Konco-konco ku

Sunday, October 31, 2010

SOKONG KATA SENATOR EZAM - PKR (PARTI SYAITAN)

Salam..Semalam Yong ada pergi satu majlis yang mulia mendengar ceramah yang indah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan yang prihatin. Terima kasih kepada YB Noriah, YB Dr. Khir, YB Lee (Subang) dan tidak lupa YB Senator Ezam.  

PKR (Parti Syaitan), ya itulah yang Ezam kate semalam berkenan dengan bekas partinya dahulu. Bukan Yong yang cakap, Ezam bekas orang kanan Anwar yang cakap.  Ini membuktikan dan mengukuhkan lagi pandangan kita terhadap parti haram ini. Ia merupakan parti yang mementingkan diri sendiri serta parti keluarga sama dengan DAP.  Yong bukan nak memburukkan lagi keadaan yang ada, Yong nak anak muda sentiasa berfikir, Yong tak cakap Yong betul sebab dengar dari sebelah pihak saja. Tapi bukti yang jelas terang lagi nyata dikaburkan oleh Anwar dengan pelbagai sentimen yang tidak masuk akal dan dengan muka kasihan yang dibuat-buat, dia mendapat undi dari golongan muda yang buta hati dan akal.  Perjuangan keadilan untuk menidakkan yang haq dan membenarkan yang batil. Itulah Anwar Ibrahim. 

Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) - Mereka ini ada agenda tersembunyi yang penyokong yang buta ini tidak tahu. Biarlah Yong yang beritahu mengenai PERJANJIAN SYAITAN antara tiga parti pembangkang ini.  Dan seperti biasa Anwar dari PKR menjadi orang tengah antara dua parti yang bermusuh iaitu PAS dan DAP.  Kepada PAS Anwar berjanji akan menyokong penubuhan negara Islam, kepada DAP Anwar berjanji tidak akan ada negara Islam. Kecerdikan Anwar Al-Juburi nampak disitu untuk mendapat sokongan dari ulama' politik dan kafir harbi.  

Soalan Yong tentang mengapa Karpal Singh bersungguh-sungguh menolong mempertahankan Anwar sudah terjawab malam tadi. Ezam berkata kepada semua bahawa Anwar juga telah membuat perjanjian dengan Karpal, Lim Kit jika benar Anwar menjadi Perdana Menteri, maka akan diberikan Penang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan kepada parti DAP untuk mentadbir.  Sebab itulah Karpal walaupun sudah cacat sanggup berkerusi roda kemana saja untuk mempertahankan Anwar ini. Mereka telah termakan janji palsu Anwar yang lebih putar belit dari kaum india.  

Dakwaan di mahkamah berkenaan kes Anwar meliwat Saiful semuanya adalah benar kerana Ezam telah bertemu dengan Saiful terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis meminta pandangan bekas orang kanan Anwar yang paling berani menentang Anwar.  Kenapa Anwar tak berani saman Ezam? Persoalan yang timbul apabila diajukan soalan sedemikian rupa, ada sesuatu yang ditakuti Anwar, iaitu dia takut Ezam akan membongkarkan setiap perlakuan dia kepada umum. Namun Ezam tetap bongkar juga sebab Anwar sudah melampau hingga sanggup memfitnah Najib. Sebab itulah Ezam sanggup menjelajah keserata negara kerana ingin memberitahu kepada umum tentang niat jahat Anwar yang tidak akan kesampaian.

Sampai di sini sahaja tulisan Yong. Yong nak buat Research : )

~WaKd0b~

Thursday, October 28, 2010

Sejarah Wajib Lulus

 Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca sekalian. Hari ini Yong nak rungkai sikit pasal subjek sejarah yang dahulunya Yong agak takut juga sebab subjek ini memerlukan ketekunan yang tinggi dan perlu banyak membaca jika hendak lulus periksa akhir tahun. Yong bukan nak suruh TS Muhyiddin tarik balik pun Yong lagi sokong sebab zaman dulu pelajar sekolah baca sejarah sebab mereka betul-betul hendak tahu sejarah Malaysia itu bagaimana. Tapi zaman sekarang yang dikatakan moden ini pelajar belajar sejarah kerana mahu lulus dalam periksa. Itu sahaja tujuan mereka. Fikirkanlah sahabat. Bukan nak suruh pelajar-pelajar kita ini mengenang budi UMNO, tetapi mahu mereka tahu siapa pemimpin terdahulu, apa jasa mereka, dan apa yang telah mereka lakukan untuk negara Malaysia kita. Sanggupkah kita lihat bangsa Melayu dijadikan hamba kepada bangsa asing? Renunglah. Konsep Ketuanan Melayu dan Raja Berperlembagaan tetap dan akan terus kekal di Malaysia selagi bangsa Melayu mempertahankannya. 

~WaKd0b~

Monday, October 25, 2010

DUN GALAS

Politik bangang PAS makin menjadi-jadi. Kelakar Yong tgk gambar Ahli terhormat PAS menggantung bendera DAP. Laa..rupenye jadi pencacai je orang PAS ni. Macam2 hal lah.. Rakyat boleh menilai sendiri yang mana intan yang mana najis. Dulu kata nak bagi orang asli bertanding untuk Dun Galas. Last2 orang dia sendiri gak yang di beri peluang. Sah kena tipu. Sah PAS menipu lagi buat entah kali yang ke berapa juta kali. Itulah sandiwara puak PAS yang memperbodohkan rakyat kelantan. 

Sedang kelihatan salah seekor beruk PAS, dr.hatta ramli (ahli PAS parlimen kuala krai) menggantung bendera Anti-Melayu DAP. Yong agak terkejut juga bila melihat kesanggupan orang kuat pas ni menyokong parti perkauman ini. Anda semua boleh nilai sendiri tahap mana kepimpinan PAS. tak kan lah orang Melayu ISLAM kelantan nak jadi pencacai juga macam orang atas nya..fikirkanlah wahai orang Kelantan.

JAWA itu Melayu, Banjar itu Melayu, Siam itu Melayu, Indon itu Melayu, Bangsa lain masuk Islam itu Melayu. - DS Najib.

~WaKd0b~

Friday, October 22, 2010

dajjal CORNER: SUKAN OLIMPIK LONDON 2012





Assalamu'alaikum w.b.t., selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Sudah lame sangat Yong tidak menulis di ruangan blog Yong. Yong sebenarnya agak sibuk dengan kehidupan duniawi Yong. Serta agak sibuk mencari ilmu-ilmu tentang kedatangan Dajjal. Artikel kali ini Yong hendak menyampaikan mesej kepada para pembace mengenai siapa sebenarnya dajjal laknatullah dan sukan Olimpik London 2012. Memang penuh rahsia disembunyikan oleh ejen-ejen freemason ini mengenai majlis berprestij. 2012 sedia maklum kita tahu apabila disusun membentuk perkataan ZION atau zionis/yahudi. Di sini Yong membawa sedikit ilmu berguna kepada kalian untuk renungan bersama. Fikirlah dengan hati bukan dengan nafsu. Islam itu benar, Islam itu suci, Islam itu agung.

~WaKd0b~


Dajjal adalah makhluk berakal, dari keturunan manusia...beliau adalah antara 3 manusia yang dipanjangkan umur sehingga akhir zaman,...tidak ada 1 nabi pun yang diangkat rankingnya menjadi pangkat Rasul, melainkan mereka ditugaskan untuk memberi amaran kepada umat bimbingannya... tentang bahaya fitnah Dajjal... sayang seribu kali sayang...daripada 313 Rasul yang diturunkan kepada makhluk manusia, dan... daripada kesemua tamadun2 25 Rasul yang anda hafal, Dajjal tidak berjaya pun muncul di zaman2 Nabi itu...
1000 juta kali malang untuk kita, kitalah satu2 umat yang sedang berhadapan dengan kebakalan munculnya Dajjal tak lama aje lagi...Nabi pernah berpesan pada kita melalui salah 1 rekod hadis sahihnya yang berbunyi:
 
[...sekiranya Dajjal muncul di tengah2 kalian, maka akulah menjadi penyelamat kamu semua, dan...sekiranya Dajjal muncul selepas kemangkatan ku, setiap diri adalah penjaga diri masing2]

tuan-puan...
anda semua hari ini "benar2" berada di tengah2 ambang kemunculan Al-Masih Dajjal, kerana semua sistem2 Dajjal yang dibangunkan di seluruh daerah pada setiap negeri pada setiap negara di setiap benua di planet bumi ini, telah dibangunkan dengan pengaruh teknologi Yakjuj & Makjuj yang diendorsekan oleh Al-Masih Dajjal, yang telah dilaksanakan dengan teraur lagi teliti, oleh freemason & ilmuninati, melalui mesej2 sulit selepas aktiviti ritual karbala...

bayang2 kehadiran Al-Masih Dajjal:
- keringnya tasik galilee
- manusia lupa tentang kemunculannya
- patung singa
- filem2 keluaran Warner Bross
- The Lord of The Rings (penuh dengan mesej)
- Two Towers (1 dah hancur 1 ada di Nusantara)
- nama "Atlan"
- Menara Jamrah (kecuali di Mekah)
- Lantai Kuda Belang
- Lambang 1 Mata
- Sukan Olimpik 2012 (London)


Nota Penting:
Sukan Olimpik 2012, adalah Fasa Terakhir, sesi pengenalan kepada seluruh dunia, oleh kuncu2 Al-Masih Dajjal, sebelum Israel melancarkan perang terakhirnya, untuk meluaskan saiznya sekarang, kepada bersaiz.... dari Laut Merah di Terusan Suez...sehingga memanjang ke Sungai Tigris (Iran) topik ini akan kami ulaskan di siri akan datang...
Elakkan diri anda berada di Eropah sepanjang tahun 2012 kerana... itulah tahun pelancaran & perasmian detik2 terakhir Dajjal akan menampak fizikalnya...bayang2 nya ???
lihat maskot Sukan Olimpik 2012...

ingat ye...
belum ade sesiapa lagi dari Nusantara yang menceritakan ini, sila take nota, dan bagi masa membuktikannya...
untuk membuktinya ???harga emas akan naik mendadak...

kesimpulannya...
Al-Masih Dajjal itu seorang manusia.
Dia sememangnya telah dibutakan matanya.
Fizikalnya sememangnya bermata 1.
Dan simboliknya juga...
para pengikut2nya telah membayangkannya dengan simbol 1 pada banyak alat2 di dunia ini,
contohnya : matawang USD, patung2 mainan

Dajjal Bermata 1 bukan kiasan !!!
Beliau benar2 bermata 1...
Tips:
Dajjal dikenali dari kalangan bani Ishak
dengan nama SAM.
- pernah dengar negara Uncle Sam ?
- pernah dengar Mr. Sam (Lord of the ring) ?
- pernah dengar Sam (Transformer) ?
- pernah dengar Sam (King Kong)

Sam adalah watak penyelamat...
Dajjal akan muncul di khalayak ramai ketika penduduk dunia dalam keadaan huru-hara, ini akan dicetuskan oleh Israel "tak lama aje lagi" dan beliau akan menawarkan diri sebagai sang penyelamat, dengan penuh segak bergaya dan kemas...sedangkan...Imam Mahdi yang berpakain seperti Nabi, berpakaian Sunnah...akan dilabelkan sebagai penjenayah, dicop sebagai terrorrist !!! ini adalah hakikat dan anda dapat bayangkan kebenaranya bukan ???

Islam akan kembali kepada asing, seperti asingnya Islam pada awal kemunculannya di tengah2 tamadun Arab yang kuat maksiat...begitu jugaklah nasib Islam "tak lama aje lagi"
Percaya atau tidak ?
Anda wajib menelannya...Didiklah anak2 anda mengenali sifat2 sahabat Nabi.

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Mati



KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.


Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay. 


"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama. 

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). 


Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta. 
Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek. 

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah. 

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA 

*********************************************************************

Memang tiada sivik orang Malaysia ni. Tak kira lah penyokong Kelantan mahupun Selangor. Apa yang berlaku malam semalam di Stadium Shah Alam adalah salah satu rentetan keganasan penyokong Kelantan. Memang Yong tak berapa suka kalau Kelantan bertandang di Selangor mahupun negeri-negeri lain kerana mereka-mereka inilah yang memulakan pergaduhan dan meniupkan api kemarahan penyokong pihak lawan. Yong berkesempatan ke Stadium malam semalam. Hampir penuh Stadium Shah Alam dengan ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang memakai warna merah. Perlawanan malam tadi juga merupakan perlawanan musuh tradisi antara Red Giant dan Red Warrior. Bukan Yong nak salahkan orang Kelantan lah tetapi dengan kehadiran penyokong-penyokong yang samseng membuatkan Yong panas dengan Kelantan. Sibuk tengok mereka bergaduh, kerusi, botol air, mercun berterbangan sampai tidak dapat menumpukan perhatian kepada perlawanan apabila seorang pemain kedua-dua pasukan dibuang padang ekoran pergaduhan juga. Memang samseng. Mereka ini tidak pakai otak agaknya apabila harta benda awam dimusnahkan dan rosak kereta serta motosikal penyokong dikerjakan mereka selepas tamat perlawanan. Inilah agaknya yang akan berlaku apabila PAS dan Keadilan bergaduh. Yong tunggu yang itu. Ok lah Yong harap Selangor menang di Kelantan Jumaat ini. Se,La,Ngor.

~WaKd0b~

Monday, October 11, 2010

Siapa Bangsa Pendatang?

Terlebih dahulu Yong arek jalok ngapuro/minta maaf kepada DS Najib Tun Razak. Mungkin artikel dalam blog Yong ni agak tidak menyokong pandangan DS Najib. Walaupun kita hidup di Malaysia yang berbilang bangsa, agama, serta budaya, namun Malaysia tetap Tanah Melayu sejak dari dulu lagi. Yong bukan nak buruk kan bangsa lain yang tinggal di Malaysia. Tetapi layakkah mereka-mereka ini di panggil rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun berumur sudah lewat 50tahun? Sokong pendapat Paneh Miang tentang kaum lain yang agak kurang ajar kepada Perlembagaan Malaysia. 



Teringat Yong akan satu hari ni time Yong kerja sambilan sebagai Pengawal Keselamatan di salah sebuah pusat servis kereta di Glenmarie, Shah Alam. Yong time tu memang boring sebab jadi Pak Guard memang tak berapa nak banyak kerja. Yong ingat Yong nak ajak la uncle(Celeng) yang berumur dalam lingkungan 50an ni bersembang tatkala beliau pun kelihatan agak boring sebab tunggu keretanya di servis. Yong macam biasa lah tegur dalam bahasa ibunda Melayu sebab memang Yong dapat tengok muka Uncle ni Celeng Malaysia, bukan dari luar. Bila Yong tegur je, beliau terus membalas dengan ayat orang puteh yang depa banggakan sangat tuh. Nasib Yong ni tidak lah bodoh sangat nak berbicara bahasa orang puteh ni. Now our conversation in English, no Malay because this S*** Uncle never said Malay language even I'm trying to drag him to speak in Malay. OK itu baru sedikit Yong berbahasa penjajah. Sambung cerita tadi, Yong tanya lah dia kerja mana, asal mana, tinggal kat mana. Uncle ni beritahu yang dia seorang developer, asal Pulau Pinang, tapi tinggal di Subang sudah 30tahun. See what I told you just now DS Najib? after 50 years live in Malaysia this old creepers doesn't speak in Malay and he doesn't want to know anything about Malaysia except his business. Dan lagi satu yang membingungkan Yong adalah, adakah di Pulau Pinang memang digalakkan berbahasa Mandarin? Siapa yang racist? Yong rasalah di Penang memang orang Celeng ni tidak diwajibkan berbahasa Melayu sebab ketua nya pun pekat berbahsa Celeng.  Macam mana DS Najib? Mengikut hikmat Yong orang pendatang saja yang tidak tahu berbahasa Melayu. Adakah mereka ini tidak tergolong?

~WaKd0b~

dajjal CORNER: SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!??



Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,


Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.




Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri) 





Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.











Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.


WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Friday, October 8, 2010

Dah Terjedok, Arek Gawe Opo Kue????


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Dakwaan dibuat oleh Muhamad Rahimi Osman, 26, dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dengan ditemani seorang peguam. Beliau yang memakai baju lengan panjang putih, bertali leher merah dan berseluar panjang hitam tiba di situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Pesona berwarna kelabu kira-kira pukul 2.35 petang.

Turut berada di dalam kereta itu ialah tiga lagi lelaki selain peguam Muhamad Rahimi.Difahamkan, laporan polis itu berkaitan dengan dakwaan Muhamad Rahimi bahawa beliau dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah pertama yang membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangan ialah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Dalam laporannya, beliau turut meminta perlindungan daripada pihak polis kerana bimbang selepas pendedahan itu dibuat, dirinya dan keluarga akan terdedah kepada bahaya.Selepas membuat laporan kira-kira sejam, Muhamad Rahimi dilihat keluar dari IPD Klang kira-kira pukul 3.45 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf mengesahkan menerima laporan tersebut.Beliau berkata, kes itu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah Muhamad Rahimi di sebuah kawasan di Shah Alam malam ini mendapati, beliau berada di rumah bersama beberapa ahli keluarga dan rakannya.Bagaimanapun, beliau enggan menemui pemberita bagi mengulas lanjut mengenai sidang akhbar yang menimbulkan kekecohan petang ini.

Salah seorang rakannya memberitahu, Muhamad Rahimi akan tampil membuat kenyataan kepada media dalam tempoh terdekat atas nasihat peguamnya, S. Ravichandaran. Ketika ditanya mengapa sidang akhbar dan laporan polis itu diadakan di Klang, rakannya itu memaklumkan, itu bagi memudahkan peguam Muhamad Rahimi yang berpejabat di daerah itu.

UM-online~
 
*************************************************
WaKd0b says- Bongkar lagi..nanti ada la puak PKR yang menafikannya lagi. Yong dah cakap anwar tu gay. Memang betul. Yong ada sumber yang boleh dipercayai. Bukti pun dah bersepah. Fikirlah sendiri.

~WaKd0b~

Wednesday, October 6, 2010

BN tetap perkasa ekonomi luar bandar

KAMPUNG GAJAH: Agenda memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar termasuk memastikan generasi kedua peneroka tanah rancangan seperti FELCRA terbela, terus menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat tindakan pihak tertentu terutama pembangkang yang cuba menyalahtafsirkan usaha berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu memperjuang nasib masyarakat luar bandar tidak akan dihentikan, sebaliknya terus diberi tumpuan istimewa kerana ia masih lagi sinonim dengan masalah kemiskinan. 

“Kita katakan ini sebab niat baik kerajaan membantu masyarakat luar bandar disalahfahamkan pihak tertentu termasuk pemimpin pembangkang yang tidak mengingati dan mengenali sejarah.
“Ada pemimpin pembangkang masuk ke kawasan tanah rancangan dan berceramah kononnya FELCRA gagal dalam misinya, sama seperti tohmahan dilemparkan terhadap FELDA dengan mengatakan agensi itu sudah muflis.

“Mereka menyebarkan fitnah kononnya kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat luar bandar, sedangkan FELCRA sudah lama ditubuhkan dan kini memiliki lebih 220,000 hektar tanah untuk lebih 92,000 peneroka,” katanya berucap pada Majlis Hari Terbuka FELCRA yang dihadiri kira-kira 10,000 peneroka dari negeri ini di FELCRA Seberang Perak dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut merasmikan majlis pecah tanah Tapak Perumahan Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak.


Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi FELCRA yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Muhyiddin berkata, setiap tahun agensi seperti FELCRA mencatatkan pendapatan beratus juta ringgit sehingga mampu memberi dividen kepada pesertanya dan turut memberi nilai tambah di kawasan yang dimajukannya.

Katanya, langkah terbaru FELCRA membangunkan kawasan perumahan untuk generasi kedua peneroka pula dapat memastikan berlaku kesinambungan pemilikan dan kekal bersama agensi berkenaan meneruskan tugasan yang belum selesai.

“Usaha meneruskan kesinambungan pembangunan luar bandar adalah selaras wawasan kerajaan untuk menjadi negara maju dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS7,000 kepada AS15,000 setahun seiring dengan kemajuan negara,” katanya.

******************************************************

WaKdob says : Yong berbangga dapat hidup di muka bumi bertuah Malaysia ni. Hari ni Yong nak lari tajuk politik sket. Yong nak buat luahan perasaan. Bukan Yong tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat Yong tapi Yong rasa macam ketidakadilan apabila kerajaan lebih mengutamakan orang-orang FELDA dan FELCRA. Al-maklumlah, Yong pun orang kampung juga tapi bukan dari tanah rancangan la. Orang kampung yang biasa yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera menjadi punca pendapat seharian. Bukan tidak menghargai apa yang kerajaan Malaysia sudah lakukan selama ini dan bukan juga hendak melebih seperti raja kerana Yong sedar Yong hanya orang kampung yang tidak berapa berpelajaran tinggi. Bagus kerajaan membantu rakyat memperkasakan ekonomi negara. Tapi sedarkah kerajaan betapa terseksanya orang kampung yang biasa kerana harga padi yang biasa, harga sawit yang biasa. Dahulu memang tinggi harga komoditi ini tapi semenjak beberapa tahun ini agak mengecewakan kerana semakin hari, harga setiap komoditi berharga ini semakin jatuh menjunam. Tidak prihatinkah kerajaan akan masalah kami sebagai orang kampung biasa?

~WaKd0b~

Tuesday, October 5, 2010

Parti Kerusi Rosak


Selasa, 5Oktober2010 - Parti Keadilan Rakyat. Yong geli hati dengan parti yang satu ni. Kira dalam sejarah pilihan raya kat Malaysia ni lah ada nya kerusi berterbangan merata tempat serta kertas undi yang bertabur bersepah-sepah. Dah lebih kurang Celeng yang tak tahu adab dan pengotor. Puak PKR ni dah la parti baru at least buat la perangai senonoh sikit jangan bagi malu rakyat Malaysia. Nak kata parti Melayu pun bukan sebab tu mereka ni perangai cam komunis sama cam DAP. Sedarkah ahli-ahli PKR, bahawa anda semua telah merosakkan harta benda awam? kita asyik tengok yang besar je yang kecil kita langsung tak perasan. Kerusi dan dewan yang mereka guna tu kan harta awam, jadi jagalah dengan berhemah. Jangan fikir anda semua dapat terus kekal berkuasa di negeri jajahan masing-masing. Nanti kalau kerusi tu rosak ke patah ke adakah anda semua akan menggantikannya dengan duit anda sendiri? mesti tak kan? dari anda bayar duit kerusi lebih baik anda beli kereta Ferrari seperti Azmin Ali atau lebih berbaloi anda membelanjakan duit anda kepada anak ikan anda seperti Anwar Ibrahim, sedap dapat, nikmat pun dapat. Lepas pilihanraya cabang ni orang-orang besar PKR ramai yang kalah sebab apa? haaa... orang PKR sendiri pun dah dapat hidu ke'bangsat'an orang kuat PKR dulu ni. haaa.. apa lagi, kembali lah ke pangkal jalan wahai ahli PKR.

~WaKd0b~

DUN GALAS


Kalau Betul Nik Ajis berpengaruh di gua musang wa cabar lu letakkan anak lu Nik Abdul Lawan Ku Li di gua musang...kerana anak akan mewakili bapanya....Nanti Kalau mati atau letak jawatan senanglah Nik Abdul ganti jadi MB kelate....Kalau Nik Abdul takut boleh ganti dengan Arif fahmi...

source: http://www.facebook.com/photo.php?pid=5233775&id=710516333&po=1&ref=notif&notif_t=photo_comment#!/photo.php?pid=92479&fbid=112800398780097&id=100001504133670

~WaKd0b~

Monday, October 4, 2010

AZMIN NAK LAWAN PERKASA??






Isnin, 4Oktober2010 - Azmin buat lawak lagi. PKR dah jadi macam sekolah yang mana diajar untuk menjadi najis, pencacai, perosak, perompak dan bermacam-macam pe lagi lah. Azmin kenapa kau nak beriye-iye benar nak lawan PERKASA? Kau bukan Melayu ke? Owh lupa sudah, PKR bukanlah parti yang mempertahankan Melayu dan Islam. Parti ini hanya mempertahankan punggung masing-masing sebelum di liwat oleh si Gay. Sepatutnya PKR lah yang menggunakan slogan 1Malaysia kerana didalam partinya ada berbilang bangsa pengkhianat. PERKASA diwujudkan untuk membantu orang Melayu bukan sebab perkauman sempit yang anda katakan tu. Berfikir secara terbuka sedikit azmin. Kalau nak kata perkauman, adakah bangsa Melayu yang anti-perkauman? kalau betul la Melayu/UMNO anti-perkauman, tiada bangsa lain kat Malaysia ni dari dulu. Dah lama kena halau. Sentimen perkauman ni terlalu sensitif untuk dibincangkan oleh orang Melayu tetapi tidak bagi bangsa lain. Si Celeng, Si Lembu mereka tak ada nak kecoh walaupun mereka yang sebenarnya bersifat perkauman. Keterbukaan 1Malaysia membuatkan kaum lain menuntut hak mereka dengan bermacam-macam alasan. Itu sebab wajib ada PERKASA yang mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Bagi anda jaga? Punggung sendiri pun tak terjaga. 
Si penabur fitnah dan si perompak Khalid GGP. Memang la orang pilih kau jadi ketua cabang Kuala Selangor lagi sebab kau korek pasir kat Hulu Selangor. Cuba kau bertanding kat sana confirm kau terlingkup dibawah timbunan pasir. PKR memang tak sayang mulut. Ada hati lagi nak berdebat dengan Dr.M. Apa rasionalnya nak berdebat dengan parti bedebah? Cermin dulu muka tu, kalau hensem tak pe jugak.

~WaKd0b~

Tazkirah: Tudung Zaman Sekarang


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN???
(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

JIKA ANDA MASIH BELUM MENGENAKAN TUDUNG DAN SUKA TAYANG RAMBUT ANDA kerana INGIN KAN PERHATIAN MANUSIA LAIN,sila baca huraiannya pada salah satu NOTE saya yang bertajuk 
Manfaat Berjilbab jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


p/s:sori copy n paste saja..ada artikel yang menyedarkan umat Islam. tolonglah sebarkan.

~WaKd0b~

Sunday, October 3, 2010

Panas Terus Panas!!!

Ahad, 3Oktober2010 - Yong hari ini nak buat kesimpulan atas semua yang berlaku 2 hari ini. Yang pertama Yong ucapkan semoga Tun Mahathir sembuh dengan cepat dan akan terus menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia walaupun beliau bukan lagi perdana menteri tetapi semangat dan azam beliau untuk merealisasikan wawasan 2020 terus cerah seiring dengan perkembangan Malaysia sekarang. 

Sekarang bising mengenai pemilihan cabang PKR, semalam Yong tidak berkesempatan balik ke kampung halaman Sabak Bernam untuk membuat liputan tetapi Yong nak juga ulas tentang tragedi oktober yang berlaku semalam di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam. Sebenarnya PKR baru je bertapak kat Daerah Sabak Bernam ni, ahli mereka dahulu adalah UMNO dan atas ketidak puasan hati mereka-mereka yang buta hati terus masuk PKR. Orang PKR ni bodoh tahap melampau, mereka tak nak dipimpin oleh orang yang lompat parti, fikirlah sendiri kalau dari umur 21 lagi mereka masuk PKR tak pe juga tapi PKR baru saja ditubuhkan dah ramai yang percaya, ada ke yang tak lompat parti?? Kalau anda semua nak tahu, PKR bukan hidup sangat pun di Sabak Bernam, memang tiada tempat di hati penduduk setempat. Mereka ini parti syok sendiri. Penduduk lebih percayakan UMNO berdasarkan kemenangan pada PRU12 (Dr.Khir-dun sg.panjang, YB.Noriah-parlimen sg.besar, Cikgu Rahman-parlimen sabak, Dato'Warno-dun sabak). Janganlah terpedaya dengan janji keling yang diorang ni cakapkan sebab mereka ini tak boleh buat apa-apa sebab parti pembangkang terkuat di Sabak Bernam adalah PAS. Orang PKR Sabak Bernam merupakan individu yang gilakan kuasa dan pangkat yang tak mungkin dikecapi jika bukan penjilat punggung Anwar.

Ni lagi satu yang Yong tak berapa nak berkenan sebab ini melibatkan maruah seorang wartawan(blogger). Si Celeng ni tak tau ke etika kewartawanan?Yong rasa dia tak pernah belajar kot macam mane nak jadi wartawan. Yong bercakap bukanlah bermakna Yong ni wartawan, tetapi sebagai pengamal media alternatif yang semakin menjadi buruan media konvensional lain. Rahsia tetap rahsia tak kira lah anda dari pihak mana, jika disuruh off record tolong lah ikut arahan, nanti tak pasal-pasal kena saman. Muka je lawa tapi perangai macam makanan favorite dia. 

~WaKdob~

Friday, October 1, 2010

Lagi Kenyataan Melampau Bodoh dari orang GOBLOK!!

 Tak pernah Yong baca artikel yang merepek tahap gaban cam si goblok ni. cakap ikut sedap mulut je. Persoalan yang timbul kt sini...Betul ke BN akan kalah teruk PRU13??itu kita semua tak tau lagi kan, so jangan pandai-pandai wat tuduhan gemblong camtu. Yakin sangat ke Pakatan Rakyat akan menang semua kerusi kat Malaysia ni? Elok sangat ke pentadbiran dan pengurusan yang depa buat kat setiap negeri yang mereka menang, lagi-lagi selangor??Sebagai anak jati Selangor, Yong nak tengok lagi apa permainan Pakatan Bodoh ni nak buat lepas naikkan tarif air. dulu cakap nak bagi free la apa la. sekarang bila poket dah kering mula la nak curi duit rakyat. EH KORANG KALO TAK DAK DUIT BUAT CARA TAK DAK DUIT JANGAN NAK NYUSAHKAN ORANG SELANGOR. Najib nak tolong bangsa sendiri pun kena halang, nanti cakap Najib tak sensitif dengan keadaan rakyat. tolong la bagi kerjasama wahai PAKATAN BANGANG.

P/S: Korang baca la sendiri apa yang Yong jumpa kat salah satu blog pembingkang ubi ikutsukaakuisa ni.

Barisan Nasional secara jelas sudah menyedari mengenai kemungkinan mengalami kekalahan yang lebih besar dari pilihanraya umum ke 12 dalam Pilihanraya Umum akan datang. Bn khususnya Najib mula bercakap bagi pihak mereka yang punya kepentingan yang tidak mungkin menerima hakikat kemungkinan ini cukup besar terjadi. Ini ada logiknya kerana jika difikir mana mungkin adik Najib mampu tinggalkan kerusi empuk dalam CIMB yang menghasilkan pendapatan berjuta setahun begitu sahaja.

Dalam menterjemahkan kegusaran ini semalam Najib dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam berkata bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat. Najib membayangkan keadaan huru hara dan seumpamanya.

Kenyataan Najib ini tidak boleh diambil mudah.

Sememangnya banyak persediaan telah dilakukan oleh Bn untuk menghadapi kemungkinan berdepan dengan kekalahan yang lebih besar dari PRU ke 12 yang lalu.

Perkasa contohnya bukan sebuah organisasi biasa ia dicipta secara terancang dan merupakan pemegang 'francais' bagi umno untuk menjalankan operasi menaikkan suhu perkauman. Umno tidak melakukan operasi ini sendiri kerana selepas PRU 12, mereka sedar jika Umno mainkan sendiri membakar api kaum maka Umno akan lebih ditolak, tetapi mereka sudah tidak punya banyak pilihan. Api perkauman harus dibakar untuk mengepung majoriti tapak sokongan Melayu. Malah Perkasa juga merupakan agen yang bakal menimbulkan huru - hara ketika keadaan memerlukan mereka melakukan perkara tersebut berdasarkan keputusan PRU akan datang yang amat genting bagi regim pemerintah.

Walaupun Umno cuba kelihatan berbeza dengan Perkasa tetapi bagi orang yang celik politik pasti mengetahui hakikat sebenarnya. Bayangkan mana mungkin kumpulan tanpa lindungan khas boleh mengepung majlis orang lain dengan melakukan provokasi bakar dan seumpamanya malah selepas itu mengugut tetapi tanpa tindakan polis regim pemerintah. Mereka mendapat perlindungan istimewa demi melaksanakan misi penting bagi pihak regim.

Sehubungan dengan itu rakyat khususnya rangkaian anak muda progresif seperti dalam Pakatan Rakyat harus dipersiapkan dengan kemungkinan tersebut.

sejarah membuktikan setiap kali tapak sokongan rejim terancam mereka akan kembali kepada garis perkauman tebal dan mencipta huru - hara. Ingat ketika regim terlepas menguasai Pilihanraya Kerajaan Tempatan mereka cipta huru hara dan haramkan pilihanraya tersebut.

PENGKHIANAT BANGSA

*Goblok=bodoh
*Gemblong=bangang

Rakyat perlu fikir masa hadapan.


Jumaat, 1 Oktober 2010 - Berita Harian menyiarkan artikel yang bertajuk "rakyat perlu fikir masa depan". Betul apa yang DS Najib kata tu. Kita lihat sajalah apa yang berlaku sejak 2 menjak kebelakangan ini bermacam-macam kejadian yang tidak diingini dan menarik perhatian rakyat Malaysia. Dari kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati, Kontroversi Namewee, Perbalahan Pilihanraya PKR, Perebutan Kerusi Galas, dan macam-macam lagi yang berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Rakyat perlu pandai menilai dan harus bijak memilih saluran yang penting untuk kemajuan diri sendiri dan keluarga mereka. Siapa yang hendak menolong rakyat sendiri kalau bukan Kerajaan. Kerajaan sudah memainkan peranan mereka dengan membantu rakyat dalam pelbagai aspek tidak mengira bangsa, umur, jantina, atau fahaman politik. Baru-baru ini ada majlis penyerahan Netbook 1Malaysia di kawasan DUN Sg. Panjang. Memang Kerajaan Persekutuan yang memberi sumbangan kepada rakyat tetapi kita boleh lihat ada juga pemimpin dan penyokong parti pembangkang menerima sumbangan ini. Tetapi tidak lah mereka mengambil sendiri sumbangan itu, mereka mewakilkan anak-anak mereka untuk menerima sumbangan mungkin kerana malu atau yang sama waktu dengannya. UMNO tidak cakap apa pun tentang hal ini. Media pembangkang yang sibuk menabur fitnah kesana sini memburuk-burukkan Kerajaan. Selama Yong hidup di kampung Yong tidak pernah lihat pergaduhan antara kaum, hanya pergaduhan Aman Yahudi n Borhan dua orang pesakit mental yang menetap di kampung Yong. Disebabkan Yong tinggal dikawasan yang 100% Melayu (70% Jawa, 30% Banjar), kami hidup dengan aman dan damai. Walaupun tidak banyak pembangunan yang ada di kawasan Yong tapi kami selesa. Berbalik kepada tajuk asal di atas tadi, rakyat seharusnya membuka mata dan hati atas jasa-jasa yang ditaburkan oleh kerajaan selama ini. Masih kurangkah?tidak bersyukur lagikah kita? Slogan 1Malaysia yang dilaungkan selama ini adalah kata kunci untuk perpaduan semua kaum tetapi adakah kaum lain akan bersama-sama membangunkan negara ini. Keselesaan dan kedamaian yang kita kecapi selama ini bukan lah datang dengan sendirinya. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu untuk memastikan negara mendapat kebebasan yang mutlak. Oleh itu rakyat Malaysia masa kini haruslah bersama kerajaan dalam segala aspek pembangunan dan penambahbaikan untuk memberi keselesaan pula kepada generasi akan datang. Fikirkanlah.

p/s: Hormat ketokohan Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo (DUN Sg. Panjang) - Berjiwa rakyat dan mementingkan rakyat walaupun menerima berbagai kritikan yang bertubi-tubi. Kalau nak tau, rumah Dr. Khir bersebelahan dengan Markas PAS, berjiwa rakyat kan tanpa memilih bulu..hee

~WaKd0b~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...