Konco-konco ku

Friday, March 30, 2012

DALAM SEJARAH! HARGA SEWA RUANG PEJABAT RM10,000???


KENYATAAN MEDIA


ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS

1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.

2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.

3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.

4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.

6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.

7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?

8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

PTPTN AKAN DIMANSUHKAN! YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG SDN. BHD.!


Sebab ni la yang JawaBernam tekankan dekat semua yang mahasiswa sekarang ini bukan nak belajar pun, asyik sangat nak berpolitik tak kena tempat. JB cakap bukan sebab dengki tak dapat duit PTPTN tapi korang ni semua sepatutnya fikir lebih matang lah. Dah kata pun budak U, jadi tunjuklah perangai matang sikit. 

Ko nak buat demo semata-mata desak kerajaan mansuhkan PTPTN. Nampak sangatlah SMM ni BODOH! Nampak sangat yang korang semua tak dapat kerja lagi sebab sibuk sangat dengan politik kotor korang. Sampai terbawa-bawa dalam U apa kes?? Ada otak pakai la yop...

Dulu sebelum dapat duit PTPTN korang sanggup tandatangan se-bundle surat perjanjian pembayaran balik duit pinjaman. Korang sanggup pergi cari orang sana, orang sini nak minta sokongan dengan cop bagi cepat sikit dapat duit. Walaupun family korang dari orang senang, ada kereta masing-masing walau kancil tapi still nak minta PTPTN kata tak cukup duit. Padahal duit PTPTN tu korang bawak pergi melancong.

Mahasiswa yang betul-betul susah ni korang tak jenguk pun, tak tanya pun dapat ke tak. Yela, rumah dah la jauh, nak bergerak cari tandatangan sana sini tak ada transport, nak beli setem hasil pun tak mampu kot, sampaikan duit PTPTN tu bagi kat mak bapak dorang kat kampung untuk belanja adik-adik depa. Korang ada fikir tu semua?

Nak tanya kat SMM ni semua. Korang semua ni betul ke belajar? Berapa pointer korang agak-agaknya bila dah habis nanti? 1st class? 2nd class upper? 2nd class lower? 3rd class? atau tak ada class? 

JB akui yang PTPTN ni memang membebankan time kita tak dapat kerja. Tiba-tiba surat dah sampai suruh bayar tiap bulan. Tapi dah adat berhutang, kena la kerja lebih sikit nak bayar hutang. Dan JB pun akui yang zaman sekarang ni bukan senang nak dapat kerja yang kita suka. Jadi, kalau dapat kerja tu janganlah memilih, asal ada income masuk tiap bulan cukup. Mungkin belum sampai rezeki kita lagi.

JB bercakap berdasarkan pengalaman JB. Kalau ada yang tak puas hati dengan penerangan JB ni boleh komen kat bawah. InsyaAllah JB akan jawab jika soalan relevan. Fikirkan apa yang JB sampaikan ni.

****************************
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menetapkan 14 April depan untuk mengadakan himpunan bgi menuntut memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang pada sidang medianya di Kuala Lumpur berkata pihaknya mensasarkan 5,000 mahasiswa termasuk mereka yang menjadi 'mangsa' hutang PTPTN akan berhimpun di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang pada tarikh berkenaan. 
Sebelum ini, Pakatan Rakyat berikrar akan memansuhkan pembiayaan PTPTN jika ia berkuasa di Putraya tetapi sehingga hari ini belum memasukkan perkara itu dalam Buku Jingga.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan.
Ini kerana kerajaan terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.-AntaraPos

ANALISA DR.M, BN AKAN MENANG BESAR PRU-13!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada keputusan kali ini akan lebih baik berbanding keputusan 2008.

'Kita sukar untuk meramalkan kerana situasi sekarang tidak seperti sebelum ini yang BN boleh menang dengan selesa pada pilihan raya umum.

''Tetapi saya yakin BN boleh menang tetapi adakah ia lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 atau memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu persoalan yang sukar untuk diramalkan," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Putrajaya, semalam.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin meramalkan bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya lagi.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya.

Menurut Dr Mahathir situasi hari ini, sukar diramalkan kerana wujudnya pelbagai analisis sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, ada sesetengah pihak menyatakan sokongan terhadap BN telah meningkat manakala di sebelah lain pula kata ada banyak rungutan terhadap BN.

Daim, yang juga bekas bendahari Umno pada tahun 2008 telah meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum ke-12 dan perkara itu menjadi kenyataan.

Ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau baru-baru ini, beliau mengakui  kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

WOW! ANTI-LYNAS TERIMA DANA ASING DARI NEGARA SANJUNGAN DAP!!!


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmahan dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersebut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jika dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen dan bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuda tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal lagi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

TUDUHAN NALLA KEPADA BAPAK BISEKSUAL BERASAS!!


Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.
Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.

Thursday, March 29, 2012

KHALID SARANKAN KITA GUNA AIR LOPAK PASIR DAN TELAGA HADAPI KRISIS AIR 2014!

Krisis air 2014 seperti tidak diendahkan oleh MB pakatan setan, Khalid Gagap. Lupakanlah persengketan politik antara korang. Tolonglah setelkan dulu Loji Air Langat 2. Semakin lama JB rasa makin tak selamat duduk kat selangor ni dengan macam-macam masalah yang mula ditimbulkan sejak 2008.

Rawat sebelum parah. JB nak ingatkan kepada kerajaan Selangor pakatan yang JB pernah rasa mandi kat telaga ni. JB ok je sebab duduk kat kampung ni memang dah biasa berkubang mandi air parit atau sungai. Takut yang dok bandar tu tak tau nak mandi, masak, basuh macam mane. Tak kan nak korek telaga tengah-tengah jalan konkrit kot. 

Dan kalau betul nak buat telaga kat bandar, tak kan orang-orang bandar nak mandi berkemban kan macam kat kampung. Macam mane pulak yang duduk rumah kondo yang tinggi 20 tingkat tu? Nak buat telaga kat mana? Tadah air hujan?

Stop the political fighting. Buat lah kerja sepertimana yang diamanahkan oleh rakyat Selangor. Walaupun banyak janji yang tak tertunai, at least buatlah satu kebaikan sebelum berundur.

SAH!! DAP YANG CONTROL SELANGOR. PKR JADI KUDA, PAS JADI KELDAI.


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”. 
“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

CINTA MONYET ANWAR DAN AZIZAH LEBIH SUCI DARI CINTA TAJ MAHAL


Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.

Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.

Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

PENGUMUMAN PENTING!! MINTA PEMOHON BR1M SEMAK SEMULA PERMOHONAN.

Menyampaikan pesan salah seorang sahabat JB. 

Walaupun tempoh permohonan BR1M telah ditutup tetapi kepada mana-mana individu yang masih tidak mendapat surat jawapan dari LHDN, minta mereka datang ke mana-mana pejabat LHDN atau ICU untuk menyemak kembali borang permohonan samada yang permohonan asal atau pun rayuan.

Dikhabarkan ada lebih dari 60,000 surat maklum balas yang dikeluarkan oleh pihak BR1M kepada pemohon telah kembali semula kepada mereka. Ini bermakna, alamat tidak lengkap atau alamat, DUN, Parlimen adalah berlainan dari nama pemohon menyebabkan kesukaran abang posmen mencari rumah individu pemohon.

Setiap surat yang dikeluarkan ada menyatakan samada pemohon layak atau pun tidak. Mana-mana Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang bertanggungjawab terhadap bantuan ini tolong individu yang terbabit khususnya orang-orang kampung dan warga emas yang tidak mendapat maklumat ini.

Tarikh tutup untuk rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah pada 30Mac2012 bersamaan Jumaat ini. Jadi diminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan menghebah-hebahkan makluman ini kepada semua. 

Segala pertanyaan boleh rujuk kepada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, Pejabat ICU, Pejabat LHDN seluruh negara. Kita takut ada yang tercicir dan mula hendak salahkan kerajaan. 

WOW!! KM MELAKA BENGANG DENGAN CHINADOLL PAKATAN!!

Fitnah yang dilemparkan pakatan kepada KM Melaka yang mendakwa YB dari BN Melaka adalah orang yang ditangkap semasa serbuan di salah sebuah pusat hiburan malam beberapa hari lalu telah menaikkan darah DS Ali Rustam. 

Laporan terbaru tentang kes yang memalukan ini diperkatakan oleh KM Melaka ini :


KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu. 
Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu. 
"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat. 
"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.

PANAS!! NALLA CABAR ANWAR DAN AZMIN DEDAH SIAPA SHAMSIDAR SEBENAR??

“Saya akan dedahkan segala-galanya, malah ahli keluarga akan turut sama turun padang. Saya berani kata, ada hubungan seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Saya pergi mengintai Dato Nalla pada 30 Jun 1997, saya rakamkan segala-galanya. Saya cabar Azmin, Anwar dan Shamsidar saman saya” - Ummi Hafilda
Bekas kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nallakaruppan meneruskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang biseksual dan tidak layak menjadi Perdana Menteri ataupun seorang pemimpin kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin sebab utama Anwar menyamannya ialah kenyataannya sebelum ini bahawa di dalam perlembagaan, tiada peruntukan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang.

“Saya tetap dengan pendirian saya, bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang, bukan di Negara ini tempatnya. Ini prinsip saya, prinsip yang tetap saya pegang walaupun saya disaman RM500 juta sekalipun.

Saya tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu, apatah lagi menerimanya sebagai pemimpin kepada masyarakat,” ujarnya kepada pemberita mengulas mengenai saman Anwar Ibrahim terhadapnya.

Selain Datuk Nalla, antara pemimpin PKR dan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang bersama dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Gobalakrisnan, Anuar Shari, Zahid Mat Arip, Ruslam Kassim dan Ummi Hafilda Ali, adik kandung Azmin Ali. 

Wednesday, March 28, 2012

WORKSHOP ON YOUTH LEADERSHIP IN THE NEW MILLENIUM - KBS


Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan Workshop on Youth Leadership in the New Millenium selama lima hari bermula 19 Mac lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KBS, Senator Gan Ping Sieu.

Bengkel kepimpinan itu bertemakan Every Youth Is A Leader turut mendapat kerjasama dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kerjasama Belia Asean (CAYC).

Program tersebut melibatkan seramai 50 pemimpin belia dari 15 negara termasuk Malaysia, Bangladesh, Brunei, Jerman, India, Indonesia, Maldives, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Vietnam, dan Yaman.

Ia bertujuan untuk memeriksa implikasi pendekatan kepimpinan semasa dalam era baru masa kini.

Ping Sieu menegaskan bahawa dunia telah berkembang maju dari era abad ke-20 kepada era abad ke-21 dan senario tidak lagi sama.

“Golongan belia ialah warganegara yang perlu berubah dan berkembang untuk terus bersaing dalam era baru ini,” katanya semasa pelancaran majlis itu di Cheras, baru-baru ini.

Menurutnya, populasi belia yang berumur di antara 15 tahun hingga 40 tahun pada masa ini berada di tahap 42.5 peratus dan dijangkakan akan berada pada tahap 46 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Memandangkan golongan ini menjadi satu entiti yang amat penting, cabaran paling getir untuk pemimpin belia ialah bagaimana untuk mengharungi idealisme belia dan mengimbangkan ia dengan dunia sebenar,” katanya.

Beliau juga berharap golongan belia berada di landasan yang betul sebagai usaha mencipta impak positif ke atas masyarakat serantau era masa kini.

TEMPE PANAS!! VIDEO SAMSENG PAKATAN MULA TERSEBAR. MADE IN KUALA SELANGOR!!


Ini sikit kronologi tempat kejadian...

Pakatan Haram Jadah ni memang menggunakan method SAMSENG dalam menguruskan konflik politik mereka !

Pada hari Ahad yang lepas, puak-puak Pakatan Haram ni menganjurkan Karnival Terima Kasih Rakyat dan pada malam hari nya berlangsung Rapat Rakyat. 

Antara yang hadir dan memberikan ceramah adalah Khalid, Hadi, Kit Siang, Wan Azizah dan Anwar.

Seperti biasa, intipati ceramah bukanlah untuk rakyat tetapi lebih kepada ceramah politik dan berunsur fitnah.

Dari maklumat yang aku dapat, peniaga yang berniaga di Karnival tersebut menggunakan sistem kupon. 

Bila laris jualan, maka banyak la kupon. Ada seorang peniaga bazar di karnival ni memberitahu bahawa dia tidak dapat menukarkan kupon berkenaan.

Aik... peniaga tapak bazar pun korang nak tipu. Tak cukup ke korang menipu rakyat selama ni. Tamak tul la korang ni.

Perkara agak panas berlaku bila Lim Kit Siang (Ikon 13 May) mula berucap. 

Maklumlah, ucapan dari manusia jahanam yang anti kepada Islam dan Melayu ni membuatkan anak muda dari Kuala Selangor berang dan menyatakan protes !

Hampir 30 orang anak muda dari Kuala Selangor yang berada di luar pagar menyatakan protes dengan menjerit bersama kain rentang dan manila kad.

Oleh kerana Program Rapat Rakyat berkenaan bukan lah bertujuan untuk rakyat tetapi sebenarnya hanyalah untuk penyokong Pakatan Haram Jadah, Agen Yahudi, Zionis dan Komunis.

Maka, suara rakyat tidak diendahkan. 

Hak kebabasan bersuara rakyat dari Belia Wawasan ini dinafikan.

Anak-anak muda Belia Wawasan ini dibaling botol, batu dan objek lain. 

Tengok je la video di atas tu.

Apabila pelbagai objek dibaling dari dalam stadium kearah mereka yang berada diluar pagar Stadium, beberapa anak muda ini lari kerana bimbangkan keselamatan mereka apabila yang mengetuai mereka dikenali sebagai Amirul, menyuruh sahabat belianya untuk berundur kerana melihat ketidakwarasan puak-puak BABI ini.

Mereka meninggalkan tempat berkenaan berperingkat. 

Tetapi Amirul tidak meninggalkan tempat berkenaan walaupun telah ditolak pergi oleh seorang sahabatnya dari puak-puak hilang akal berkenaan.

Anak muda berani dan bertanggungjawab terhadap sahabat yang lain ini telah dibelasah dari luar kawasan Stadium dan diheret masuk hingga kedalam Stadium.

Dia dibelasah teruk oleh puak-puak BABI pakatan haram jadah ini yang seolahnya seperti mabuk todi.

Aku berada di tempat kejadian dari sebelum kumpulan anak muda ini tiba, hinggalah di separuh ucapan Anwar dan kemudian aku turut ke IPD dan juga Hospital Tanjung Karang dan kembali semula ke IPD.

Tunggu video seterusnya...

Jadi, rakyat perlu memikirkan sebaik-baiknya, budaya samseng yang dibawa oleh puak-puak pakatan haram jadah ini !

INIKAH MASA DEPAN ANAK BANGSA (TAK KIRA LAH BANGSA APA PUN) YANG KITA MAHUKAN ?

Jika ini kemahuannya, jangan salahkan polis kalau kadar jenayah di Malaysia meningkat kerana minda masyarakat telah berjaya di "convert" pakatan haram jadah menjadi minda BINATANG !!!

YB SALLEH MAN RAKAN BAIK UMNO PERMATANG PAUH!!



Foto-foto itu menunjukkan Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri kelihatan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir, Anwar Ibrahim pernah berjanji kepada penduduk setempat bahawa Salleh Man akan dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tetapi seperti biasa, Anwar Ibrahim telah membohongi rakyat Permatang Pasir dan Salleh Man tidak dilantik sebagai YDP MAIPP.

Malah, Lim Guan Eng DAP tidak memberi ruang sedikit pun kepada Salleh Man di dalam Exco kerajaan DAP Pulau Pinang padahal pakatan haram pembangkang sering melaung-laungkan solidariti sesama mereka.

Konsep seolah-olah tidak memperdulikan kawan yang ditunjukkan oleh Guan Eng DAP merangkap kroni tegar Kit Siang itu jauh berbeza dengan persefahaman yang ditunjukkan oleh kerajaan BN sebelum beliau.

Sumber: EmpayarPemuda

AIYA APEK! LU MANA MAU SPIN LAGI? ITU LUBANG SUDAH BAU BUSUK!

Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim mengalami malu yang amat sangat, bila tersalah hantar SMS kepada ADUN Bebas Gombak Setia Dato' Dr Hasan Ali yang sepatutnya hanya kepada exco-exco Selangor yang berbunyi,

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacob is doing now."
Hal ini mendorong kepada tindakan keluar dewan oleh ADUN-ADUN BN kerana beranggapan ia adalah bias.

Dengan selamba Teng kontrol malu dan menganggap perbuatannya adalah tidak salah...


HASAN ALI DEDAHKAN PENYELEWENGAN KHALID GAGAP!!



PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.

Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.

Tuesday, March 27, 2012

EKSPRESI WAJAH-WAJAH WANITA............












SEKIAN. TERIMA KASIH KERANA MENONTON...

INFO: 10 MAFIA TERKENAL DI DUNIA

Mungkin anda pernah atau bahkan sering mendengar perkataan mafia? kemampuan mereka dalam mengatur organisasi secara rapi menjadikan mereka sebagai organisasi jenayah paling ditakuti walau dimana sekali pun mereka berada. Dibawah ini beberapa organisasi mafia yang patut kita berhati-hati...

1.Jamaican-British Yadies
2.The Albanian Mafia
3.The Serbian Mafia
4.Israeli Mafia
5.Mexican Mafia
6.Japanese Yakuza
7.Chinese Triads
8.Colombian Drug Cartels
9.Russian Mafia
10.Pakatan Gangster Rules

KERAJAAN PAKATAN CELAKA! RAMPAS TANAH UMPAMA ISRAEL-ZIONIS!


KUALA SELANGOR 24 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta 25 peserta Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Taman Agroteknologi Bestari Jaya di sini supaya bertahan dan tidak mengosongkan tanah pertanian tersebut seperti diarahkan oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, pihak kementerian akan menyediakan khidmat guaman bagi membela nasib mereka yang telah dianiaya selepas diberi notis untuk mengosongkan tanah pertanian itu bermula 14 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya akan membela nasib para peserta TKPM kerana mereka tertakluk kepada perjanjian persefahaman yang dibuat antara Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri pada 2000.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, mereka juga perlu mendapat pembelaan kerana telah membuat pelaburan besar untuk mengusahakan tanah seluas 141.6 hektar tersebut sejak 12 tahun lalu dan perlu melunaskan pinjaman bank.

"Sejak 2000, kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri telah membantu 25 peserta ini sehingga berjaya mengeluarkan hasil berjumlah RM25.3 juta dan mereka juga merupakan antara pembekal bahan pertanian di Lembah Klang.

"Tetapi apabila kerajaan negeri bertukar pemerintah, mereka sewenang-wenangnya mahu merampas tanah tersebut sedangkan ia telah diusahakan dengan susah payah.

"Kita akui tanah itu milik kerajaan negeri, tetapi kenapa bertindak kejam dan tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh pemerintah terdahulu semata-mata untuk kepentingan politik. Dahulu mereka kata kita lintah, tapi mereka dah macam drakula," katanya dengan nada sinis.

Noh berharap, kerajaan negeri mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan peserta TKPM sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sementara itu, saya minta semua peserta agar bertahan dan jangan kosongkan tanah dahulu," katanya.

Hari ini, seramai 25 peserta TKPM di Taman Agroteknologi Bestari Jaya membantah hasrat kerajaan negeri untuk merampas tanah yang pertanian yang diusahakan mereka sejak 12 tahun lalu.

Bagi menyuarakan bantahan tersebut, lebih 100 orang termasuk peserta TKPM, keluarga dan pekerja mereka mengadakan demonstrasi aman selama sejam di laluan masuk ke kawasan berkenaan bermula pukul 10.30 pagi.


NEW CHINA-DOLL MADE IN SERDANG!!!


CYBERJAYA: Anggota Parlimen kawasan Serdang Teo Nie Ching (DAP) pada Isnin membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya.

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 malam dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.

Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita itu bertajuk 'Anwar Tidak Bermoral' dan 'Anwar Pembohong' Teo berharap SKMM akan segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit agar MMS seperti itu tidak tersebar dalam kalangan masyarakat. -BERNAMA

TUNTUTAN RASIS DAN MENGARUT DONG ZONG!!!


Kita mula melihat bagai ada sesuatu yang lebih dalam sifat Dong Zhong dari sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik.    Dong Zhong seolah-olah satu ‘agama’ di mana kaum Cina hanya akan menurut setiap rentak yang dimainkan mereka tanpa berfikir dua kali mengenai kerasionalan ataupun akibat darinya. 

Dengan bantahan terbaru Dong Zhong, kaum Cina tidak lagi boleh menafikan bahawa Dong Zhong atau diri mereka sendiri, majoritinya, adalah bersifat rasis tegar.

Tidak ada sebuah pertubuhan pun yang menjadikan pemisahan antara kaum di sekolah sebagai matlamat utama, selain pertubuhan Dong Zhong. 

Dan bagi melonjakkan pemisahan kaum ini ke tahap yang lebih tinggi, Dong Zhong sekarang mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Cina.  Dalam ertikata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin.  

Dong Zhong tetap mengemukakan bantahan ini walaupun mereka tahu bahawa tidak ramai kaum Cina yang berminat menjadi guru yang mana menjadikannya mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka. .

Justeru, apakah motif sebenar di sebalik drama protes ini sehingga menyebabkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, diserang?

Apakah Dong Zhong sengaja mengenakan tekanan tanpa sebab terhadap kerajaan kerana ingin mendemonstrasi kuasa mereka – ala kongsi gelap Cina?

Kenapakah Dong Zhong merasakan yang sekolah Cina berhak menerima layanan istimewa atau diberikan keutamaan yang tidak dinikmati oleh Sekolah Tamil mahupun sekolah Agama?   Bukan semua guru-guru di sekolah Tamil fasih berbahasa Tamil, terutamanya guru yang mengajar Bahasa Kebangsaan.  Dan bukan semua guru sekolah agama boleh bertutur bahasa Arab dengan lancar. 

Jadi, kenapakah Sekolah Cina perlu lebih istimewa dari yang lain?

Lebih dari itu, Dong Zhong juga sedia maklum bahawa terdapat 60,000 murid-murid bukan Cina di sekolah Cina.  Ramai di antara mereka adalah kaum Melayu dan beragama Islam.  Memandangkan sekolah Cina juga tertakluk kepada silabus dan peperiksaan Malaysia, guru-guru agama telah dihantar untuk mengajar matapelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah ini.  Andainya kerajaan tunduk kepada tuntutan Dong Zhong, di manakah kita boleh mencari beberapa kerat Ustaz dan Ustazah yang fasih berbahasa Mandarin untuk dihantar ke sekolah Cina?

Atau, apakah ini cara licik Dong Zhong untuk ‘membuang’ murid-murid bukan Cina dari sekolah Cina?

Jelas sekali yang Dong Zhong sebenarnya enggan ada kena mengena langsung dengan kaum-kaum lain di Malaysia.  

Sekolah hanyalah sebahagian dari keseluruhan agenda rasis mereka.  Agenda yang lebih besar ialah memastikan tiada kaum lain diambil bekerja atau diberi peluang dalam sektor ekonomi yang didominasi kaum Cina. Untuk ini, mereka meletakkan Bahasa Mandarin sebagai keperluan utama dalam iklan-iklan kerja yang ditawarkan. 

Berdasarkan semua perkembangan ini, bukanlah satu kesalahan jika menyatakan bahawa matlamat utama Dong Zhong ialah untuk ‘merombak’ Malaysia dengan memadamkan kesan-kesan kaum lain, terutamanya kaum asal, dan mendakwa bahawa negara ini adalah hak mereka sepenuhnya dengan kaum mereka menjadi tuan dan kaum lain sebagai hamba. 

Jika Dong Zhong meneruskan tuntutan rasis dan tidak masuk akal mereka, kita hanya boleh menyarankan agar semua sekolah-sekolah Cina diswastakan sahaja.  Dong Zhong tidak sepatutnya meminta lebih sumbangan dan peruntukan dari kerajaan sedangkan di masa yang sama mereka membakulsampahkan segala kebaikan dan jasa kerajaan terhadap mereka. Sedangkan, membenarkan kaum Cina dan kaum-kaum lain mempunyai sekolah berasingan adalah amalan luar biasa bagi sesebuah negara, di mana dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertoleransi dan ikhlas.  Meminta lebih dari itu, adalah jelas bersikap tamak dan jahat.  

Kita hanya boleh bertanya kenapakah terlalu mendalam kebencian Dong Zhong terhadap kaum lain?  Kenapa mereka enggan bercampur gaul dan hidup bersama dalam harmoni?

Malangnya, penulis tiada jawapan untuk soalan itu.  Mungkin, ia disebabkan darah komunis yang mengalir dalam tubuh mereka. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...