Konco-konco ku

Friday, August 31, 2012

SAMBUTAN MERDEKA PAKATAN TAK JEMPUT SULTAN SELANGOR??


DUA anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.

*dah dapat agak yang niat sebenar pakatan adalah untuk membina sebuah negara republik mengikt acuan negara Singapore. Bendera sudah siap direka khas dan calon perdana menteri bukan Melayu juga telah diumumkan kepada pucuk pimpinan DAP. Adakah kita hanya mahu memandang dgn bangga? Fikirkan.

posted from Bloggeroid

#MERDEKA55 DI STADIUM BUKIT JALIL ADA HANDPHONE HARGA RM100


*Model tidak termasuk harga jualan*

Jom kita ke stadium bukit jalil sekarang bagi meriahkan lagi acara sambutan hari merdeka ke 55 malam ini. Bukan sahaja bakal mencatat rekod pengguna tweet teramai, malah ada juga gerai yang menjual barangan mereka dengan harga diskaun.

Untuk makluman, handphone yang dijual oleh YES hanya menyediakan sebanyak 100 unit sahaja. Jadi, siapa cepat dia dapat ye. Tawaran hanya sah untuk hari ini sahaja.

posted from Bloggeroid

TERKINI!! GAMBAR ROSMAH PULA DIPIJAK!! PR BODOH!!


Kumpulan bangang pembangkang semakin kurang ajar apabila gambar Datin Rosmah dijadikan mangsa dan dipijak. Ni apa punya sambutan hari merdeka penuh kerja bodoh? Dah tak ada aktiviti lain ke?

posted from Bloggeroid

Thursday, August 30, 2012

TERKINI!! USAHA JAHANAM TUKAR BENDERA MALAYSIA DI DATARAN!!


Semakin melampau puak haram jadah. Mereka telah sediakan bendera baru bagi Malaysia jika pakatan berjaya memerintah. Inikah hadiah hari merdeka dari pakatan?

posted from Bloggeroid

GILA...PUAK PAKATAN JADIKAN PENJENAYAH SEBAGI MODAL POLITIK!!!


Lagi sekali anjing-anjing upahan ini cuba nak ambil kesempatan nak jadi hero rakyat dengan sanggup menggunakan foto mayat si mati yang ditembak mati oleh polis baru-baru ini !!

Jenis apa manusia ni pun aakj tak tahu..dulu kes kugan..lepas tu kes beng hok..kini sorang lagi penjenayah yang d tembak mati cuba d julang menjadi hero..anjing ni ingat polis ni kerja bunuh orang ke apa ?

Baca kronologi kes ini dengan teliti sebelum nak julang seseorang jadi HERO RAKYAT !!

"....Asp Jaswent Singh bersama Kons. 175462 Dan 170434 telah berlari untuk memberi bantuan dan telah melepaskan beberapa das tembakan amaran kearah suspek-suspek kerana sewaktu itu Asp Jaswent Singh mendapati mereka dalam keadaan bahaya dan ganas untuk menyerang anggota polis.

Semasa kejadian tembakan itu, salah satu tembakan telah mengenai salah seorang suspek berkenaan, dan kemudian suspek-suspek yang lain telah bertindak melarikan diri dengan menaiki m/kar sambil membaling beberapa bilah parang kearah kami. ketika konvoi m/kar suspek melarikan diri saya bersama anggota telah melepaskan beberapa das tembakan kearah kenderaan saspek...."

Kronologi d SINI

LAYAK KE CELENG SEKINCHAN NI DAPAT PINGAT KEBESARAN RAJA MELAYU??


KEPALA HOTAK LU CELENG!! Ada hati nak dapat pingat dari Raja Melayu. Jasa apa yang kau buat kat Malaysia, kat Selangor atau kat Sekinchan? Orak ono!!!!

Jasa kelentong rakyat Malaysia dengan ceramah fitnah merata tempat ada la. Kalau tak isu padi, mesti isu padi... Yang ko bantai semua dah ada bakti dan jasa kat rakyat Malaysia sebab tu dapat gelaran Dato'. Kau nak jugak ke? Pergi mintak dekat Maharaja China la GOBLOK!!!

Bukan ke pemimpin DAP ni yang tidak mahu tunduk kepada Raja Melayu sebab semasa pengurniaan pingat akan dikalungkan dan penerima akan tunduk sebagai tanda hormat kepada Raja Melayu? Cuba tanya Lim Kit Siang ada betul ke apa JB cakap?

Tapi tengok kau pun macam kesian sebab dah dua penggal kau menang kerusi DUN Sekinchan tapi tetap tak layak jadi Exco Kerajaan Negeri. Yang baru bertanding dan tak ada jasa pulak yang dapat. Kira kau dah terbuang la ni. Tu yang kau melalak macam anjing kena sawan.

Boleh berambuslah CELENG, pergi la balik Subang tempat asal kau. Anjing yang kau bela pun tak bagi makan ada hati nak gelaran dato'. Ptuihhh!!!

Orang Sekinchan dah naik muak lah dengan ceramah BODOH kau yang entah melalut apa sebab dari dulu sampai sekarang skrip yang sama diulang-ulang. Lepas cantas Dr. Khir Toyo kau nak cantas DS Noh Omar pulak. Mentang-mentang pandai cakap jawa sikit dah berlagak Melayu. Inilah bangsa Cina yang lebih dari Melayu. Hakk Ptuihhhh!!!!

Kasi setel la kau punya kes LANGGAR BUDAK MELAYU kat Shah Alam dulu. Setakat bagi rasuah kat keluarga arwah memang kau berjiwa SYAITAN!!! 

Pergi balik Sekinchan tengok 'KEMAJUAN' apa yang dah kau buat!! Tengok 'PEMBANGUNAN' apa yang dah kau laksanakan!! Kalau RUMAH URUT yang lagi bersepah dari kedai lain baik kau letak jawatanlah. 

Ojo ngomong sembarengan wa'e lah goblok!! Ese yong orak reti sopo kui neng buri... Ojo kepenak wa'e ngomong seng macem-macem neng kawasane ku... Yong selalu delok perati wa'e endi kue lungo.. Awas!!

PIHAK POLIS SUDAH BERI AMARAN KEPADA PAKATAN!! JAGA-JAGA BONTOT ANWAR!!


Pihak Polis TIDAK MEMBERI KEBENARAN kepada pihak penganjur Perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada malam ini, 30 Ogos 2012..!!!..

Sebabnya-sebabnya:

1. GAGAL MEMBERI PEMBERITAHUAN DI BAWAH SEK.9(1) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012(AKTA 736) KEPADA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI.

2. GAGAL MEMPEROLEHI PERSETUJUAN DARIPADA PEMNUNYA TEMPAT PERHIMPUNAN IAITU DATARAN MERDEKA DI BAWAH SEK.11 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012(AKTA 736)

3. AKAN MENGGUGAT PERSIAPAN YANG DIBUAT UNTUK MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 2012.

Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal...

BN SEDIA GEMPUR PAKATAN SELANGOR BILA-BILA MASA!!


Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor sudah bersedia untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Katanya, jentera BN termasuk dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP semakin bersemangat untuk menghadapi kerajaan pakatan pembangkang diterajui PKR yang kini dibelenggu pelbagai isu termasuk isu air, skandal Talam Gate dan sistem penyampaian yang lemah.

"Sudah lama kami memperkasa dan memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi dan dari masa ke semasa jentera parti diperkemaskan berdasarkan faktor politik semasa," katanya dalam satu temu bual dengan portal The Selangor Times hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, BN Selangor sentiasa memantau perkembangan di 56 kawasan DUN dan 22 Parlimen untuk mendalami permasalahan rakyat dan isu-isu yang berbangkit bagi memastikan nasib rakyat Selangor sentiasa terbela walaupun kuasa pentadbiran dikuasai PKR-DAP-Pas.

"Pembentukan Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mei lepas menjadi platform 'sehenti' yang cukup berkesan dan efektif untuk rakyat Selangor mengemukakan aduan, laporan dan bantahan secara talian hotline yang secara langsung melibatkan hubungan dua hala antara BN dan rakyat," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon BN di Selangor pada PRU akan datang, Zin yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, perkara tersebut merupakan kuasa mutlak Presiden UMNO dan menasihatkan semua pihak mendahulukan kepentingan serta masa depan UMNO dan BN .

"Saya akui proses pemilihan calon merupakan faktor yang paling kritikal menjelang mana-mana pilihan raya umum. Parti pembangkang turut mengalami fenomena yang lebih mencemaskan jika dibandingkan dengan BN dalam isu pemilihan calon.

"Tetapi senario dalaman BN lebih terkawal kerana kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan apatah lagi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi UMNO BN dan UMNO Selangor," katanya.

BN ketika ini menguasai 20 kerusi DUN manakala pakatan PKR, Pas, DAP memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi di negeri itu, sementara bagi Parlimen, BN hanya menang di lima daripada 22 kawasan yang ditandinginya.

Sementara itu, Zin turut membidas sikap kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani skandal pengambilalihan hutang Talam yang sifatkannya sebagai skandal 'Talam Gate'.

"Beliau masih berdolak-dalik dan bermain politik mengenai isu ini. Banyak pendedahan telah dibuat berhubung isu Talam tetapi kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Rakyat mahukan jawapan dan penjelasan yang terperinci bukannya melarikan diri," katanya .

Zin turut menyelar tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu air yang semakin kritikal.

HARUN DIN TETAP MENYEBELAHI NASHARUDIN!! NIK AZIZ TERDIAM!!


Akhirnya puak PAS pro Anwarinnas sudah mula goyang dan gusar kerana kebimbangan mereka jika bayangan Timbalan Mursyidul Am PAS mula kelihatan maka mereka akan tenggelam. 

Menjadi kenyataan setelah sekian lama mendiamkan diri dan 'ditanam' oleh Anwarinnas [Klik Sini], kini Haron Din bangkit dan mempertahankan Nasha yang kini sedang memberi 'signal' dia akan keluar parti. 

Kini Haron Din telah bangkit dari 'kuburan' yang dibuat oleh puak Anwarinnas maka apa yang bakal berlaku kelak? Keris hanya mampu beritahu bahawa kini Puak PAS telah berpecah dua, dimana Puak Ulama sudah mula memberi tekanan dan khabar dari rakan dalaman PAS, Ulama PAS semua telah bersatu dengan satu keputusan yang muktamad. - sumber

GEMPAR!! RAKAMAN AKSI SEKS AHLI PARLIMEN KUALA PENGAT AKAN TERSEBAR!!

JB dimaklumkan ada rakaman aksi aksi panas yang dirakam menggunakan iphone oleh isteri muda seorang Ahli Parlimen PKR sewaktu mereka berkunjung ke Sabah. Tungguuuu.....!!!

TWEET #MERDEKA55 DAN @NAJIBRAZAK, ANDA BERPELUAN MENANG PROTON PREVE!!


KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.

Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.

Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.

Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).

Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.

Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.

SUSPEK HARUAN MAKAN ANAK BAKAL SAMAN BLOGGER!!

Suspek sumbang mahram Pahang yang juga bekas Ketua Cabang PKR Jerantut akan menyaman blogger dan mana-mana media yang didakwa telah menghukum beliau sedangkan siasatan oleh PDRM masih dilakukan.

Beliau berkata demikian setelah mendapat desakan hebat dari blogger dan media massa atas kes yang belum tentu sahih sedangkan beliau telah dilepaskan oleh pihak polis.

Blogger pro-BN tak ada rasa takut ke nak kena saman? hahaha...

Pendedahan selanjutnya akan dijalankan.. Minta mana-mana ahli PKR dan pakatan supaya keluar dahulu sebelum pendedahan dahsyat akan diterbitkan oleh media baru... Fikirkan.

LAWAK PAGI!! SAMSUNG BAYAR APPLE $1 BILLION DUIT SYILING 5SEN!!


CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.-AsyrafRingo/PjO

MUHDALENA 'MENGAMUK' DI MAHKAMAH GUNA TOPENG POWER RANGERS!!


Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.


Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Wednesday, August 29, 2012

#MERDEKA55 @NAJIBRAZAK BAKAL GEGAR STADIUM BUKIT JALIL!!



HABISLAH BN KALI NI!! JOM TURUN HARGA KERETA!!

Turun harga kereta telah menjadi satu lagi manifesto dalam mendapatkan undi rakyat Malaysia. Pakatan terutama dari PKR seperti sudah tiada lagi janji yang lebih relevan untuk dibuat. Mana tidaknya, adalah lebih baik jika buat kempen turunkan harga semua benda kat Malaysia ni. Rasanya JB pun akan undi pakatan PRU13 akan datang.

Dasar otak sempit kategori kambing. Nak tanya kereta mana yang dikatakan mahal sangat tu sampai nak turunkan harga kereta? Harga kereta nasional seperti Proton dan Perodua rasanya sudah cukup sesuai buat masa ini kerana ianya adalah kereta mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Mana yang terlebih kemampuan boleh lah beli kereta import. Tujuan utama kereta import dinaikkan harga adalah bagi mengurangkan pembelian kereta import berbanding kereta tempatan. Malaysia nak tolong orang Malaysia sendiri dalam industri kereta yang semakin pesat membangun. Salah ke?

Atau puak pakatan ada share dalam mana-mana saham luar negara dalam industri kereta ni? Al-maklumlah harta Anwar di luar negara atau Israel terlalu banyak hingga tidak boleh dipindahkan ke Malaysia. Fikirkan.

PANAS!! RONNIE PERTIKAI TINDAKAN PAS KUALA SELANGOR!!


Perbalahan pentadbiran Pakatan rakyat di Selangor semakin terserlah apabila exco kerajaan negeri Ronnie Liu hari ini mempertikaikan permintaan PAS Selangor yang mahu notis peringatan mengenai garis panduan melarang pasangan bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang dinaikkan.

Sebaliknya, kata Liu yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, arahan itu akan hanya dipertimbangkan setelah mendapat permohonan rasmi.

"Tiada isu sebegini pada masa sekarang kerana kita masih tengah menunggu surat dari majlis tempatan. Jadi sebelum itu kita tiada komen," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos, hari ini.

Malah, menurut pemimpin DAP itu, pihak yang mahukan arahan itu dikuatkuasakan perlu menulis surat kepada dirinya tetapi sehingga hari ini, beliau belum menerima sebarang surat.

"Bukan saya yang tulis surat, adalah majlis tempatan yang sepatutnya tulis surat kepada saya, dan bukan sebaliknya," katanya ringkas.


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman baru-baru ini berkata, notis peringatakan itu perlu disegerakan dan pihaknya juga telah memaklumkan kepada Liu agar mengeluarkan peringatan berkenaan.

Rani juga berkata, kemungkinan pemantauan akan dilakukan di panggung wayang sekiranya perlu bagi membendung pasangan bukan muhrim di kalangan orang Islam duduk bersama di pawagam.

Sebelum ini, pelaksanaan garis panduan itu dicetuskan MDKS dalam usaha membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja Islam.

Bagaimanapun kerajaan negeri Selangor mengumumkan penangguhan pelaksanaan garis panduan tersebut sehingga kajian menyeluruh selesai.

TERKINI!! LAJIM LUAH HASRAT KEMBALI KEPADA BN!!


Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa di Kota Kinabalu.

MERUNGKAI DELIMA MELAYU DIHALAU SECARA TAK SEDAR!!


Bagi orang biasa, mereka hanya mahu mencari sebuah rumah untuk membesarkan keluarga dan berteduh tanpa memikirkan permainan hartanah yang menjadikan ramai individu kaya-raya.

Permainan jual beli hartanah adalah satu dunia yang memang jauh daripada kemampuan diri, apatah lagi bagi golongan seperti kami yang hanya mampu membeli rumah kos rendah sahaja.

Namun, kebelakangan ini saya dan rakan-rakan yang sama taraf melihat dunia permainan hartanah semakin keji dan kotor apabila pemaju galak membina rumah mahal sementara orang kaya membeli rumah kos rendah dan sederhana sebagai 'pelaburan'.

Berita yang menyatakan Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) yang mahu melupuskan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual juga umpama menghina kebijaksanaan orang biasa.

Kami tidak kaya tetapi kami juga tidak bodoh. Bagaimana mahu dijual jika asyik membina rumah mewah yang harganya tidak kurang daripada RM400,000 dan mencecah RM10 juta sebuah?

Adakah mereka ini ingin mempermainkan orang Melayu dengan membeli tanah-tanah dan membina rumah yang sememangnya tidak mampu dimiliki kami walaupun dalam tiga keturunan?

Jelas lagi nyata ini semua taktik untuk menghalau bumiputera kembali ke kampung dan pedalaman dan menumpukan kaum tertentu sahaja di kawasan bandar.

Sampai bila kerajaan mahu membiarkan ini berlaku tanpa menghadkan bilangan projek perumahan mewah di kawasan orang Melayu?

Seperti mana dapat dilihat kereta-kereta mewah di jalan raya majoritinya dipandu kaum bukan Melayu. Kini sudah jelas wujud penempatan-penempatan mewah yang didiami bukan Melayu bersama orang asing yang membeli rumah di sini.

Di samping itu, kediaman sederhana dan kos rendah pula 'diserang' golongan berduit yang mahu berkecimpung dalam permainan hartanah. Walaupun kononnya sebagai pelaburan, tindakan mereka yang membeli murah dan menjual mahal telah menyebabkan harga rumah melonjak dengan mendadak dalam tempoh 10 hingga 15 tahun sebelum ini.

Ramai yang menjadi jutawan segera melalui aktiviti ini walaupun kerajaan telah mengenakan caj jika menjual semula rumah yang baru beberapa bulan dibeli.

Bayangkan untung bersih menjual rumah kos sederhana atau rendah boleh mencecah RM100,000 sebuah sementara caj yang dikenakan hanya beberapa ribu ringgit sahaja.

Mereka ini umpama penyangak mata wang tetapi memainkan harga hartanah terutamanya harga kediaman.

Akhirnya, kami yang mencari rumah untuk didiami menjadi pemilik keempat atau kelima yang terpaksa membayar sehingga lima kali ganda harga sebenar rumah tersebut.

Saya tahu orang yang bergiat dalam permainan hartanah mahupun warga REHDA sendiri akan mempertahankan tindakan mereka sebagai satu proses perniagaan biasa mahupun menyalahkan kenaikan kos barang binaan.

Namun, kami rakyat jelata tidak reda dengan cara 'penyamun tarbus' ini dan tidak menghalalkan satu sen pun yang tergadai untuk mereka ini menjadi kaya dengan mudah.

Saya harap kerajaan kembangkan lagi fungsi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membeli tanah-tanah dan membina rumah mampu milik untuk didiami sahaja.

Hentikan gerakan membina rumah mewah yang tidak kena tempat dan masanya serta halang aktiviti jual-beli rumah semata-mata demi keuntungan.

Berilah peluang kepada anak-anak muda yang masih menyewa untuk membeli rumah pertama mereka berbanding lanun-lanun kaya yang hanya mahu menjadi lebih kaya.

Pinggiran B. Caves, Selangor

TERKINI!! KETUA PKR CABANG JERANTUT HARUAN MAKAN ANAK DARA!!!


Ekoran posting kami malam tadi, pasti ramai sudah boleh mengagak bahawa pemimpin pembangkang yang ditahan dan disiasat polis atas tuduhan sumbang mahram adalah calun PKR DUN Damak bagi PRU 2008, Muhammad Nur bin Jaafar.

Muhammad Nur adalah bekas Ketua PKR Cabang Jerantut yang telah keluar parti mengikut Zaid Ibrahim menubuhkan KITA. Dia kini adalah Ketua KITA cawangan Jerantut.Dia telah ditahan polis Jerantut pada Ogos 22hb, 2012 bersama anak lelakinya ekoran tuduhan merogol anak perempuannya sendiri.Ini ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh seorang jururawat sebuah hospital di luar negeri Pahang setelah mangsa melahirkan anak di sana.

Mangsa telah mengaku dirogol anak bapa sendiri pada tahun 2011 di rumahnya di Batu Balai.Suspek, yang merupakan abang kepada Dr Hamzah Jaafar yang dikatakan sebagai calun ahli Parlimen PAS bagi Jerantut, telah dilepaskan dari tahanan reman petang semalam, 28 Ogos 2012.Pihak Jabatan Sisatan Jenayah sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi mengesahkan suspek sebenar.

Sebarang tuduhan atau tarikh pertuduhan belum ditetapkan sehingga keputusan ujian diperolehi.Bila melibatkan DNA, adakah Muhammad Nur akan kononnya berprinsip macam Zaid Ibrahim yang berkata percaya Anwar mungkin bersalah dalam tuduhan sodomi terhadapnya? Kali ini, ia melibatkan dirinya dan bukan orang lain.

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 28, 2012

PENDUDUK SABAK BERNAM AKAN BENAM PAKATAN KE LUBANG NAJIS!!!


Kemarahan rakyat Selangor khususnya di Sabak Bernam semakin memuncak dengan pembatalan secara tiba-tiba oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas tanah yang telah dibayar premiumnya. Ingatkan jika bertukar kerajaan dapatlah tanah seperti yang pernah dijanjikan sebelum menang, tapi hampassss.....

Penduduk kawasan Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam begitu tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam yang telah membatalkan permohonan lesen sementara ke atas tanah yang pernah mereka pohon sebelum ini.

Setelah hampir 4 tahun memerintah negeri Selangor, bukan sahaja kerajaan pakatan di bawah pimpinan Khalid Gagap tidak menunaikan janji, malah telah membatalkan permohonan mereka dengan sewenang-wenangnya. Memang JANJI TAK PERNAH DITEPATI.

JB tidak menolak jika perkara ini akan turut menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional yang telah memberikan harapan kepada penduduk kampung terbabit. 90% pemohon yang memohon tanah tersebut adalah bangsa pribumi dan orang pertama yang meneroka kawasan terbabit tapi malang telah diambil dengan senang oleh kerajaan negeri.

Inikah KERAJAAN KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan??


#MERDEKA55 BAKAL CATAT SEJARAH DUNIA!!


Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 yang akan disambut pada 31 Ogos ini bakal mencatat sejarah melalui kempen untuk mengumpulkan seramai 10,000 pengguna twitter di Stadium Bukit Jalil bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kempen yang diwujudkan bertujuan mempromosikan penggunaan twitter kepada rakyat Malaysia ini turut disertai barisan artis popular tanah air dan mereka akan berusaha menghasilkan sebanyak 20,000 tweets dalam masa 1 jam.

Selain bakal mencatatkan rekod sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Paling Ramai' di dunia dan tweet paling banyak dalam masa 1 jam, pengguna twitter bertuah turut berpeluang membawa pulang sebuah Proton Preve dan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik.

Ayuh daftarkan akaun twitter anda di : http://twtupmerdeka.blogspot.com

JIKA NASHA DIPECAT MAKA PAS DALAM DUNIA KEGELAPAN BERSAMA DAP!!


Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Lagi cerita di SINI.

KHALID GAGAP DASAR PENIPU!! TIADA AIR PERCUMA UNTUK PENDUDUK SELANGOR!!


Selepas empat tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.

Semalam, satu demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Lagi berita di SINI.

NASHARUDIN MAT ISA BAKAL MANGSA KETAATAN PAS KEPADA DAP!!


Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

IKLAN: PROTON PREVE TAK LAKU???


Berita lanjut klik SINI.

ENAM CALON CINA DARI PAS BUKTI NIK AZIZ TOLAK DAP??


Penulis terpanggil dengan kesediaan kepimpinan PAS Pusat mengarahkan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU13 nanti.

Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. (Sumber: Harakahdaily)

Ini jelas membuktikan bahawa PAS bukan Parti Islam. Dengan membuka keahlian kepada orang-orang bukan Islam untuk bertanding di dalam PRU13 adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang PAS dokong selama ini. PAS bukan Parti Islam seperti yang didakwa.

Sekiranya PAS sebagi Parti Islam, tentu syarat menjadi ahli dan calon PAS kena terlebih dahulu mengucap dua kalimah shahadah, baru sah keahliannya dan baru layak dilantik sebagai calon untuk PRU13 di atas tiket PAS. Jika tidak, apa gunanya PAS mengekalkan nama Islam pada partinya?

Justeru, apabila PAS mencalonkan orang bukan Islam di dalam PRU13 mewakili PAS, apakah PAS bersedia untuk melantik pimpinan mereka yang terdiri daripada orang yang mensyirikkan Allah semata-mata kerana rakus untuk berkuasa? Apakah PAS yakin calon yang mereka pilih, sekiranya menang PRU13, akan memperjuangkan Islam?

Sekiranya PAS ingin bekerjasama dengan lain-lain parti sebagaimana yang telah lama dipraktikkan sekian lama oleh UMNO, tidak semestinya PAS membuka keahliannya kepada yang bukan Islam. Apatah lagi sehingga mencalonkan mereka di dalam PRU13 sebagai wakil PAS! PAS kini dilihat terdesak sehingga mengadai prinsip perjuangan mereka.

Penulis merasakan lebih baik sekiranya PAS bergabung sahaja dengan UMNO umtuk mempertahankan kedaulatan Islam dan mengelakkan Umat Islam dari terus berpecah belah dan saling bantu membantu di dalam melaksanakan kebajikan dan syariat Allah.

SIAPA PEMIMPIN POLITIK YANG 'BALUN' ANAK SENDIRI??


Terkejut juga bila mendapat berita yang ada seorang pemimpin politik dari pihak pembangkang ditangkap kerana merogol anak sendiri bawah umur. Wow! Mesti gempak ni kalau dapat tahu siapakah gerangannya tapi blogger Pahang masih menyimpan identiti kerana tidak mahu mengganggu kerja PDRM.

Jadi apa yang kita boleh buat adalah tunggu dan lihat. Pakatan akan musnah sebelum PRU13!!!

Sehingga petang tadi ppj dan blogger Laksamana Jebat menanti berita terkini dari balai polis tempat pemimpin kanan parti pembangkang di Negeri Pahang ini yang telah ditahan polis berhubung kes rogol anak bawah umur. 
Namun maklumat terperinci masih tidak dapat didedah kerana kertas siasatan masih dijalankan. Apa yang ppj dapat tahu petang tadi Pemimpin tersebut tidak mengaku memperkosa anak kandung beliau yang masih dibawah umur. Bukan sahaja mengandung malah telah melahirkan anak hasil perbuatan terkutuk itu. 
PPJ agak terkejut beruk. Mana taknya tertuduh merupakan pemimpin tertinggi pembangkang dan beliau merupakan bekas calon  dari sebuah parti pembangkang di negeri ini. Adik beradik pemimpin ini juga merupakan pemimpin besar parti pembangkang diperingkat nasional.  
Boleh dikatakan dikalangan keluarga ulamak besar.Kalau nak dedahkan 1 Malaysia kenal siapa pemimpin besar yang ppj maksudkan ini. Oleh kerana media masih tidak membenarkan berita ini tersebar maka ppj dan blogger laksamana Jebat terpaksa rahsia nama tertuduh dan adik beradik dan saudara tertuduh.
Sumber 

GEMPAR!! RAHSIA CHEGU BARD-BEE SUDAH TERSEBAR!!


Ewah- ewah, seronok benar PM lihat penjilat pakatan menghentam majlis rumah terbuka anjuran DS Najib yang berlangsung di Pekan, Pahang semalam. Sampaikan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk setiap hadirin yang memeriahkan majlis turut dijadikan isu. (KLIK SINI)


Sakit benar hati totok penjilat pakatan apabila melihat rakyat meraih sedikit sumbangan dari kepimpinan tertinggi negara. Sungguhpun sumbangan tersebut hanyalah sekelumit, ia terus dihentam kerana dilihat seakan barah yang berupaya untuk merebak dan berupaya meraih sokongan tambahan dari rakyat terhadap UMNO/BN untuk menolak PR pada PRU13 nanti.


Setidak- tidaknya kehadiran pengunjung yang mencecah 80,000 orang itu tidak langsung dijanjikan dengan sebarang insentif sejak dari awal jemputan dibuat. Ini membuktikan bahawa kehadiran sebegitu ramai rakyat pada majlis tersebut bukanlah atas dasar mengharapkan insentif, sebaliknya menzahirkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin besar negara.

Benar kata pepatah orang lama, "Hanya Pelanduk Yang Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Akan Melupakan Pelanduk".

Isu yang cuba dimainkan blogger totok penjilat tegar itu ternyata memakan diri apabila kain rentang SAMM seperti yang pernah didedahkan sahabat Anak Seberang (KLIK SINI) sendiri menawarkan sebanyak 3000 cenderahati kepada pengunjung terawal majlis anjuran mereka.


Untuk makluman blogger penjilat punggung Anwar tersebut, ingin PM nasihatkan agar belek habis- habisan dalam kain sendiri terlebih dahulu sebelum pandai- pandai nak selak kain orang lain.

Untuk makluman lagi, majlis rumah terbuka DS Najib di Pekan, Pahang langsung tidak mengiklankan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk meraih sehingga 80,000 kehadiran.

PM nak jugak tengok nanti macamana lah pulak agaknya ye sambutan majlis anjuran SAMM Pusat ni, pengunjung awal- awal lagi cuba disogok dengan 3000 cenderahati.. Risau tak dapat sambutan agaknya ye? 

Persoalannya, mampu ke kehadiran ke majlis itu nanti menandingi majlis DS Najib? Al maklumlah kan ada 3000 cenderahati..

Oppsss... pandai- pandai je PM cabar kan.. Nanti tak pasal- pasal berduyun- duyun yang di import masuk dari luar.

Hehehe.. tapi jangan risaulah, kalau ada gambar yang keluar nanti, PM pasti dapat kenalpasti samada yang menghadiri majlis tu adalah penduduk setempat atau sebaliknya..

Adios!!!

ZAHID HAMIDI PERSOALKAN 85% JANJI PAKATAN!!


Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya. 

Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.

"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi. 

#Petikan Utusan Malaysia

HOT!! MINAH NI SANGGUP BOGEL SEBAB NAK JADI ARTIS YOUTUBE!!




Kite berhari raya riang ria dan saling bermaaf-maafan,ni yang sorang minah ni sibuk duk upload video yang entah pape. Minah ni buat calar imej Melayu dan hari raya kita lah. Minah ni jugak mase nak abis lagu ni die membuka baju dan menayangkannya iatu k****k.

Apa nak jadi la budak zaman sekarang.hilang maruah Melayu kalu buat camni. Kita ni jgn lah terikut sangat budaya barat dan "k-pop" ni.kita bangga dengan seni budaya kita sudah lah. 

Akhir kata,mintak2 lah minah ni berubah.

Monday, August 27, 2012

PEMBERIAN AIR PERCUMA MELEMAKKAN RAKYAT SELANGOR!!


Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya kepada Bernama.

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran: "Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak,"

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu.

"Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita," katanya.

Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya. 

Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah 'kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air'.

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," katanya.

Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar," katanya.

#Petikan : Berita Harian

KADIAQ SUDAH BUAT U-TURN MINTA NYAWA PADA TUN M!!!


Ahh.. kecoh bila Kadiaq pi beraya ke rumah Ayahanda Tun Dr Mahathir. Pelik betui la Kadiaq ni.. bila ceramah maki UMNO bagai nak rak. Namun bila raya boleh pulak dia mai tunjuk muka. Sebenarnya banyak yang Mc tau pasal Kadiaq ni.

Baru-baru ni Mc ada berjumpa dengan bekas orang kuat Kadiaq di Kulim Bandar Baharu. Kiranya dia ni punya rapat umpama tangan sebelah kanan Kadiaq la. Namun bila Kadiaq keluar UMNO dan sokong parti pembangkang, dia tak ikut, sebab hatinya tetap pada UMNO. 

Apa yang baguihnya Kadiaq ni ialah, bila dia dah keluar dari UMNO, penyokong dan pengikutnya di Kulim Bandar Baharu ni langsung tak ikut dia. Mereka tetap dengan UMNO, malah Kadiaq menyuruh pengikutnya ini menyokong adiknya pula si Datuk Aziz, Ketua Bahagian UMNO Kulim Bandar Baharu.

Haa.. tentu pembaca pelik kan dengan Kadiaq ni.. atas pentas dia maki UMNO, tapi dibelakang, nampak wajahnya ada sedikit lain.

Dulu ada dengar-dengar Kadiaq nak bertanding di parlimen Kulim Bandar Baharu. Kalau dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu kemungkinan besar dia akan berhadapan dengan adiknya Aziz. Keinginannya itu, telah dibantah keras oleh bekas penyokong-penyokongnya dulu. Jadi Kadiaq pun membatalkan hasrat untuk menjadi calon di Kulim Bandar Baharu.

Selepas pada itu, Kadiaq terus menyepi.. dengar kata puak Pakatan pun tak berapa nak layan dia lagi. Alaa.. Kadiaq ni bukan ada pengaruh pun.. habis Anwar pakai dia, sampai masa kena buang jugak la nanti. Semua orang tahu memang itu perangai Anwar. he he.. 

CERITA LANJUT DI SINI.

PANAS!! UNIT AMAL PAS STAND-BY COTA KETIKA CERAMAH!!!

Pergh! Gerun beb tengok Unit Amal PAS sekarang yang elok berkopiah berserban tapi belakang simpan cota dalam poket seluar. Rasanya standby nak pukul perisik-perisik UMNO kot mana tau ada yang terlepas masuk dalam ceramah tersebut.

Tak dikhabarkan di mana gambar ini dirakam namun yang pasti kita sudah sedia maklum yang Unit Amal PAS adalah samseng sebenar dalam politik. Boleh lihat bukti bergambar seterusnya.

Gambar ini pula dirakam di Stadium Kuala Selangor semasa Ceramah Pakatan di sana. JB ada ditempat kejadian dan sudi menjadi saksi utama jika ada yang ingin bertanya. Pemuda ini cedera teruk dikepala dan telinga akibat dari pukulan Unit Amal PAS yang bertindak agresif.

Siapa yang berlagak samseng sekarang? Fikirkan.

ZUHUD CARA PAS!! AZHAR IDRUS BELI FERRARI GUNA DUIT CERAMAH!!


PANAS!! CERAMAH NG SUEE LIM PASAL UDANG KOSONG!!!

Malam tadi telah berlangsungnya sambutan majlis hari raya di Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor yang menampilkan YB Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sambutan yang amat menggalakkan diterima dan tahniah kepada DAP sebagai pihak penganjur yang memenuhkan khemah dengan barisan kerusi kosong. KERUSI KOSONG!

Konon Celeng Sekinchan ni nak fitnah DS Noh Omar pasal kolam udang yang diceritakan tapi sayang yang datang semua tak nak jadi otak udang macam YB tu. 

Maka dapat dilihat yang rakyat Selangor sudah muak dengan penipuan pakatan terutama DAP.

SURAT TERBUKA UNTUK PUCUK PIMPINAN PAS!! WAJIB BACA!!



Sulaiman Bin Abdullah,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan

22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Tuan,
Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.

Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1. ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?


2. ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?


3. MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

4. MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.

5. MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.

6. CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.

7. MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

8. KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?

9. APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

1. Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.

Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10. SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.


Sulaiman Bin Abdullah

PAKATAN SELANGOR PENIPU!! MANA ADA AIR PERCUMA DI RUMAH FLAT!!


Kenyataan akhbar

Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma

KUALA LUMPUR –  Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: “Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya.”

Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama ‘menanam tebu di bibir’.

Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya  selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’.

Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.

Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan  menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Kerajaan negeri Selangor  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
25 Ogos 2012

GADIS DIROGOL KETIKA BALIK KELAS TUISYEN!!


SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.

Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.

"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.

"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.

Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan. - SUMBER

Sunday, August 26, 2012

AZIZAN TAK HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA SENDIRI SEBAB NAZAK??

Kesian JB tengok pemimpin pakatan ni terutama PAS yang kerja terlalu kuat untuk masuk duit poket sendiri dan kroni sampai masuk hospital. Hari tu Nik Aziz masuk hospital sebab dah terlalu tua nak buat kerja jadi disarankan masuk hospital untuk berehat. Kali ni Azizan Razak pulak dikhabarkan masuk hospital kerana sebab yang sama.

Sampaikan buat majlis rumah terbuka tapi orang rumah tak ada. Apa cerita ni?