN ISTERINYA!!

WOOO!!! Panas terus panas drama PAS ni. Lepas satu, satu hal yang dibuat. Semua pasal perempuan. Kalau dulu Mat Sabu kantoi main dengan bini orang, Bahalol Amin kantoi bagi kaunseling dengan bini orang, YB Kelantan kantoi main dengan bini orang dalam gerabak keretapi. Kali ini ada seorang lagi wakil rakyat dari PAS yang akan bermasalah.

Dikhabarkan dari sumber yang terdekat dengan beliau, Ahli Parlimen PAS Jerai, YB Mohd Firdaus Jaafar, akan menceraikan isterinya tidak lama lagi. Segala macam keterangan telah diberi kepada peguamnya dan pada 27 November akan datang mereka berdua akan naik ke mahkamah bagi menuntut cerai secara sah!

Gila betul YB pakatan ni. Dah kaya, ada harta, pangkat, bini yang setia menanti disamping diceraikannya kerana orang lain. Ini lah perangai YB pakatan rupanya. Habis madu sepah dibuang.

Tak tau nak cakap apa lagi lah. Mungkin salah satu ajaran Tok Guru kot. Nauzubillah.

HARAKAH SARANKAN HADI AWANG LETAK JAWATAN, JADI NELAYAN


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaimana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.  Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan.  Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.  Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri.  

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.  

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.  Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.  

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.  

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.  Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.   

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.  Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.  

Apakah ertinya ini?  Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian?  Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?  Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?  

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS.   Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.  Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.  

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati.  Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.  

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?    

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya.  Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka.   Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia.  Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.  

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.  

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.  

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang.  Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.  

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar.  Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara.  Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…  

2,020 IBU TUNGGAL TUNTUT JANJI KERAJAAN SELANGOR YANG DIMUNGKIRI!!


Sekali lagi, pentadbiran Khalid Ibrahim dituntut menunaikan Manifesto Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. 

Kali ini ratusan ibu tunggal dari seluruh Selangor mewakili 2,020 orang ibu tunggal yang lain datang mengadakan Perhimpunan Aman di hadapan bangunan Setiusaha Kerajaan Selangor menuntut elaun yang dijanjikan Pakatan Rakyat, pagi ini.

Apa-apa pun, rakyat Selangor sudah bangkit menentang Pakatan Rakyat.

Tangan yang menghayun buaian mampu sahaja mengoncang dunia. 

Pakatan Rakyat bakal dikuburkan di Selangor.

PANAS!! @HAIRIEOTHMAN MARAH NIK RAZI DOA KEHANCURAN UMNO??

AKHIRNYA ada juga orang kuat dari PAS yang bersuara pasal doa kehancuran BN yang diucapkan di Kelantan baru-baru ini semasa Muktamar PAS yang di imamkan oleh adik Nik Aziz, Nik Razi.

Mungkin telah terbuka sedikit pintu hati Ustaz Maggi celup ni untuk menegur adik pemimpin PAS ini memandangkan doa yang disampaikan terlalu ekstrem sehingga menakutkan orang ramai yang mahu mendekati Islam.

Apa lagi yang orang ramai harapkan dari PAS ni yang jelas telah tersesat. betul juga pertanyaan Ustaz Maggi ni, "INIKAH CARA ISLAM YANG SEBENAR??"

Siapa yang nak jawab? Nik Aziz? Hadi Awang? Nik Razi? Mat Sabu? Tuan Man?